Wednesday, March 3, 2010

Mereka yang dirindui

Sudah lama saya tidak menulis. Blog ini juga sudah agak lama saya tidak kemaskini. Sebulan yang lepas saya agak sibuk. Sibuk dengan kerja-kerja saya di kolej. Februari adalah bulan terakhir saya di sana. Saya perlu menyiapkan kerja-kerja saya yang masih tertinggal. Alhamdullilah. Semunya siap mengikut rancangan.

Hari ini. Saya sudah pun meninggalkan kolej. Setahun saya di sana. Dari 03-02-2009 hinggalah 25-02-2010. Saya bekerja di MRSM Langkawi sekarang. Baru 2 hari di sini. Tugasan yang baru, cita-cita yang baru. Tahun 2010 menjanjikan pekerjaan tetap saya. Sebagai guru. Bukan lagi pensyarah seperti dulu.

Saya mengajar 2 subjek di sini. Seajarah dan Sivik.

Mengenang cerita di kolej. Jauh bezanya di sini. Langkawi. Tiada apa yang menarik bagi bandar-bandar besar seperti KL. Di sini pulau. Sekali sekala makan angin bolehlah. Cari makan?. Tempat yang membosankan. Pergerakan anda terbatas. Jauh seperti dulu. Saya bebas membuat macam-macam. Di sini. Segalanya berperaturan. Mahu tak mahu kena ikut. Ini pekerjaan baru saya.

Kawan-kawan?. Saya belum ada yang sesuai dipanggil kawan. Jauh sekali sahabat. Semuanya seorang diri. Buat masa sekarang. Itu perkara yang baik. Tunggulah seminggu dua lagi. Kalau-kalau ada yang sudi menjadi kawan. Buat bersembang pun dah cukup. Saya agak pendiam di sini. Dari jam 7.30-2.00 saya di sekolah. Petang, saya turun ke padang bermain bolasepak dengan pelajar. Setakat hari ini, saya bersama dengan seorang kaunselor melatih pasukan bolasepak bawah 18 tahun. Itu aktiviti saya. Malam. Saya hanya duduk di rumah. Bermain komputer, membaca dan menulis sikit-sikit. Bagi menghilangkan rasa bosan.

Saya rindukan suasana dulu. Saya rindukan teman wanita saya, kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya. Saya gembira sangat di kolej dulu. Saya rindukan suasana kerja di sana. Dikelilingi gelak ketawa, perbualan mesra dan kebebasan yang tidak melampau.

Saya rindukan itu semua. Eyma. Dialah penghilang sunyi dan peneman saya ke mana-mana. Saya rindukan dia. Sangat-sangat.

Saya rindukan kolej. Mok, Ustaz, Najib, Al-Ham, Shima, Eze, Ustaz Faisal dan lain-lain. Mereka adalah teman saya. Kami sangat mesra. Tidak pernah bermasam muka. Mereka sangat hebat dengan ilmu masing-masing.

Saya rindukan sahabat saya, Atan. Dia adalah abang, rakan dan sahabat dunia akhirat. Sentiasa membantu. Sentiasa berbual dan bersembang dengan matang.

Saya masih mencari kalau-kalau ada seperti mereka di sini. Setakat ini negatif. Rata-rata guru di sini membuat hal masing-masing. Cukup jam semuanya cabut balik walaupun rumah dalam sekolah!.

Saya rindukan mereka.

1 comment:

  1. hmm....kte pon rindukan zul jgk...x smpi seminggu zul berpindah tmpt kje, rs sunyi..biase2, pg2 je lg, ade org da mnyapa shima...tp skrg, da xde lg...teringat dlu2, zul., shima ngn nape slalu kua bersama2...kenangan yg xdpt lupakan ms zul sambut birthday kte...blanje kte mkn...hmm..sronok sgt...rs bru je smlm zul ada bersama2 kteorg sume...kte percaya, org disini pon msih merindui zul yg agak "bising", yg menjadi penyeri department kte...bl terbaca kisah yg zul paparkan ni, rs sayu dihati shima..shima harap zul tabah hadapi hari2 mendatang disana..jgn jadikan sume yg berlaku itu sbg 1 bebanan, tp jadikanlah ia sbg 1 cabaran dan pengalaman yg perlu zul tempuhi..kuatkan semangat dan i.allah, satu hari nnti ianya akan menjadi seperti yg zul harapkan..shima percaya, zul boleh lakukan..mungkin sume yg berlaku ada hikmah disebaliknya...emm..kalo zul rindu kt kteorg, dtgla cni bl cuti nnti...jgn sedih2 tau... :-)

    ReplyDelete