Sunday, July 4, 2010

Kahwin: Perlukah Dipaksa?


Saat kita mencapai peringkat umur 25-30. Saat itu juga, umur matang untuk melangsungkan perkahwinan menjadi tanda tanya ke atas anda. Perkahwinan untuk umur sebegitu menjadi tanda aras kepada mana-mana individu. Baik yang sedang menuntut ilmu, bekerja, penganggur atau penagih dadah. Semuanya sibuk bertanya. Bila hendak makan nasi minyak?

Saya tidak terkecuali.

Saya sudah jelaskan pendirian saya dalam soal kahwin. Pembaca boleh merujuk sendiri. Sekiranya ada yang sudah membaca. Saya mengharapkan 'beliau' memahami. Prinsip dan sasaran saya. Bila? Tahun bila? Tarikh?. Semuanya dijelaskan dengan baik. Hanya yang bebal masih bertanya. Yang bodoh terus meronta.

Prinsip jalan hidup yang saya amati amatlah mudah. Sesiapa yang pernah berbicara dengan saya soal kahwin. Jawapan saya sudah tentu jawapan yang 'mengukur badan sendiri'. Tidak meletakkan sasaran bermegah-megah dan terkinja-kinja. Bukan seperti pasangan yang lain. Duit cincin bertunang pun berhutang orang. Saya tidak mahu sebegitu.

Perancangan yang rapi datang dari diri kita sendiri. Saya agak kurang senang sekiranya. Ibubapa atai sanak-saudara mencampuri urusan yang belum lagi diiktiraf 'rasmi'. Saya juga agak kurang senang dengan desakan pihak luar dalam 'pengiktirafan' sesebuah hubungan. Pada saya cukup mereka mengetahuinya. Dengan siapa anak mereka berkawan, kerja apa, kerja di mana, latar belakang dan perihal lain yang mana maklumat itu boleh diperolehi dari anaknya. Tak perlulah sampai ke tahap hendak 'google' di internet. Cukup dari mulut anaknya.

Sebagai anak. Menanam keyakinan terhadap pasangan dan memberitahu ibubapa adalah peranan yang jitu. Walaupun, dalam erti kata pasangan anda tidaklah sesempurna mana. Ada perihal buruk dan kelaku jahat yang pernah dilakukannya. Maka perkara itu wajib anak rahsiakan. Sebagai menjaga hubungan dengan orang yang anda suka. Jangan pula anda menjadi batu api membakar si ibu yang sedia bebal tentang pasangan anda. Berkata baik bagi menutup aib. Adalah rahmat aib anda tidak dibuka.

Menanamkan keyakinan itulah dipanggil 'peranan' sebagai nak. Jika hal itu pun anda masih belum faham. Jangan haraplah sangat hendak bergelar pasangan yang sah. Takut-takut nanti. Bila sudah bergelar suami isteri. Kehendak ibubapa yang kadang-kadang menyebabkan anda berada dalam dilema. Anda tidak bijak menanganinya.

Belajar yang itu dahulu, sebelum bertindak sibuk hendak berkenduri.

Saya masih kurang memahami kehendak sesetengah ibubapa. Yang memaksa anak-anak mereka untuk berkahwin tatkala umur mereka mencapai tahap matang yang saya sebutkan tadi.

Apa yang perlu jadi masalah kalau anak-anaknya tidak berkahwin menjelang umur 30 tahun???

Kalau anaknya memang jenis tidak laku itu salah ibubapanya.

Bagaimana pula anak-anak yang bekerjaya?. Walaupun tidak berkahwin adan Ijazah Sarjana. Rumah mewah hasil kerjaya sendiri. Bukan merempat menagih ehsan sesiapa.

Ya. Duit bukan segala-galanya. Namun, apa salah jika tidak berkahwin mengikut kehendak ibubapanya?

Ada duitkah?. Ilmu sudah cukupkah?. Banyak sangatkah merempat anda dengan memakan kata-kata orang jika tidak berkahwin.

Dalam ilmu sosial. Ia disebut 'Norma Komuniti'. Norma Komuniti membawa makna peraturan yang diletakkan oleh masyarakat. Peraturan ini tidak ada pun diletakkan dalam mana-mana kandungan undang-undang, mahkamah atau pengajian. Sebaliknya, ia adalah ketetapan yang dibuat masyarakat. Kalau langgar?. Tidak ada tempat anda untuk ke penjara. Sebaliknya, anda hanya akan dicemuh dalam komuniti anda.

Kahwin adalah salah satu 'Norma Komuniti' yang saya kira sebagai contoh yang baik.

Tidak ada dalam mana-mana kitab. Kalau hendak berkahwin hantarannya RM11,0000.00. Kalau hendak berkenduri mesti panggil lebih 2 ribu orang. Khemah 4 pasang. Baju bertukar siang dan malam. Potong kek dan membuka hadiah depan orang ramai.

Semuanya tidak ada. 'Norma Komuniti' meletakkan begitu.

Kalau dilanggar. Tidak ada pun hukuman. Masyarakat yang memandai-mandai. Meletakkan itu dan ini. Begitu dan begini.

Masyarakat yang menaganjurkannya untuk masyarakat. Tidak salah melanggarnya. Ia hanya ketetapan masyarakat. Yang entah dari mana rujukan kitabnya.

Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita beribu-ribu nasihat kepada umatnya. Salah satu darinya perihal perkahwinan. 'Berikanlah sebentuk cincin logam sebagai mahar atau selipar buruk sebagai tanda'. Bukan emas permata dan nilai wang sebagai alat jahat untuk menekan pasangan yang mereka sendiri tidak tahu betapa susah dirinya dihimpit hutang dan kesesakkan kewangan!

Apa mereka tahu?

Mereka hanya sedap berbincang. Mengatur itu dan ini. Mengikut kehendak nafsu mereka untuk meraih 'populariti' masyarakat setempat. Dek kerana nama. Mereka menjadi 'sakit' perihal kahwin anak-anak sendiri.

Saya sendiri baru berumur 25 tahun. Menjadi penjawat awam semenjak Mac 2010. Apa yang saya ada untuk berkahwin?

Adakah mereka tahu betapa susahnya hidup yang baru hendak menapak membina sesuatu?

Apa yang merka peduli selain mengatur hidup orang lain. Memaksa tidak kira masa. Menekan tidak kira siapa.

Saya juga ada mak. Kalaulah dia tahu. Pasangan anaknya begitu.Pasti dia kecewa sikap yang dia tidak pernah tahu itu.

1 comment:

  1. kadangkala orang yang bercakap lain maksudnya.. orang yang memberitahu slah kedengarannya..
    Apa yang di kata jauh sama sekali berbeda.. dengan apa fahamannya.. kenapa terjadi??? sbb tidak mahu mendengar sepenuh.. melatah tak tentu pasal.. tak faham apa kehendak hati... Kesabaran ada hadnya.. rajuk di hati jangan samapai terlupa janji...

    ReplyDelete