Monday, May 31, 2010

Judi: Keberanian UMNO diukur


Keberanian UMNO akan diukur.

Setidak-tidaknya melalui 2 perkara. Pertama, mengluluskan judi bolasepak piala dunia di Malaysia. Kedua, merelakan perniagaan tersebut kepada seluruh umat Islam dan bukan Islam dengan nama 'Judi Berlesen'.

Peringkat pertama. UMNO telah pun mendapat markah yang begitu tinggi sekali. Tahniah kepada seluruh kepimpinan UMNO termasuk barisan pemimpinnya yang bergelar tua, wanita, pemuda, puteri dan putera. Yang menjanjung tinggi dan kasih. Merelakan diri mereka digelar ahli parti yang meluluskan judi.

Kabinet ada banyak parti yang mewakilinya. Jangan salahkan MCA, MIC dan Gerakan dalam hal ini. Kementerian Kewangan yang meluluskan lesen judi itu. Kementerian Kewangan diwakili UMNO melalui menterinya, Najib Tun Razak. Islam dan Melayu. Bersunat.

Itu keberanian UMNO. Lesen judi itu dianugerahkan kepada taiko termasyur negara. Tan Sri Vincent Tan. Melalui syarikatnya Ascot Sport.

Untuk makluman PERKASA, GGMM dan ProWaris dan lain-lain pertubuhan yang berasaskan kaum dalam negara. Tan Sri Vincent Tan itu adalah berbangsa Cina.

Keberanian kedua.

Pakatan Rakyat mempunyai 4 buah kerajaan negeri di Malaysia. Termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekiranya diambil kira. Pembukaan premis judi mestilah melalui pemberian lesen premis yang perlu dipohon melalui PBT. Kerajaan Negeri berkuasa dalam hal pemberian lesen premis ini.

Pulau Pinang. Negeri pertama yang akan menghalang Vincent Tan dan UMNO memporak perandakan masyarakat berbilang kaum di negeri itu dengan judi. Halangan itu dibuat menerusi kenyataan keras KM YAB Lim Guan Eng. Juga seorang Cina. Yang selalu disebut PERKASA sebagai anti-Islam, anti-Melayu dan komunis. Beliau merupakan Ketua Menteri pertama. Yang mengeluarkan kenyataan tidak akan meluluskan lesen judi bolasepak piala dunia itu beroperasi di Pulau Pinang.

Kedua. Kerajaan Kedah. Sama sekali bertepatan dengan slogan 'Kedah Sejahtera'. Judi adalan lawan kepada sejahtera dan aman. Tiada nas mengatakan judi membahagiakan. Kecuali kaki judi dan bertaruh. Gila dan bodoh. Kedah juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Iaitu tidak akan mengeluarkan lesen yang sama bagi tujuan mengkayakan Vincent Tan.

Kerajaan Selangor. Yang selalu menjadi tumpuan kerana kekayaan negeri itu juga tidak kemaruk dengan kekayaan cukai judi yang boleh diperolehi sekiranya meluluskan operasi judi bolasepak itu di negeri Selangor. Selangor yang sudah pun mempunyai 4500 premis judi mengikut pengakuan anak Toyo. Apa lagi keberkatan yang kita mahukan untuk masyarakat?. Biarpun PERKASA dan anak Toyo mencabar Tan Sri Khalid menutup premis judi yang sekalian banyaknya di bawah anak Toyo sebelum ini. PAS sedang berusaha ke arah itu. PKR menamatkan pengeluaran lesen baru. Setidak-tidaknya tidak ada pengeluaran lesen judi baru sepanjang MAC 2008-MEI 2010.

Kelantan?. Jangan ceritalah. Sepanjang 22 tahun di bawah PAS. Langsung tiada aktiviti judi berlesen!. Yang haram memang banyak. Usaha dakwah ke atas masyarakat dan penguatkuasaan undang-undang masih giat dijalankan. Cumanya, UMNO jangan ganggu PAS di Kelantan. Kalau UMNO miliki semula kerajaan Kelantan. Saya pasti. Judi laga ayam pun akan dilesenkan!. Insyaallah.

Apa keberanian UMNO?.

Kalau kerajaan negeri di bawah pimpinan UMNO bermula dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terenggan, Sabah dan Sarawak membenarkan judi bolasepak ini beroperasi di negeri mereka.

Tandanya. Mereka memang berani.

