Monday, December 21, 2009

Semangat Baru

Hari ini. Bermula Semester 2 Sesi 2009/2010 di kolej saya. Pengajian akan bermula dengan rasminya pada Isnin hadapan. Saya begitu bersemangat dalam semester ketiga saya menyumbang ilmu di sini. Saya mengharapakn teman-teman saya pun begitu. Sumbangan ilmu pengetahuan dan pendidikan merupakan teras dalam aspek pembangunan manusia. Tanpa ilmu, kita sama serupa saling tak tumpah macam haiwan. Itu kata-kata ibu saya.

Saya suka bidang ini. Bagi saya ia sesuatu yang murni, indah dan mencabar. Berdepan dengan para pelajar yang datang dari pelusuk negeri, pelbagai agama, bangsa dan agama. Indah sekali. Cabaran itu perlu digalas dengan komitmen yang tinggi. Saya suka suasana itu.

Saya mengharapkan bidang pendidikan terus dijadikan aspek utama pembangunan manusia di negara ini. Jangan sesekali menafikan hak sesiapa untuk mendapatkan ilmu. Bantuan dan dana perlu disediakan. Ilmu pengetahuan mesti dikembangkan. Inilah salah satu cara kita 'mengubah' manusia. Dari negatif ke positif. Tiada jalan lain. Ilmu kuncinya.

Rata-rata pelajar saya berbangsa Melayu. Ada juga Cina, India dan Etnik Sabah dan Sarawak. Mereka minoriti. Bumiputera yang ramai. Saya mengharapkan semangat anakbangsa. Mencari ilmu tidak kira di mana. Saya mengharapkan anak-anak bangsa kira berlumba-lumba mendapatkan ilmu. Tertewas di SPM atau STPM bukan penghujungnya. Masih banyak ruang ilmu yang mesti di isi. Tidak kira di mana. Asalkan positif. Itu harapan saya.

Bidang akademik mesti diperluaskan. Itu harapan saya.

Kepada para pelajar Kolej Antarabangsa Teknologi Cybernetics. Jangan berhenti di sini. Masih banyak ruang di luar sana. Isikan. Isikan dengan ilmu. Kayakan diri dengan ilmu. Banyakkan membaca. Dekatkan diri dengan buku. Jauhkan diri dengan kegiatan murahan. Tetapkan diri. Terus ke hadapan.

Selamat Datang saya ucapkan. Jadikan semester ini satu lagi episod cemerlang dalam diri anda.

No comments:

Post a Comment