Monday, May 17, 2010

PRK Sibu:Petanda Aras bagi Semenanjung


Saya mengucapkan tahniah kepada calon DAP, Wong Ho Leng yang berjaya menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menerima 18,845 undi, Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi. Calon Bebas hilang deposit. Jumlah undi rosak pula sebanyak 395.

Walaupun diasak dengan pelbagai serangan dan tomahan. Rakyat Sibu berjaya menghantar seorang lagi Ahli Parlimen PR ke Parlimen. Sibu, adalah kerusi Parlimen BN sejak 28 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh itu, sepanjang itulah masyarakat dan rakyat Sibu khasnya dan Sarawak amnya terus dihimpit kemiskinan walaupun pendapatan Sarawak kaya dengan hasil minyak dan balak.

Isu Kalimah Allah dan Negara Islam tiba-tiba berkumandang di sana. Dengan kehadiran Ir.Nizar Jamaluddin dan Khalid Samad, kedua-dua isu ini tenggelam begitu sahaja.

Apa lagi modal BN?

Apa salah DAP berkawan dengan PAS?. Tidakkah orang-orang Melayu dalam PAS lebih bersih dari rasuah berbanding orang Melayu di dalam UMNO. Gerakan dan MCA wajar menilik 'siapakah' UMNO sebenarnya.

Sibu akan menjadi petanda aras bagi Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Pantai Barat. Meneliti beberapa hujah. Kita melihat di mana ada masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang tidak mendominasi undi bagi satu-satu kawasan maka kerusi kawasan tersebut cenderung ke arah PR. Sekiranya orang Melayu menjadi pengundi dominan sehingga 60-70 peratus kerusi itu dilihat lebih memihak kepada UMNO/BN.

Ertinya. Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pahang dan Terengganu boleh dikira kawasan selamat kepada UMNO/BN.

Semangat itu juga menunjukkan Selangor dan Perak kekal di tangan PR pada Pilihanraya yang akan datang. Begitu juga Negeri Sembilan.

Menolak Johor dan Kelantan. Kedua-dua negeri ini adalah negeri tradisi bagi UMNO dan PAS.

Namun, ia tidak mustahil. PAS telah pun berjaya menghantar 2 orang ADUN ke DUN Johor. Begitu juga DAP. UMNO pun pernah menang 23 dari 24 kerusi DUN di Kelantan pada 2004. Segala-galanya tidak mustahil.

Kawasan campuran. Melayu, Cina, India dan lain-lain terus memihak kepada PR. Satu suasana yang menarik. Boleh jadi juga satu perkara yang diluar dugaan UMNO/BN. Masih ingat dengan PRK Hulu Selangor?. Masyarakat Cina di sana menolak BN. Kebanyakkan mereka memilih PR. UMNO/BN di selamatkan oleh pengundi Felda iaitu orang-orang Melayu yang masih tegar bermazhab UMNO. Isu 'Ketuanan Melayu' barangkali membuatkan orang-orang Melayu terlalu 'Sayangkan UMNO'. Jika tidak ada UMNO, mungkin tidak ada jalan raya, bekalan air, elektrik, beras dan gula. Begitu juga baja dan kain pelikat. Terlalu sinonim dengan pengundi Melayu. Sedangkan masyarakat Cina lebih memetingkan dasar ekonomi dan pendidikan sebuah parti politik. Halatuju dan dasar.

Ternyata perkara ini mungkin tidak disangka oleh UMNO yang merogol persempadanan pilihanraya pada 2003 dahulu. Kawasan Melayu dipecah-pecahkan sesuka hati. Sehingga seluruh kawasan Kedah selatan sehingga ke Johor tidak ada kawasan orang Melayu menjadi pengundi dominan. Semuanya dicampur adukkan. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohammad yang berjaya memperkudakan SPR bagi persempadanan kawasan pilihanraya semasa menjadi PM dahulu.

Inilah hasilnya.

Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menyaksikan ada pertambahan pengundi langsung tidak ada pertambahan sebarang kerusi baru.

Inilah jasa pemimpin Melayu.

Ternyata senjata makan tuan!

No comments:

Post a Comment