Bagaimana pula perasaan Sultan, Raja dan Mufti bagi setiap negeri tersebut?. Bersubahat atau menasihat?. Itu sahaja jalan yang ada.

Ahli-ahli UMNO diperingkat cawangan dan bahagian bagaimana pula?. Terus menyokong membabi buta atau adakan demo di kawasan anda?. Itu pilihan anda.

Ulama UMNO, ustaz, Imam, JKKK, veteran UMNO dan tokoh-tokoh ilmuan yang menyokong UMNO. Bagaimana dengan anda?

PERKASA. Ya Perkasa. Mahu membela maruah Melayu dan meningkatkan mutu bangsa. Ibrahim Ali dan rakan-rakan. Saudara Azam yang begitu lantang mengherdik Dato'Zaid Ibrahim kononnya kaki botol dan judi. Bagaimana dengan anda?. Terus merestui pemimpin Islam mengkayakan diri dan kroni. Cina yang bernama Vincent Tan dan keluarganya?. Atau bersama-sama menentang kerajaan yang sedia ada?.

Ada dua pilihan sahaja. Sokong atau bantah.

Kerajaan P.Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan sudahpun menunjukkan pendirian mereka menentang aktiviti judi yang sama sekali salah disisi agama dan bangsa.

Bagaimana dengan kerajaan negeri yang lain?. Tidak luluskan dimarahi bos. Luluskan, dilaknat Allah. Mana satu yang perlu diikut?.

Kalau luluskan juga.

Betulah kata Penarik Beca.

UMNO-Judi berpisah tiada.

6 comments:

  1. http://1.bp.blogspot.com/_20RzS89pMjM/S_4iSbuzIFI/AAAAAAAABBc/zO04J7YpBNc/s1600/IMG+002.jpg

    tak boleh macam tu...

    mana boleh selective dalam religion... kau buat boleh org lain buat takleh....

    ReplyDelete
  2. Saudara....

    Lim Guan Eng bukan tak bagi Betting Sports... Cuma ban Ascot Sports milik Vincent Tan Sahaja... COmpany lain takpa... Baca bagi abih beb jgn putar belit cerita

    Nah amik link baca balik:-

    http://malaysia-update.blogspot.com/2010/05/salute-to-yab-lim-guan-eng.html

    kalau malas nak gi baca ni aku tolong copy paste:-

    "Penang has banned Ascot Sports Sdn Bhd, which was given gaming bookie’s licence by the federal government, to conduct any sports betting business here."

    "Lim said, on behalf of the state, he would direct both the Penang Municipal Council and the Seberang Prai Municipal Council to bar sports betting by Ascot Sports here." (arahan pada mahkamah negeri pun specific jgn bagi ascot sports)

    Lim added the decision did not mean that the state was against betting or gaming outlets - Maksudnya cina ni kata kami tak kata takleh judi...Ascot Sports ja tak boleh...

    Sekian

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih...

    Salam Minda Intelek...

    Tetapi sekurang-kurangnya Lim Guan Eng berpendirian teguh dengan menghalang kemasukan Ascot Sport ke Pulau Pinang. Itu isu pokok yang dibincangkan.

    Keberanian UMNO diukur dengan halangan tersebut.

    Judi lain yang dimaksudkan Guan Eng adalah judi yang sedia ada. Dia tidak menghalang 'special draw' 3 kali seminggu di Sports Toto, 4D dan lain-lain.

    Ertinya judi yang sedia ada. Yang sedia ada. Yang sedia ada yang diluluskan sebelum Guan Eng masuk ke Pejabat Komtar.

    Maksudnya. Judi yang sedia ada ini yang diluluskan oleh kerajaan sebelum Pakatan.

    Saya tidak memutar belitkan fakta. Dan saya sangat minat membaca.

    Saya tidak emosi kepartian. Isu judi adalah isu sosial, masyarakat dan agama.

    Bagaimana dengan saudara?

    Keberanian saudara juga diukur.

    ReplyDelete
  4. Lesen "premis" perjudian perlu diperbaharui setiap tahun... kalau benar nak halang... halang sahajalah setiap tahun. Kenapa selepas dua tahun memerintah masih dibenarkan judi?

    Alasan ianya hasil tangan kerajaan sebelum sudah lapuk saudara.... kalau dua tahun memerintah itu pun tak boleh diubah... apa kesimpulan yang boleh dibuat?

