Wednesday, July 21, 2010

Watak Jahat Harunsani Zakaria

Mufti Perak benar-benar sungguh hendak menyatukan UMNO-PAS. Sejak Pilihanraya Umum 2008. Hasil kemerosotan undi UMNO. Modal 'Pernyatuan Melayu' terus berkemandang dengan melodi yang sangat sumbang!

Kawan-kawan dari UMNO langsung tidak tahu malu. Parti yang dikatakan sebagai kuno dan sesat. Tiba-tiba hendak bersatu. Atas nama Melayu.

Semalam. Harunsani Zakaria agak berang dengan tuduhan 2 Naib Presiden PAS yang mendakwa beliau berbohong dengan kenyataan ada pemimpin PAS datang berjumpa dengannya bagi menyatukan UMNO dengan PAS. Harunsani dihadapan wartawan berkata, takkan lah dia hendak berbohong sedangkan dia seorang Mufti. Kita nak satukan Melayu. Yang taknak sangat kenapa?. Keluh Harunsani Zakaria. Beliau juga menyoal kenapa PAS tidak mahu bersatu bagi menguatkan orang Melayu. Dia juga menyebut pemimpin PAS degil dan keras kepala. Tambah beliau lagi, PAS boleh bekerjasama dengan orang lain (rujuk DAP) tetapi dengan UMNO tidak mahu. Bahkan dia juga menyebut berkenaan tuntutan orang bukan Islam yang semakin melampau. Kes 'Kalimah Allah'.

Itu keluhan Harunsani Zakaria.

Beliau sangat kesal dengan PAS yang tidak mahu bersama. Watak jahatnya sudah bermula. Untuk memenangkan kembali UMNO di Malaysia. Anwar Ibrahim mestilah dihumban ke penjara. Ia sedang berlaku sekarang. PAS mesti dikucar-kacirkan terutama dalam isu 'Ketuanan Melayu', 'Pernyatuan Melayu', 'Pernyatuan Islam' atau apa-apa sahaja istilah yang menguntungkan. Hal ini akan menyebabkan, serangan harga barang yang naik hasil perkosaan terhadap subsidi rakyat tidak didengar, serangan ke atas kerajaan tidak akan berbangkit. Sedar atau tidak. Dari satu sisi, RTM, TV3 dan Utusan Melayu dilacurkan untuk menyerang PKR di Selangor dalam isu 'Penjualan Pasir'. Di satu sisi, mereka mendedahkan kepada bangsa Melayu. PAS lah yang tidak mahu bersatu dan menyatukan Melayu. Bolehlah nanti modal 'Pengkhianat Bangsa' dimainkan kepada PAS.

PAS yang melayan tuntutan jahat hasil watak jahat Harunsani Zakaria bertubi-tubi mengadakan sidang media untuk menafikan hal ini.

Isu-isu rakyat seperti kenaikan harga barang senyap sunyi. Samada anda perasan atau tidak. Inilah 'Political Strategic by UMNO'.

Menggunakan Mufti sesebuah negeri untuk tujuan menyelamatkan UMNO dari lenyap dalam politik negara. Harunsani akan terus memainkan melodi ini untuk 'survival politik UMNO'.

Samada kita percaya atau tidak. Pernyatuan UMNO-PAS adalah tujuan untuk menyelamatkan UMNO. Melayu tidak akan hilang kuasa walaupun tidak bersama UMNO. Kejahatan UMNO memperkosa hak-hak Melayu sekalian lama tidak boleh dimaafkan begitu sahaja. Menjadi tanggungjawab semua orang-orang Melayu untuk 'membunuh' UMNO dalam politik. Melawan UMNO habis-habisan akan mengutungkan seluruh Melayu sejagat. Kekayaan negara harus dikongsi sekalian rakyat. Bukan menjadi perkakas membuncitkan Najib dan Rosmah.

Sebelum Harunsani Zakaria mengatakan PAS degil dan keras kepala. Suka dimaklumkan kepada Mufti yang lantang ini menasihati UMNO dalam urusan pentadbiran negara. Tatkala UNMO meluluskan judi sukan, di mana Harunsani Zakaria?. Mana kenyataan beliau menyerang kerajaan?. Sidang media atau tulisan?. Setidak-tidaknya mengatakan tidak bersetuju.

Tatkala UMNO menjalin kerjasama ulung dengan APCO-Worlwide. Sebuah syarikat perunding imej yang dianggotai warga Yahudi Zionis. Dengan nilai bayaran RM77 juta. Di mana seruan agama dari Harunsani Zakaria?.

Tatkala Anwar Ibrahim difitnah dengan tuduhan jahat sebagai peliwat. Di mana Harunsani Zakaria dalam urusan memberi pendapat tentang kesalahan syariah yang dibicarakan di Mahkamah Awam. Tuntutan jahat seks perlukan 4 saksi yang boleh dipercayai. Di mana kenyataan agama dari Harunsani Zakaria?

Kata-kata terakhir yang mungkin menampakkan beliau terlalu sayangkan 'Melayu' dari Islam. Beliau menyebut. Kalau Melayu bersatu, Melayu akan menjadi kuat. Islam juga bertambah kuat. Kalau Melayu hancur,Islam juga akan turut sama hancur.

Sekarang makin terserlah 'assabiyyah' Harunsani Zakaria pada bangsa dan kaumnya.

Saya tidak pandai agama.

Tetapi kalau kita bersatu untuk menyelamatkam rakan-rakan Melayu yang zalim, pengkhianat dan tidak adil. Bermakna kita 'assabiyyah'.

Bersatu dengan UMNO. Yang diiktiraf sebagai parti perasuah adalah pernyatuan yang jahat diukir rancangannya dari orang yang jahat.

Orang yang jahat sepatutnya menjadi baik. Bukan mengajak rakan-rakan lain bersengkongkol dengan mereka yang jahat.

Tidak ada sebarang nas yang menyebut Islam itu milik Melayu. Melayu itu Islam. Kerana ungkapan bodoh inilah. Rata-rata orang Melayu mengaku Islam tetapi berperangai kafir.

Mengaku Melayu dan Islam tetapi tidak bertudung.

Mungkin itu hujah kekuatan Harunsani Zakaria.

No comments:

Post a Comment