Thursday, December 17, 2009

National Interest

Saya benci kepada agenda perkauman. Baik dari mana-mana pihak. Hari ini, media massa yang dikawal sepenuhnya oleh Kerajaan menjadi 'lidah rasmi' agenda perkauman. Pelik sungguh. Dalam suasana 'modern technology' masih ramai lagi pihak-pihak di luar sana yang bermentaliti seperti itu. Tak faham saya. Sepatutnya kita sudah melangkah jauh ke depan. Surat khabar atau televisyen menjadi agen perpaduan kaum yang utama. Bukan adu domba. 'National Interest' sepatutnya menjadi keutamaan kita. Baik Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam hal ini, saya menyokong sepenuhnya kenyataan Nazri Aziz. Isu 'Ketuanan Melayu' patut dihentikan. Apakah dengan mengetengahkan isu ini Melayu menjadi kuat sepenuhnya? Atau ia menjadi candu kepada orang-orang Melayu yang takut dengan bayang-bayang sendiri?. Perlukah kita dengan 'Ketuanan Melayu'?. Saya tidak bersetuju.

Saya orang Sejarah. Banyak ilmu-ilmu Sejarah yang di ajar kepada saya di Universiti Malaya dulu. Kita perlu congak kembali. Apakah Tanah Melayu yang diberi kemerdekaan oleh British hanya pada orang-orang Melayu?. Adakah hanya orang-orang Melayu sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan?. Baca dan kaji. Sejarah Malaysia mencatatkan segala-galanya. Ilmu sebegitu perlu dibaca dan diingati oleh kita semua. Tidak kira siapa.

'Ketuanan Melayu' hanya polemik semata-mata. Sedar tak sedar, jika kita melihat sejak Merdeka, peluang yang diberikan kepada orang-orang Melayu terbentang luas. Jahanam orang-orang Melayu bukan kerana bangsa lain. Bukan Cina yang memerintah kita sejak Merdeka. Bukan India. Jauh lagi Iban, Dayak, Sakai. Orang Melayu yang menguasai politik di sini. Ada hasilnya. Tetapi banyak juga jahanamnya. Itu realiti.

Saya sokong Nazri!

No comments:

Post a Comment