Tuesday, March 16, 2010

Barisan atau Pakatan?

Politik adalah jalan kehidupan. Di mana-mana. Politik menjadi aspek tertentu kepada kuasa menentukan perjalanan negara dan pembangunan masyarakat. Islam juga sebegitu. Memandang politik kepada sebahagian kehidupan. Tiap-tiap kali kita sembahyang, bacaan pertama selepas mengangkat takbir menjelaskan 'urusan' kita sebagai manusia. Itu politik.

Di Malaysia. Amalan politik menjangkaui segala-galanya. Proses menghantar anak ke asrama atau pemberian baja juga bersangkut politik. Politik ada yang murahan. Barangkali perkara murahan itu menjadi ikutan politik di Malaysia.

Amalan demokrasi tulen jarang sekali diguna pakai. Maka sebab itulah ramai yang kurang berminat dengan politik. Walaupun keperluan dan penting. Ramai yang menjauhkan diri. Hatta, ada juga yang sangat membenci politik. Tidak boleh begitu.

Ilmu politik sepatutnya diluaskan. Amalannya juga patut dipratikkan semua pihak. Samada kita menyokong mana-mana pihak itu terpulang. Itulah politik. Kita berhak menyokong sesiapa, parti mana atau pasukan mana yang dikira benar dalam pengamatan politik kita.

Tiada paksaan. Dalam amalan demokrasi, berhak kita ke atas sesiapa sahaja. Berhak kita menyokong parti yang kita percaya. Walaupun bekerja dengan institusi yang tidak sealiran.

Parti dan Kerajaan perkara yang berlainan. Yang bodoh sahaja mengatakan sama. Walaupun komunis, membina sekolah dan pengajian agama adalah tanggungjawab kerajaan. Walaupun kerajaan komunis yang tidak percaya kepada institusi keagamaan.

Poltik tidak pernah kotor sebagaimana yang difikirkan.

Saya berpolitik sejak berumur 14 tahun. Tahun 1999 pilihanraya saya sudah mengenali parti yang bertanding. Keputusan dan tatacara pilihanraya.

Saya membesar dikalangan masyarakat biasa. Ayah saya bukan profesor. Ibu saya bukan Menteri. Abang saya bukan Ketua Pemuda. Ransangan datang dari diri kita sendiri. Minat atau tidak.

Selalu sembahyang. Mesti tahu ayat-ayat yang dibaca. Jangan jadi pekak dikalangan mereka yang bersuara. Menjadi bisu dikalangan mereka yang membaca.

Bukankah kita yang manusia yang sempurna.

No comments:

Post a Comment