Tuesday, May 4, 2010

Utusan Malaysia: RM4 juta atau RM320 billion?


Utusan Malaysia yang menjadi media pro-UMNO/BN lebih bimbangkan wang negeri Kelantan yang digunakan untuk Operasi Gerak Saraf melemahkan UMNO di Kelantan. Tanpa memikirkan kita baru sahaja terlepas RM320 billion banyaknya.

Jika RM320 billion ini kita perolehi. Pasti ada peruntukan kepada Kementerian Pelajaran tidak perlu dipotong. Dan hal-hal lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata.

Lidah rasmi UMNO itu lebih gemarkan propaganda dan adu domba. Begitu juga Menteri Dalam Negeri yang lebih gemar memanggil wartawan mendesak Kerajaan Kelantan menjawab isu yang dibangkitkan oleh sebuah blog dari menghuraikan Kes Pembunuhan adik Nurin Jazlin yang masih tertangguh, adik Syarlini yang masih hilang dan kematian mengejut Aminul Rasyid di tangan polis. Mendesak. Puteri UMNO apatah lagi. Menggeli gelaman dibuatnnya apabila Mustapha Mohammad juga mula mempersoalkan mana datangnya RM4 juta ini.

Masih ingat kes PPRT dan MARA?. Yang dirosakkan oleh Dato' Annuar Musa dan Dato' Seri Mustapha Mohammed. Barangkali ada yang lupa. Tidak mengapa. Ada masa nanti kita bongkarkan penyelewengan tersebut.

Kehilangan 2 blok pengeluaran minyak kepada Brunei telah didedahkan dengan baik sekali oleh Yang Berbahgia Tun Mahathir Mohammad. Kita bukan sahaja kehilangan 2 blok yang menjanjikan pulangan RM320 billion malah wilayah Limbang juga sedang meniti ke arah yang sama. Wilayah yang kita diami semakin mengecil akibat ketidakcekapan pemerintah peka akan isu yang berbangkit.

Kes Pulau Batu Putih adalah bukti kerajaan terlalu lembab dan kelemahan Peguam Negara Malaysia mengusulkan hujah-hujah berkualiti.

Barangkali akibat terlalu sibuk menaja kempen murahan APCO-UMNO yang semakin sinonim tersebut maka menteri kita terkebelakang tentang isu. Di tambah lagi dengan kenyataan-kenyataan bodoh oleh Sang Menteri. Bertambah bodohlah pengikut dan penyokong.

Utusan Malaysia dijadikan rujukan para rakyat jelata. Maka muka hadapannya mestilah yang sensasi terutama kalau melibatkan parti pembangkang.

Anda perlu tahu. Utusan Malaysia adalah akhbar negara bukan akhbar parti. Harakah adalah akhbar parti. Dibiayai wang parti dan tidak melibatkan wang Kerajaan Negeri. Kalau UMNO keluarkan akhbar sendiri yang dibiayai duit parti hendak mencarut pada pembangkang pun tidak mengapa. Itu hak demokerasi mereka. Tetapi jangan guna wang negara untuk kepentingan parti dan diri. Salah dan berdosa!

Kerana terlalu begitu. Ada yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda pun jadi 'cerdik' dengan maklumat Utusan Malaysia.

Masakan tidak. Ada yang berhujah. Kelantan pun tidaklah berjaya mana sepanjang diperintah PAS.

Minda Utusan Malaysia.

Barangkali sakit hati melihat PAS memerintah Kelantan tanpa rasuah dan penyelewengan, tender secara terbuka, perbelanjaan yang berhemah, Skim Takaful Kifalah untuk warga emas sebanyak RM2500.00, Skim Ladang Rakyat, berjaya membayar hutang negeri sebanyak RM400 juta yang ditinggalkan UMNO, menurunkan indeks kemiskinan negeri, pembangunan yang sederhana, masyarakat Melayu yang mendominasi perniagaan, Islam sebagai panduan pemerintahan, MB yang boleh mengimamkan solat dan memberi kuliah setiap pagi Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu dan ahli-ahli Exco yang tidak pernah didakwa di mana-mana Mahkamah atas kes rasuah dan penyelewengan!

Ini dianggap tidak berjaya.

Mungkin fakta ini boleh dianggap sebagai kejayaan terulung.
1. Sekatan bantuan Sekolah Agama Rakyat.
2. Menyekat hak Kelantan mendapat royalti minyak sebanyak RM4 biliion.
3. Menghilangkan enjin jet di bawah kawalan TUDM.
4. Menghilangkan cip komputer di kargo MAS di Pulau Pinang.
5. Meniupkan api perkauman pada tahun 1969 dan 1987
6. Menyebabkan kematian A.Kugan, Teoh Beng Hock dan Aminul Rasyid
7. Membiarkan seorang peguam India mengatur perlantikan hakim di Malaysia
8. Memberi sebuah gunung kepada seorang Cina bergelar Tan Sri untuk membina pusat judi dan kasino.
9. Memberi kebenaran kepada Tan Sri Vincent Tan membina pusat judi di Bukit Tinggi
10. Mengkayakan Patrick Lim dengan projek Monsun Cup di Terengganu
11. Membina sebuah stadium bernilai RM300 juta dengan hanya boleh bertahan selama setahun dan runtuh. Memalukan!

Ada lagi kejayaan UMNO. Ada masa kita tambah lagi. 50 tahun memerintah.

Saya tanya seorang kawan. Apa nak jadi dengan negara kita setelah beberapa perkara di atas berlaku dalam masa 2 tahun ini.

Dijawab. Persoalannya bukan apa nak jadi dengan negara kita tetapi isu-isu berbangkit persediaan untuk kita menjadi pemimpin.

Saya faham. Jawapan saya melalui SMS. Kerajaan yang sedia ada sudah gagal mentadbir negara.

SMS berbalas. Kelantan pun tidaklah berjaya mana.

Nampak tidak?

Terima Kasih Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment