Sunday, March 28, 2010

Takkan Melayu Hilang Di dunia


PERKASA. Sebuah NGO yang dianggotai oleh beberapa orang Melayu. PERKASA di pimpin oleh seorang yang bernama Ibrahim Ali. Ada yang menggelar Ibrahim pemimpin 'katak'. Katak yang suka melompat. Ibrahim digelar 'katak' kerana sifatnya yang suka melompat parti. Sebelum pilihanraya 2008 yang lau. Ibrahim berapi-api memaki hamun UMNO dan BN di serata Kelantan. Lagaknya macam orang PKR atau PAS. Benci sungguh beliau pada pemimpin UMNO ketika itu. Najib dan Rosmah juga menjadi sasaran maki hamun Ibrahim Ali. PAS disanjungnya. Berkat kesungguhan Ibrahim, dia diberi laluan oleh PAS bertanding di Pasir Mas, Kelantan. Atas tiket Bebas tetapi 'berlambangkan' bulan milik PAS. Ibrahim menang di sana. Dia dipangkah penyokong-penyokong PAS dan pengundi anti-UMNO. Menang dia.

Selepas pilihanraya. Ibrahim membuktikan gelaran 'katak' kepadanya. Beliau mula mendekati UMNO dan membangkitkan kebencian pada masyarakat Cina. Sasarannya kini beralih kepada DAP dan PKR. Teman politik PAS. Benci sungguh Ibrahim pada Cina. Rakan-rakan yang baik dengan DAP juga dibenci. Termasuk PAS.

Klimaks 'katak' ini ditunjukkan kepada rakyat Kelantan. Tanpa segan silu beliau menuntut YAB Tn.Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai MB kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan. Masyarakat Kelantan miskin di bawah PAS. Itu kata Ibrahim. Malang, 'tangan yang memberi makan, digigit katak'.

Hari ini. Ibrahim dengan PERKASA. NGO yang ditubuhkannya. PERKASA ditubuhkan untuk membela orang Melayu dan Pribumi di Malaysia. PERKASA menyatakan yang orang Melayu di Malaysia semakin tertindas, masyarakat Cina naik tocang dan semakin melampau. Orang-orang Melayu dikatakan semakin tertinggal ke belakang, dihimpit ekonomi sesak akibat kekayaan ekonomi milik Cina. Bangsa Cina juga dikatakan semakin berani membuat 'tuntutan' yang bukan-bukan.

Perkara ini berlaku selepas Pilihanraya ke-12. Selepas kekalahan teruk UMNO-BN dalam pilihanraya. Itu akibatnya.

Kita memahami maksud tersebut. Melayu akan hilang jatidiri dan haknya jika UMNO kalah dalam pilihanraya. Skrip yang sama berlaku pada tahun 1969. Api perkauman dimainkan bagi 'memupuk' semula minat masyarakat pada UMNO. Minat orang Melayu kepada UMNO. Hilang 'kuasa' UMNO dikatakan hilang 'kekuatan' Melayu.

Mainan politik Ibrahim. Beliau tidak lekang dari perkauman yang mebabi buta. Benarkah kaum Cina yang menekan dan merampas hak orang-orang Melayu?.

Beberapa perkara boleh dibuktikan. Sepanjang 50 tahun lebih pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran orang-orang Melayu. Selepas merdeka, bukan MCA, Gerakan atau DAP yang menjadi ketua kerajaan. Sepanjang pemerintahan tersebut, beberapa perkara dan aset orang Melayu telah dilingkupkan oleh pemerintah. Pemerintah yang terdiri dari orang-orang Melayu sendiri.

Pertama, penghapusan Bahasa Jawi oleh orang Melayu. Kedua, menghilangkan jatidiri Bahasa Melayu di sekolah. Pemberhentian bantuan Sekolah Agama Rakyat. Ketiga, penjualan tanah rezab Melayu kepada bukan Melayu. Keempat, penghakisan kuasa imuniti Raja-raja Melayu. Kelima, penipuan dalam DEB melalui projek yang di Ali Baba kan orang Melayu. Keenam, pemberian lesen judi dan loteri. Ketujuh, pembunuhan politik di Memali. Kelapan, taraf ekonomi orang Melayu tidak ditingkatkan. Kesembilan, pembinaan rumah kos rendah tidak disediakan untuk orang Melayu dengan jayanya, ini termasuklah di Pulau Pinang semasa pemerintahan Gerakan dan UMNO!. Kesepuluh, persempadanan pilihanraya tahun 2003 yang menyaksikan kerusi-kerusi di kawasan mojoriti Melayu telah dipecahkan menjadi tidak dominan untuk kekuatan orang-orang Melayu. Kedah, Kelantan dan Terangganu yang mana masyarakatnya majoriti orang-orang Melayu tidak ditambah sebarang kerusi Parlimen.

Ini jasa pemerintahan Melayu.

Jadi, apa perlu PERKASA membuat bising sekarang. Mengapa tidak dari dulu?. Adakah kerana politik UMNO atau kerana bangsa.

Kalau poltik, wajar ia ditolak. Kalau bangsa, jangan mengamuk dulu pada PKR, pada PAS atau pada DAP. Atau jangan terlalu marahkan Lim Guan Eng di P.Pinang. Kerana mereka bukan mangsa amukan PERKASA sekarang. Tetapi UMNO. Kerana UMNO lah parti tunjang Melayu yang memerintah selama ini.

Kalau rosak bangsa Melayu, UMNO lah yang wajar di salahkan.

Jangan hanya pandai menghunus keris, tetapi pengecut berhadapan musuh. Jangan jerit tentang bangsa, sekiranya diri juga bergantung pada Cina!

No comments:

Post a Comment