Thursday, May 20, 2010

Kahwin

Perkahwinan ialah mengikat tali hubungan antara lelaki dan perempuan dengan ikatan yang sah. Membabitkan golongan adam dan hawa. Selepas diijab Kabul. Kedua-duanya sah untuk melakukan apa sahaja.

Fitrah manusia. Berkahwin adalah sasaran bagi mana-mana pasangan khususnya. Mana-mana manusia pasti ada rasa ingin berkahwin. Tidak pernah ia mengelak untuk mengata perkara yang baik itu.

Mana-mana agama juga sentiasa menyeru umatnya untuk berkahwin. Kerana dengan cara berkahwin. Banyak perkara yang boleh dielakkan. Fokus utama adalah maksiat. Gejala hubungan seks, aids, HIV, siplis, pembuangan bayi dan lain-lain masalah sosial.

Islam adalah antara agama yang menyeru ke arah perkahwinan ini. Tidak lengkap Islam seseorang itu sekiranya belum berkahwin. Junjungan Rasulullah SAW juga meninggalkan pesanan kepada umatnya. “Kahwin adalah sebahagian sunnahku, barangsiapa yang tidak berkahwin bukanlah dari kalangan umatku”.

Menolak pasangan homoseks, gay, lesbian, pengkid atau apa-apa istilah lain. Mereka barangkali menolak fitrah manusia ini. Hidup berpasang-pasangan. Bukan sesama jenis, gender atau jantina.

Namun demikian. Seseorang manusia sebelum berkahwin perlulah dia melengkapkan beberapa perkara. Yang selalu disebut di dalam mana-mana buku tentang perkahwinan.

Persediaan sebelum kahwin haruslah dipenuhi terlebih dahulu. Penghuraian yang lengkap boleh dilihat di dalam mana-mana sumber. Buku, majalah, ceramah, seminar atau kursus.

Saya tidak berniat untuk menghuraikan dari sudut yang lengkap. Sekiranya ada. Saya sendiri secara peribadi. Meletakkan 3 aspek sebagai persediaan sebelum kahwin yang merangkumi dari aspek Intelek, Rohani, Jasmani dan Emosi.

Ilmu pengetahuan, ilmu keagamaan dan kewangan.

Perlulah ada ketiga-tiga perkara ini sebelum kita membina masjid yang diserukan itu. Bukan faktor umur atau takut diumpat orang jika tidak berkahwin.

Ada manusia begitu. Sampai peringkat umur 26-32. Hatinya keluh kesah. Takut diumpat jiran kerana tidak berkahwin. Dikata ‘tidak laku’, anak dara tua atau apa sahaja istilah.

Itu yang lebih ditakuti. Dari berkahwin di usia muda. Kerana mengikut hawa nafsu dan tidak berpengatuhuan dari sudut ilmu menajdi suami, ayah dan ketua keluarga. Kahwin setahun dua. Bercerai dan porak peranda.

Saya tidak mahu begitu. Ada beberapa rakan yang saya kenali. Diasak perkara ini. Hendak berkahwin sampai berhutang-hutang. Hendak berkahwin hingga bercerai-berai. Hendak berkahwin sampai hendak azan ditelinga anak pun disuruh orang. Jemaah dalam keluarga langsung tidak berlaku. Yang dia tahu. Memanfaatkan malam Selasa dan Jumaat dengan isterinya. Itu sahaja.

Maka sebab itulah. Sebagai manusia. Sebagai lelaki atau wanita. Kita jangan terdesak atau mendesak. Seolah-olah hanya diri kita sahaja yang mahu berkahwin orang lain tidak. Jarang manusia berfikir begitu.

Fitrah kita mahu berkahwin dengan individu yang kita suka.

Secara itu kita berfikir. Bukan tidak bersungguh. Dalam firman Allah SWT, kita dilarang menceritakan semua perkara yang kita rancang pada sesiapa. Takut nanti ada rancangan jahat atau fitnah timbul ke atas rancangan kita tadi.

Diam-siam sudah.

Sana rancang. Sini rancang. Tidak menjadi. Malukan diri sendiri.
Bukankah lebih baik kita perbaiki diri sebelum jadi suami dan isteri.

Saya sendiri mahu berkahwin. Hendakkan teman dalam hati. Mutlak. 24 jam sehari. Pulang ke rumah disambut senyuman Seorang Puteri. Gelak ketawa bersama anak-anak. Menjadi Imam dalam keluarga. Makan bersama.

Semua manusia begitu.

Bukan tidak mahu.

Janganlah menuduh orang yang tidak berkahwin kerana mengelak jodoh. Diumpat masyarakat sana sini.

Bukan kita sahaja yang mahu berkahwin.

Beruk pun kahwin jugak!

No comments:

Post a Comment