Sunday, January 6, 2013

OB


Sekali lagi saya perlu mengelami dunia organisasi di tempat yang baru. Suasana sedemikian rupa bukanlah kegemaran saya untuk mula berkenal-kenal, tersengih-sengih dan mendampingi orang-orang tertertu. Saya selalu berdoa agar proses bermesra itu tapat dengan segera. Tidak kira di mana atau dengan siapa. Biarlah ia berlalu dengan pantas mengikut waktu dan masa.

Di sini, sebagaimana biasa. Organisasi yang sama di mana-mana. Tabiat manusia itu sama sahaja. Kalau mengenangkan tempat kerja sebelum ini. Maka, ia juga sama sahaja. Ada baik dan buruknya.

Saya suka berbual dengan isteri saya dalam hal ini. Bukan hanya kepakarannya dalam 'Organization Behaviour'. Malah, pengalamannya yang sering menjadi 'sasaran' atau 'kegemaran' ada pengalaman yang perlu dikongsi. Sudah pasti dengan saya. Maka, kami terbiasa bersembang hal-hal berkaitan organisasi ini.

Tidak perlu diulas panjang. Semua individu mengetahui bagaimana suasana tersebut. Pengalaman bekerja akan mengajar kita secara dekat hal-hal yang berkaitan organisasi. Sebab itulah di peringkat IPT, sesiapa yang ada pengkhususan berkenaan dengan pengurusan, pentadbiran, atau sumber manusia. Pasti mengenali subjek 'OB' dengan lebih terperinci.

Manusia-manusia yang dikumpulkan dalam satu bumbung. Mencari rezeki adalah lumrah alam. Sudah tentu akan mewujudkan pelbagai senario dan situasi yang menarik. Penyakit-penyakit manusia ini dikumpulkan di dalam satu bangunan. Akan wujudlah virus yang pelbagai.

Di sinilah pengalaman mengajar kita untuk mentadbir dan mengurus manusia itu. Bagaimana kita menghadapibya. Secara kreatif, positif, bernilai dan mutlak. Atau, secara sinis, negatif, tidak bermoral dan separuh nafas.

Andai kita tersilap langkah. Bermadah dengan manusia yang bermuka-muka. Pasti ia adalah langkah kiri  dalam kerjaya.

Saya sendiri secara peribadi. Pernah beberapa kali tersadung kaki..!. Ia adalah pengalaman. Awal atau akhir bukan ditentukan sesiapa. Bangkit itu adalah mustahak lebih dari segalanya.

Apa perlu dengar kata orang atau cakap-cakap sindir dibelakang. Bukan dia yang beri makan?. Tetapi bolehkah kita, saya dan anda pergi bekerja dengan bermasam muka dengan individu yang kita kongsi meja di kafetaria?. Sukar sekali bukan.

Saya baru beberapa hari di sini. Bila ditanya apa pengalaman Langkawi yang boleh dikongsi. Saya jawab dengan mesra. Biarlah saya selami dahulu budaya di sini.

Terlebih depan di kata buat pandai. Kebelakang nanti, diikata 'mat lengai'.

Berupaya saya mengikuti budaya mereka perlahan-lahan. Saya lebih gemar untuk selami dan ikuti yang baik dari mereka. Kerana di sini, lebih ramai kakitangan yang berpengalaman berpuluh dan berbelas tahun. Ia suatu yang hebat. Kerana ilmu dari pengalaman itu tinggi nilainya. Mahal harganya. Saya suka berkongsi dengan mereka. Atas dasar apa pun dan isu nya. Pokoknya, saya berkehendakkan kemesraan dalam bekerja.

Saya perlu mengelak menjadi bahan cerita. Atau punca kepada apa-apa sahaja. Biarlah orang mengenali saya tentang yang baik-baik belaka.

Pengalaman lampau. Mengajar saya. Bukan mudah menangkis 'persepsi' dari peluru perang Somila. Dicop anda 'jahat'. Selama mana anda sujud, hitam seluruh dahi. Anda tetap dianggap 'jahat'. Kerana manusia lebih gemar akan bercerita kejahatan anda dari kebaikan yang anda cipta.

Marilah sama-sama kita ceriakan suasana bekerja. Mesra dan bersahaja. Komitmen itu pasti. Tanggungjawab itu amanah. Baik dan buruk datangnya dari Allah SWT. Bukan kehendak kita.


Tapi yang pasti. Saya selalu berkehendakan yang mesra. Kerana ini tempat saya mencari makan untuk isteri dan anak-anak.

No comments:

Post a Comment