Tuesday, January 12, 2010

Selamat Hari Lahir

Saya sudah mencapai umur 25 tahun. Saya semakin tua. Ke arah menjadi tua. Saya menyambut hari lahir yang ke-25 pada 10 Januari 2010 yang lepas. 'Teman wanita' saya antara individu yang paling sibuk mengatur pelbagai program sambutan hari jadi tersebut.

Sudah 6 tahun dia menyambut Hari Lahir saya. Kali ini paling meriah kerana kami sudah bekerja. Hadiahnya pun sudah ada 'nilai' tersendiri. Kami lebih matang dari semalam.

Saya sendiri terasa begitu terharu. Teman-teman baik juga sama meraikannya pada malam 10 Januari tersebut. Kami menyambutnya di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Sederhana tetapi dalam suasana yang ceria dan mesra.

Turut berkongsi sambutan pada tarikh yang sama adalah sahabat saya, Shidi. Dia juga lahir pada tarikh yang sama. Begitu juga Tuan Guru Dato'Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan. Juga berkongsi tarikh yang sama menyambut hari kelahirannya bersama saya. Saya ucapkan Selamat Ulang Tahun kepada Tuan Guru!.

Semoga kita semua akan terus dirahmati dan diberikan kekuatan untuk menempuh sisa-sisa hidup di dunia ini. Semoga rezeki kita bersama akan bertambah murah dan kejayaan dikecapi bersama. Jutaan terima kasih kepada Nor Fahimah bt Yusoff yang sentiasa bersama saya sepanjang perjalanan jatuh bangun hidup bersama. Dia adalah rakan, sahabat dan teman yang tiada nilainya pada saya. Juga junjungan kasih saya ucapkan pada sahabat saya Shahril (Atan) dan Hanafee (Moq) di atas segala-galanya. Semoga persahabatan kita bertambah erat dan dirahmati Allah SWT.

3 comments:

  1. "Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan dan petir. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah..."

    SELAMAT HARI JADI ZUL..MAY ALLAH BLESS U...wish u n ema 4eva 2geda till ends.....amin....

    ReplyDelete
  2. selamt hari lahir sahabatku zul..teharu patik membaca blog nukilan saudara zul ku ini...bangga nm aku tesenarai dlm insan yg lahir pd 10 jan yg amat betuah ini...tima ksh sahabat...

    ReplyDelete