Wednesday, May 5, 2010

Terima Kasih


Akhirnya wakil rakyat UMNO/Bn mengaku jua bahawa mereka telah membelanjakan RM77 juta wang negara untuk membiayai APCO Worldwide, salah sebuah syarikat milik Yahudi-Isarel.

Terima kasih tidak terhingga atas pengakuan ikhlas dari wakil BN tersebut.

Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini berkata perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.

"Saya mahu katakan bahawa RM77 juta adalah risikonya, jumlah yang diperlukan untuk membaiki masalah yang dicetuskan Pakatan," kata Rahman.-TVSelangor.com

Kerana untuk terus mengekalkan kuasa di atas bumi Malaysia dari diambil alih Pakatan Rakyat. UMNO/BN sanggup membuat apa sahaja. Walaupun tindakan mereka telah mencemarkan nama Malaysia sebagai negara umat Islam dan negara Pengerusi OIC.

Terima Kasih Rahman Dahlan.

Walaubagaimanapun. Saya masih kasihankan penyokong-penyokong UMNO diperingkat bawahan. Terutama yang tinggal di kampung, felda dan taman. Yang masih cenderung menyokong parti yang telah bersengkongkol dengan Yahudi-Israel. RM77 juta dibelanjakan.

Ada diantara mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda. Dari pelbagai lapangan. Tetapi hati mereka terus digelapkan dengan kiblat assabiyyah dan perkauman.

Ada teman-teman. Kononya bergerak untuk bangsa. Tetapi berselindung disebalik kuasa. Memeterai hubungan dengan Yahudi-Israel.

Saya sebut sekali lagi. Kawan-kawan. Ini bukan lagi soal UMNO-PAS.

Ini soal maruah negara. Masalah keselamatan negara. Masalah bangsa dam agama kita.

Bukan semua urusan kerajaan milik UMNO atau politik. Ada kalanya kita harus mengatakan tidak dengan berpendirian unuk negara, bangsa dan agama.

Bukan menyokong membabi buta!

Jangan pula ada yang komen, "kalau kerajaan Kelantan pentadbiran nampaknya takdak yang berjaya".

Itu bukan jawapan, kawan.

1 comment:

  1. Sementelah slogan 'Pas for all' (Pas untuk semua) yang diakui sendiri oleh Naib Presiden parti itu, Mahfuz Omar, menyamai slogan 'Israel 4 all' (Israel untuk semua) - apakah ini bermakna Pas juga bersekongkol dengan Israel?

    Secara logiknya, Apco cuma menandatangani kontrak dengan kerajaan pada Ogos 2009. 1Malaysia pula diilhamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.

    Alamat blog beliau, www.1malaysia.com.my telah diwujudkan pada 16 September 2008

    Mereka antaranya bekas ahli Kongres Amerika Syarikat, Stephen J. Solarz, Sergio Marchi dan Lalit Mansingh.

    Malah rakan baik Anwar iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby yang menyerang institusi kehakiman negara baru-baru ini difahamkan seorang berbangsa Yahudi dan penyokong kuat Israel.

    Danby juga seorang pejuang gay dan lesbian yang jelas tertera di dalam laman web milik ahli politik Australia itu.

    Hubungan erat Anwar dengan Paul Wolfowitz, seorang penyokong kuat fahaman Zionis juga bukan rahsia lagi.
    ....................................

    Kalau betul berbicara menengenai negara persoalkan kedua-duanya.. tiada kerajaan dengan membangkang sahaja dan tiada kerajaan tanpa pembangkangnya... Ya UMNO buruk... tapi takkan tiada langsun cerita tentang pambangkangnya...

    Apa yang kita perlu tahu adalah tiada kerajaan tanpa salah silapnya, dan tiada organisasi yang sempurna...

    Sukar menerima perbincangan tentang negara bila isunya sebelah pihak sahaja... :)

    ReplyDelete