Tuesday, December 15, 2009

1Malaysia Sabah: Perjanjian 20 Perkara

Sejarah merupakan antara ilmu yang mempunyai harga yg tinggi. Pengetahuan tentang imu sejarah mengajar manusia menjadi lebih realistik dan berjaga-jaga di masa hadapan. Di sini, saya 'post' kan tentang satu lagi imu sejarah yg pasti dapat meningatkan kita semua bagaimana gagasan negara Malaysia dibentuk bersama-sama Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963. Antara syarat-syarat yang dikenakan oleh Sabah kepada Tunku And Rahman sebelum bersetuju bersama Malaysia adalah berkaitan 'Tuntutan 20 Perkara'. Bagi perkongsian tersebut, saya memetik Tuntutan 20 Perkara yg dijadikan syarat itu. Selamat membaca!

‘Perjanjian 20 Perkara’ syarat pembentukan Malaysia di perenggan akhir sebagai
berikut :

* “Peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara (Sabah). Begitu juga Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara (Sabah)”.

"Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.

* The provisions in the Constitution of the Federation in respect of the powers of the National Land Council should not apply in North Borneo. Likewise, the National Council for Local Government should not apply in North Borneo."... See More

Oleh kerana ramai yang tidak mengetahui kandungan 20 perkara syarat kemasukan sabah ini, saya senaraikan kandungan 20 perkara tersebut untuk tatapan sahabat2 :

1. AGAMA : Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.

2. BAHASA :

1. Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.
2. Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
3. Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

3. PERLEMBAGAAN : Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Satu perlembagan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.

4. KETUA PERSEKUTUAN : Ketua (Yang Di Pertua Negeri) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

5. NAMA PERSEKUTUAN : “Malaysia” bukan “Melayu Raya”.

6. IMIGRASI : Kawalan keatas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak dibawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapapun ke dalam Borneo Utara kalau ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakkan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

7. HAK MENARIK DIRI : Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak wujud.

8. Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diujudkan secepat mungkin.

9. PEGAWAI-PEGAWAI BRITISH : Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

10. KEWARGANEGARAAN : Tertakluk kepada pindaan berikut, cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :

1. Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun.
2. Untuk penyelarasan dengan undang-undang kita, perenggan kecil (II) (a) sepatutnya menyatakan “tujuh daripada sepuluh tahun” dan bukan “lapan daripada dua belas tahun”.
3. Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibubapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

11. CUKAI DAN KEWANGAN : Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan dan cukai sendiri.

12. KEDUDUKAN KHAS BANGSA ASLI : Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara sehrusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya masa kini tidak semestinya dapat digunakan di Borneo Utara.

13. KERAJAAN NEGERI :

1. Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
2. Borneo Utara seharusnya mempunyai sisitem menteri yang lengkap.

14. JANGKAMASA PERALIHAN : Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti dibiarkan kepada Kerajaan Negeri mengikut perlembagaan dan bukan diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan.

15. PELAJARAN : Sistem pelajaran yang wujud sekarang harus diteruskan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

16. PERLINDUNGAN KEPADA PERLEMBAGAAN : Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN : Ini sepatutnya bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

18. NAMA KETUA NEGERI : Yang Di Pertua Negara.

19. NAMA NEGERI : Sabah.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN : Bekalan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai Kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak seharusnya melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak melibatkan Borneo Utara.

Dengan kata lain, tanah dan hutan Sabah adalah hak mutlak peribumi Sabah. Justeru, mengapa taukey- taukey yang berselindung disebalik pelbagai nama seperti FELCRA, MESEJ, SDTME, BSSB dan sebagainya dengan begitu mudah merompak dan merampas Tanah Adat milik puluhan ribu Pribumi yang telah menerokanya sejak nenek moyang mereka lagi atau sejak ratusan tahun yang lalu? Jawapannya adalah, siapa yang menduduki takhta Jabatan Tanah Sabah?

4 comments:

  1. pribumi sbah snang dimanipulasikan kerana kurang pendidikan..ramai golongan ibubapa tak tau didik anak,.byak pelajarnya pula pasif tdak produktive walaupun sudah kuar dari u..bilangan pelajar cemerlang pun kurang ,kalau cemerlang pun hanya dalam pelajaran sja,tapi dari segi sahsiah,kepimpinan adalah mendukacitakan...ibubapa pula kurang kemahiran didik anak,apabila marah mereka selalu memamki hamun dan hilang kesabaran,lepas tu tunjuk tabiat buruk seperti merokok,minum alkohol,berbahasa kasar,tengok filem lucah..akibatnya anak pun terikut ikut...lagi teruk,pribumi tak tau speak bahasa ibunda sendiri,hilang identiti bangsa...sedih..ingat asas kekuatan bangsa dan negara terletak ditangan keluarga...wahai ibubapa didiklah anak kamu dengan tertib..ingat anak anda sekarang adalah pewaris kepimpinan bangsa masa depan...

    ReplyDelete
  2. bodoh... tengok sendiri la kes buang bayi dekat mana yang paling ramai di malaysia ni.. jgn bilang itu ja tengok lg kes jenayah lain. Negeri mana yg paling ramai? rakyat sabah memang kebanyakan xda sijil/diploma/degree. Tapi mau ckp kami ni x bepelajaran? Saya jamin rakyat sabah jauh lebih bagus sebagai seorang MANUSIA dari semenanjung yg rata2 sda menjawat jawatan BINATANG.

    ReplyDelete
  3. Pada suatu ketika dulu tidak ramai yang berpendidikan tinggi Sabah. Namun, apabila Rakyat Sabah semakin maju dan banyak yang telah celik ilmu kerana menerima pendidikan yang sewajarnya, keadaan Sabah telah telahpun parah. Sabah sudah terikat dengan banyak perjanjian yang lebih menguntungkan orang luar dan bukan peribumi Sabah.

    ReplyDelete
  4. Agak nya dorg yg x celik ilmu 2,buat apa2 pun tnpa usul priksa,tnpa kajian,maju tnpa melihat sejarah,sabah pernah jd sbuah ngara dlu,xda 20 perkara,xda lha pembentukan Malaysia.

    ReplyDelete