Saturday, March 27, 2010

Adakah ada PilihanRaya Kecil di Hulu Selangor?


Pasti. Ketetapan terhadap pilihanraya tersebut. Sebab kematian tidak ada jalan keluar bagi SPR menafikan pilihanraya kecil di sana. Walaupun sebelum ini 2 kejadian terbukti SPR menafikan pilihanraya. Kali ini tidak dapat tidak. Atau SPR mahu mengesahkan terlebih dahulu dengan caranya sendiri membuktikan penyangdang sudah meninggal dunia?. Itu saya tidak tahu.

Pilihanraya kecil sebab kematian wajib dilaksanakan. Tambahan pula Hulu Selangor adalah kerusi milik PKR. Sudah tentu BN sangat-sangat mahukannya!. Tambahan lagi. Ini peluang bagi 'menunjukkan sokongan rakyat' kepada BN selepas beberapa 'Tragedi Katak' yang menyaksikan aksi lompat parti dikalangan anggota Parlimen PKR ke Bebas. Serentak!.

Untuk rekod. Pilihanraya Mac 2008 menyaksikan Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang tipis ke atas calon BN, P.Palanivel (MIC) dengan majoriti 198 undi. Komposisi kaum pula menyaksikan Melayu (53.9%), Cina (26.7%), India (1.9%) dan Lain-lain (0.4%).

Jadi. Pastinya BN akan menunjukkan kekuatan di sana. PKR pula mahu mengembalikan 'maruah' yang tercalar akibat 'Geng Katak'. Pastinya banyak isu yang menarik. Kita tunggu dan lihat.

Di Kota Seputeh, SPR adalah pengganti BN di mahkamah. Di Titi Tinggi, BN juga menafikan pilihanraya kecil. SPR adalah pemutus kuasa.

Jadi, di Hulu Selangor adalah medannya.

Selamat berpilihanrya!

No comments:

Post a Comment