Sunday, July 18, 2010

Kenaikan Harga Barang: Senjata Jahat BN

Umum mengetahui Kerajaan UMNO/Bn sudah pun menaikan harga barang bagi menyelamatkan kewangan negara yang semakin sempit dan terhakis.

Pelbagai istilah telah digunakan bagi menyenangkan hati rakyat jelata yang sudah pun terluka dengan karenah rasuah dan pembaziran negara. Sebagaimana biasa. PM dan rakan-rakan Kabinet akan menyebut 'kenaikan harga barang tidak akan membebankan rakyat'. Itu adalah retorik ucapan dari mereka yang kaya.

Istilah 'penstrukturan subsidi' juga digunakan bagi menepis hal sebenar. Harga barang terus naik.

3 komponen utama barangan. Minyak, gula dan gas pastinya akan menjadi rantaian kepada kenaikan kebanyakkan harga barang seperti makanan, minuman, perkhidmatan dan kesihatan.

Rantaian ini pastinya diketahui benar kepada pengikut amalan Marxist, Kapitalisme, Sekularisme, Penswastaan yang sentiasa memihak kepada pemerintah dan pengeluar. Dari sudut pratikal ekonomi. Ia nyata sama sekali menekan rakyat. Prosa, "yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya".

Hal ini bertambah jelas pada kita sekarang.

Setiap kali berlaku kemeleseten ekonomi atau kekurangan wang negara. Talian hayat bagi sesebuah kerajaan adalah menekan rakyat dan menarik semula segala kemudahan yang dinikmati rakyat terbanyak.

Pemikiran kerajaan sejak ekonomi melanda negara adalah rakyat menjadi mangsanya.

Mengapakah subsidi tidak ditarik ke atas kemewahan Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinetnya?

Kemudahan yang mereka nikmati selama ini. Elaun sini sana. Percuma bagi perkhidmatan, bil elektrik, telefon, perumahan, penggunaan petrol, makan dan minum secara percuma, bermewah-mewah dalam pakaian dan aksesori, hari keraian dan majlis. Terbang ke luar negara tas urusan peribadi menggunakan wang rakyat, kempen pilihanraya menggunakan wang negara. Rasuah tidak mengira usia, pangkat dan jawatan. Kebocoron wang projek kerajaan. Membazir dalam pembinaan projek yang tidak menguntungkan.

Apalah salah jika itu dinilai semula?

Kemewahan mereka itulah patutnya ditarik dan diadakan penstrukturan semula.

Bukan rakyat yang ditekan membabi buta.

Alasan penjimatan barangkali sekadar menutup hawa nafsu rakus pemimpin kerajaan berbelanja tidak mengenal cuaca. Waktu kita menghadapi krisis kewangan yang menimpa. Disaat itulah kita mendengar pelbagai kerugian dari GLC. PKFZ, Felda, Sime Darby, Pos Malaysia, kehilangan 2 blok minyak bernilai RM350 billion pada Brunei. Hilang hak pengurusan tanah KTMB di Tanjung Pagar. Hilang itu, hilang ini. Rugi sana, rugi sini.

Tidakkah itu yang masalah yang perlu diperhatikan dan diberikan penekanan dari pihak kerajaan.

Bukankah itu jalan penyelesaian bagi menanggung segala masalah yang menimpa negara hari ini.

Syarat menjadi pemimpin adalah amanah. Amanah menjaga wang negara. Mengurus kewangan dengan penuh ketilitian. Bukan pembaziran dan penyelewengan.

Rakan-rakan dari UMNO sudah pasti tidak menyetujuinya.

Mereka akan terus dilenakan dengan kain sarung, gula dan wang.

Biarkanlah mereka.

Kita berdoa. Moga mereka yang khianat wang rakyat akan dilaknat!

No comments:

Post a Comment