Wednesday, December 30, 2009

Disiplin dan Sumbangan: Seiring dan Sejalan

Ada tiga kategori manusia di tempat kerja saya.

1. Disiplin yang tinggi, tiada sumbangan atau idea kepada kolej.
2. Sumbangan yang tinggi, tiada disiplin.
3. Sumbangan dan disiplin yang rendah.

Kategori ini mencerminkan pekerja di kolej saya. Para akademik dinilai dengan kategori di atas bagi memperoleh bonus hujung tahun. Saat yang ditunggu para kakitangan.

Kategori ini hanya pada staf akademik. Bukan akademik memakai kategori lain.

Amalan ini akan dipratikkan pada tahun hadapan secara khusus. Saya antara staf yang terlibat dalam pembinaan sistem ini yang dirangka pada semester lepas. Diasingkan masalah disiplin dan sumbangan pada kolej. Saya menyokong pendekatan ini, dengan hasrat ia digunakan secara 'adil' oleh pihak atasan mengadili seseorang staf.

Namun demikian, saya juga mengharapkan masalah disiplin staf dititik beratkan. Sumbangan atau 'contribution' bukan suatu jalan utama memberikan bonus pada seseorang. Sepatutnya, masalah disiplin atau komitmen juga dititik beratkan. Itu harapan saya. Keadaan begitu nampak lebih 'manis'. Seorang staf yang banyak idea, dalam masa yang sama mempunyai kredibiliti menjaga disiplinya serta komitmennya yang tinggi.

Kategori insidividu yang pertama, begitu ramai sekali. Menitikberatkan hal disiplin. Datang awal ke tempat kerja, menjalankan tugas sebagai pendidik yang sempurna, tidak pernah ponteng kerja dan kelas, jarang ambil MC, Annual Leave, Emergency Leave, terlibat dengan masalah dalaman dan luaran. Pendek kata, semuanya sempurna. Namun, sumbangannya pada kolej dalam mengutarakan idea-idea baru bagi pembinaan kolej sama sekali negatif. Individu begini ditolak ke tepi.

Individu kedua, diangkat sebagai 'wira' dalaman. Popular dikalangan pihak atasan. Mendapat pujian saban hari. Malah, disebut individu yang banyak 'jasanya'. Menjadi rebutan kadang kala. Dianggap individu penting kepada kolej. Disayangi dan disegani oleh pihak tertentu. Tetapi, tahap disiplinya teruk!. Apa yang dilakukan oleh individu kategori pertama, 'individu kedua' tersasar semuanya. Walaubagaimanapun, sistem yang dibina oleh saya boleh digunapakai bagi 'menyelamatkan' individu kedua ini. Segala masalah disiplinya boleh dipadamkan, dipinggirkan malah dilupakan kerana 'sumbangannya' pada kolej begitu tinggi. Bonus?. Paling tinggi dikalangan staf yang lain. Mekanisme yang dibina, ditolak sama sekali. Asalkan bagus, yang buruk dilupakan. Saya yang membina sistem ini. Tidak mahu dilihat beigitu sistem ini berjalan.

Individu yang ketiga. Jauh sekali diberi harapan. Individu sebegini, lebih baik tiada dari wujud. Tiada sumbangan malah komitmenya juga mengecewakan!

Saya nampak ada kesilapan. Kesilapan terhadap perjalanan sistem ini. Sepatutnya, elemen individu pertama dan kedua dicantumkan. Baru molek rasanya. Seorang pekerja yang baik, cemerlang dan gemilang perlu ada kedua-dua kategori. Disiplin dan sumbangan!. Sepatutnya begitu. Disiplin dan sumbangan perli seiring dan sejalan. Baru betul.

Mekanisme yang dipakai hari ini, nampak janggal sekali. Mengetepikan disiplin, mengutamakan 'contribution' rasanya tidak betul pada pengamatan saya.

Menjulang 'mereka-mereka' yang mempopularkan kolej, menaikkan nama Jabatan, menjadi idaman semua pihak, disayangi 'ketua' bukan suatu tindakan yang bijak. Dengan menolak disiplin 'mereka-mereka'.

Barangkali, kalau suatu hari kelak, 'mereka-mereka' ini kalau ada masalah disiplin yang dikira berat pun tiada masalah. Tiada apa, kata pihak atasan. 'Mereka' ada 'contribution'!. Kamu ada apa?. Habislah kita.

8 comments:

  1. Saudara moksha.. itu namanya politik organisasi.. kalau pandai bodeknya kenalah gayanya.. Disiplin sama sekali tak penting.. janji suka di mata bos kita semua dah kira "orait lah tu.."

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya disiplin pun kena amik kira.. walaupun bagus macam mana tapi disiplin tak der tak bagus!!!

    Pernah dgr ESQ dan ISQ tak? kedua-dua elemen ini hendaklah di gabungkan barulah akn berjaya sesebuah organisasi tue,,lebih efektif IQ jer ader tapi EQ tak der tak balance.. Saya rasa Company ko ni kena buat training nie lah.. baru sedar sikit saper yang evalute bonus tue!!!betul Tak?

    ReplyDelete
  3. Saudara,
    bila saya baca kenyataan nie.. ader beberapa persoalan yang bermain diminda.. pertama saudara ker yang membuat dasar agar disiplin dan contribution diasingkan menjadi berlainan elemen?
    Bagi saya ader pro dan kontra terhadap pemilihan yang dibuat.

    ReplyDelete
  4. company saudara company melayu ker? kalau melayu mmglah macam bermasalah.. kn pandai bodeklah apalah baru naik pangkat naik gaji.. kalau kita kuat kerja, disiplin bagus orang suka kita tapi bos tak suka pun tak guna yang nak evalute kita bos kita supervisor kita!!! Entahlah aper diaorang tgk pun tak tahu KPI lah apa lah Meluat!!!!

    ReplyDelete
  5. baguslah .. negatifkan diri sendiri jangan influence orang lain..

    Lepas nie mesti moksha akan demotivated.. tak semangat.. tapi dont be in that way..

    Menjadi pengajar pendidik itu kerja mulia!!! ikhlas.. barulah diberkati yer,,

    ReplyDelete
  6. jgn dikesali apa yg tlh berlalu...mungkin perlu dipersuarakan agar tidak ada pihak yg terluka...hopefully ada perubahan...rezeki "DIA" yg berikan...bkn kita manusia yg tentukan..tp perlu igt, selagi kita ikhlas walaupun terluka, i.allah "DIA" akn kurniakan rezeki yg brepanjangan...

    ReplyDelete
  7. steady la bro...org yg kaki bodek ni, spatutnye bg wa trajang sama dia satu kali...wa pns lak bile tau de org sgup jual maruah diri dgn membodek..bull shit!!!!! kaki bodek.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih di atas komen yang diberikan. Harapan saya jelas, dari sudut penulisan belum cukup untuk 'menjelaskan' perihal yang berlaku.

    Insayallah. Tulisan-tulisan selepas 'post' ini akan terus di'hala' kan kepada 'Kelakuan Organisasi' yang berat sebelah, negatif dan jahil!

    ReplyDelete