Thursday, December 17, 2009

Kilauan emas di Laos

Malaysia 1 Vietnam 0

Kilauan emas di bumi Laos menjadi kenyataan. Hasil gerakan di sebelah kiri, Safiq Rahim berjaya melintangkan bola dengan baik dan tampanan oleh pemain pertahanan Vietnam menerjah ke gawang sendiri. Syabas dan tahniah. Kesungguhan skuad Malaysia di Laos menjadi suatu kebanggaan semua pihak. Rakan sekolah saya, Sabree Mat Abu, pemain pertahanan kiri Malaysia juga berjuang di sana. Tahniah kepada beliau. Saya bersama teman-teman menonton perlawanan tadi sejurus kami 'punch out' dari pejabat jam 5.30 petang. Bersorak gembira. Bukan kami sahaja. Keseluruhan penonton yang terdiri dari pelbagai kaum juga turut bersama gembira. Kegembiraan jelas terasa. Selepas hampir 20 tahun kita kemarau emas dalam bolasepak Sukan Sea. Kali terakhir kita memperolehi pingat emas ialah pada tahun 1989, ketika edisi Sukan Sea di Kuala Lumpur. Ahmad Yusoff mengetuai pasukan kebangsaan ketika itu.

Kegembiraan ini harus diraikan. Walaubagaimanapun, pembangunan bolasepak mesti diteruskan. Bukan sekadar berpuas hati dengan emas di Sukan Sea. Sasaran kita lebih dari itu. Jangan mudah terpedaya dengan pujian-pujian terutama dari media massa yang sentiasa tidak konsisten dalam memberi ulasan sukan di Malaysia. Mereka 'flip-flop'!.

Tahniah Malaysia!

No comments:

Post a Comment