    NIk Aziz 26 November 1994

    "Kelantan menggunakan cukai arak dan lesen anjing dsb untuk menampung kos membuat jalan dan pembangunan. Arak itu pula boleh diminum oleh orang bukan Islam"

    mengikut lojik yang sama kerajaan tak boleh buat???

    Argumen yang lebih baik dari argumen yang saudara bagi dapat saudara dapati jika membaca lebih sedikit....

    Pengeluaran Lesen adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat... maka bagi mereka yang mengatakan ianya dibawah kerajaan negeri itu sebenarnya tidak mengkaji dengan lebih mendalam. Tetapi Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menghalang Lesen Premis (tempat) yang mana ianya perlu diperbaharui dibawah akta Kerajaan Tempatan 1961. (argumen ini telah saudara kehadapankan)

    Tapi masih... kerajaan negeri berkuasa untuk menghalang "kedai dari dibuka..."

    Saya iktiraf juga bahawa Nik Aziz turut menyambung hujahnya;-

    "Lesen Premis Arak di Kelantan juga telah dihadkan kepada gerai-gerai yang dikaji cuma dikunjungi oleh org bukan Islam."

    mengenai hujah saudara pula:-

    1) Saudara menyebut nama Ascot sekali sahaja tetapi kemudian berubah menggunakan istilah "Vincent Tan dan UMNO." dan isu pokok bukan menghalang Ascot masuk ke Penang tapi "Menghalang Vin Tan dan UMNO dari memporak perandakan kerajaan Pulau Pinang."

    2) Sukar untuk menerima isu yang saudara ketengahkan tidak bersikap partisan bila saudara membuat "andaian" atau "assumption" bahawa:-

    "Kalau UMNO miliki semula kerajaan Kelantan. Saya pasti. Judi laga ayam pun akan dilesenkan!. Insyaallah."

    *poin tambahan Lesen Premis Judi terakhir dihapuskan pada 1 Januari 1992 - tak sampai 22 tahun baru 18 :)

    Kalau benar berbincang sosial kenapa tak dimasukkan kajian

    R Gupta, J Derevensky - Journal of gambling studies, 1997

    atau

    S Al-Suwailem - Islamic Finance: Challenges and Opportunities (UUM)2000

    ini fakta kajian sosial. Bacalah dulu Journalnya... kesan sosial perjudian berlesen dan beritahu saya... ada disebut UMNO atau PAS????

    Sekian

    ReplyDelete
  5. minda intelek...

    Sekurang-kurangnya lim guan eng berani juga dan tahun judi merosakkan bangsa sbb tu dia halang judi di p.pinang.

    apa yang diulas ialah keberanian kerajaan negeri Bn yang membisu seribu bhs.

    judi dengan arak dan lesen anjing adalah perkara yang berlainan.

    Semua agama mengharamkan judi. Cari las nas dan fakta yng judi boleh dilesenkan utk menghalang judi haram!. Apa beza bagi lsen dgn tak bagi lesen. Bukankah dua0 haram?

    Arak dan lesen anjing di Kelantan adalah perkara yg sgt jauh berbeza.

    Judi memang merosakkan bangsa.

    ReplyDelete
  6. Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

    "Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

    Penekanan konteks perbincangan kita (yang makan harganya).

    Saya tidak setuju dengan tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak...

    Salah adalah salah... isu tidak jauh mana... halal dan haram dan di dalam Al-Quran jelas dalam hal ini.. tiada yang haram (dilakukan oleh sesiapa sekali pun) dikira halal

    Halnya disini... Perkara haram yang kerajaan lakukan dihentam habis-habisan... tetapi perkara haram oleh pembangkang tak apa... itu tidak adil saudara... mahukan keadilan? mahu berbicara tentang merosakkan bangsa? agama? budaya? hentam kedua-duanya...

    letakkan penilaian yang sama atas mereka dan juga diri kita... dan sekiranya kita meletakkan sesuatu pada tempatnya... adil lah kita...

    Ketika Umar bin Al-Khattab diangkat menjadi khalifah, beliau berpidato,"Bila kalian melihat kebengkokan pada diriku, maka luruskanlah". Salah seorang dari yang hadir lantas berkata, "Ya, bila aku mendapati kamu melakukannya, maka akan aku luruskan engkau dengan pedang ini".

    luruskan lah perjuangan PAS saudara itu sahaja harapan agama kita...

    ReplyDelete