Thursday, September 2, 2010

Hari Saya

Satu hari saya berfikir. Berfikir tentang masa depan saya. Yang belum ada sebarang penamat kepada penghujung. Entah bila diri saya akan terus begini. Terus mengamalkan dosa-dosa kecil. Disamping, melakukan dosa-dosa besar. Dikelilingi mereka yang alim. Tidak sedikit pun meleturkan diri saya menjadi seperti mereka. Malang sekali. Ramadhan yang saya lalui depan mata. Tidak mengubah apa-apa.

Keadaan kewangan semakin tenat. Menunggu jawapan yang belum kunjung tiba. Walaupun saya ada matlamat sendiri. Namun semuanya sia-sia. Saya hanya gunakan bekalan kewangan yang saya tunggu untuk melabur dalam mana-mana saham yang sah selepas ini. Pada asalnya. Pinjaman tersebut untuk tujuan lain. Tetapi semalam saya mendapat jawapan yang tidak berpihak. Saya mengamati satu per satu. Kesemuanya. Saat saya dahagakan teman untuk berbicara. Saat itu juga saya hilang dalam sekelip mata. Ianya menjadi penghujung kepada saya. Segala budi yang ditabur. Dibalas dengan pengkhianatan yang maha berat. Tidak dipedulikan sesiapa. Putus yang dipinta.

Emak saya hanya berdiam. Ia tidak berkata apa. Saya anak yang paling rapat dengannya. Segala urusan peribadi saya akan berkongsi dengannya. Emak adalah individu yang paling memahami saya. Jauh atau dekat. Dia sentiasa bersama dengan saya. ‘Sabarlah’. Saya selalu lali dengan nasihat itu. Mungkin ia agak berbeza kali ini. Tahun 2005 saya pernah menerimanya sekali. Saat saya menghitung hari lahir yang ke-20. Saya menerima hadiah yang paling berharga. Saya ada ukirkan di dalam buku hitam yang saya tulis segala kenangan manis dan menyakitkan di dalamnya. Hanya saya yang mengetahui saat-saat itu. Hadiah dari ‘individu’ yang sama.

Seburuk-buruk daging, kalau dibasuh boleh dimakan jua. Seburuk-buruk manusia, kalau jahat mati masuk neraka.

Seburuk-buruk saya, saya tahu akan kelaku itu. Yang membuatkan saya sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa. Sekurang-kurangnya saya sudah berhenti dari melakukan kejahatan yang paling hina. Sekurang-kurangnya saya sentiasa berusaha. Mengecapi apa yang orang lain pinta. Saya berusaha mendapatkannya. Walaupun kadang-kadang ia membebankan tetapi saya sentiasa berusaha.

Saat itu juga. Saya hilang segala-galanya. Mungkin. Selepas ini saya patut menghargai orang lain pula. Menerima seseorang seadanya. Cinta?. Satu perkara yang saya berhenti dari melakukannya sejak 6-7 tahun yang lalu. Mungkin orang tidak tahu. Manusia jahat kadang-kadang lebih setia dari si betina yang berkelumbung tubuhnya. Ibu yang baik adalah yang mendorong anaknya menghargai ‘sesuatu atau seseorang’. Bukan penghasut kepada kemusnahan.

Saya tidak berkata sesiapa. Jangan nanti ada yang terasa. Mengata saya mengata keluarganya.

Saya cuma insan yang hina. Menulis apa yang saya rasa.

Saya tidak berkesempatan lagi membelek baju raya tahun ini. Masalah yang bertimpa-timpa membuatkan ‘mood dan feel’ raya hilang begitu sahaja. Walaupun puasa saya lebih baik dari sebelum-sebelum ini. Diisi dengan terawih tadarus al-Quran. Ia tidak membawa apa-apa makna kepada saya. Ianya terasa begitu terasing dan leka. Hari-hari berjalan dengan cepat sekali. Tanpa saya sedari.

Apa yang akan berlaku esok?. Jam 4 pagi tidak membawa saya ke katil untuk beradu. Mata saya segar sekali menunggu waktu sahur dan subuh. Esok adalah hari terakhir saya bekerja. Lusa saya ke kampung. Walaupun saya tidak gembira. Cuti saya perlu isi dengan kerja-kerja yang berfaedah. Set soalan peperiksaan untuk subjek pengajaran saya perlu disiapkan menjelang 21hd. 23hb saya bersama teman-taman guru akan melangsungkan ‘Program Santai PMR’. 24hb saya ke Pasir Salak. Sukan MARA Zon Utara. Padat dan menyerokkan. Sekurang-kurangnya ia boleh melupakan saya pada kenangan yang menyakitkan.

Atau terus melupakan. Manusia jahat dikeliling saya. Melupakan mereka yang berjasa. Sebagaimana mereka cuba melupakan saya.

Apa perlu saya meratap pada benda yang tiada.

Bukankah kita manusia perlu hidup selagi nyawa dikandung badan. Nafas yang tidak ternilai perlu diisi dengan kegembiraan. Bukan meratap hina pada insan yang sedang membina tembok pemisah untuk melupakan segala penat dan lelah. Segala budi dan jasa.

Dengan siapa ‘mereka’ berjalan?. Masihkah dengan saya atau tangan yang lain memimpin dengan jiwa pemenang.

Benarkah itu semua perlu saya hadapi.

Lukakah hati ‘mereka’ dengan pertolongan. Atau ‘mereka’ sudah berjumpa dahan. Yang boleh ditumpang buai selepas ini. Lukakah hati ‘mereka’. Perlu diubati dengan perpisahan.

Bagaimana saya sendiri?. Tidak lukakah?. Atau bergembirakah saya?

Perlu diubatkah?. Atau bertindak seperti ‘mereka’. Merancang membalas dendam.

Menyakitkan hati bila difikirkan. Bukankah pernah nama saya jadi sandaran. Menyelamatkan sebuah perniagaan.

Barangkali itu tidak seperti jasanya yang boleh dihitung dengan jari-jari yang dijilat lidah.

Kegembiraan melihat kemusnahan dan kesakitan orang lain. Kadang-kadang memuaskan hati.

Tentu ‘mereka’ sedang merasai saat itu.

Lihat sana!. Ada banyak rama-rama berterbangan. Pilihlah satu. Barangkali cantik kalau diletak di dalam balang.

Jangan diambil kupu-kupu hitam. Cantik diluar, racun di dalam.

Semua untuk saya. Bukan untuk ‘anda’.

No comments:

Post a Comment