Tuesday, March 9, 2010

Mustafa Kamal Attartutk dan Sekularnya

Pada 03 Mac 2010 yang lalu adalah tarikh keramat kesedihan umat Islam di seluruh dunia. Pada tarikh ini genaplah 86 tahun Sistem Khilafah atau Khalifah Islam yang diasaskan sejak zaman Kerajaan Para Sahabat Rasulullah SAW mengasaskan sistem ini ditamatkan riwayatnya. Sistem pemerintahan Islam ini berkembang pesat sehinggalah kejatuhannya pada tarikh berkenaan. Sistem yang terakhir ini adalah dari zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Kejatuhan sistem Khalifah ini adalah agenda Barat dan Yahudi dengan kerjasama pemimpin Islam yang bernama Mustafa Kamal Attarturk. Pada tahun 1924, Mustafa Kamal Attarturk dengan kerjasama para tentera Turki menghancurkan sistem ini di negara Islam Turki. Mustafa memperkenalkan sistem pemerintahan berbentuk sekular. Sekular maksudnya mengasingkan agama dengan politik atau pemerintahan. Dalam bahasa yang mudah, agamanya lain, politiknya lain. Bagi Mustafa, agama tempatnya hanya di masjid bukan di istana, di pejabat kerajaan atau dikalangan pemerintah. Silibus ini diperkenalkan oleh Mustafa dengan jayanya. Membawa slogan ‘Negara Islam Moden’. Ia disokong masyarakat ketika itu. Disokong para tentera. Disokong oleh Yahudi dan Barat. Mereka menaja kempen ini. Menaja Mustafa Kamal Attarturk. Maka dia berjaya.

Sistem Khalifah Turki Uthmaniyyah diasaskan pada tahun 1281 M. Uthamaniyyah pada awalnya adalah dari keluarga suku kecil Ughu. Suku ini kemudiannya bergabung dengan Turki Seljuq bagi menghadapi tentera Mongol. Apabila pemimpin suku Ughu, Ertogrul meninggal dunia pada tahun 1280 M, puteranya yang bernama Uthman menggantikannnya sebagai pemimpin di wilayah pemberian Turki Seljuq.

Apabila Kerajaan Turki Seljuq diserang oleh tentera Mongol, Uthamniyyah dijadikan benteng pertahanan kerajaan-kerajaan kecil paling hadapan menghadapi ancaman Mongol. Secara tidak langsung, mereka mengakui Uthman sebagai penguasa tertinggi dengan gelaran Padinsyah Ali Usman.

Antara khalifah Uthmaniyyah yang terkenal dalam sejarahnya ialah Uthman bin Ertogrul, disusuli dengan Khalifah Muhammad al-Fateh dan Mahmud II hinggalah khalifah yang terakhir, Mehmed VI.

Kejatuhan sistem bercorak Islam ini adalah suatu yang menyedihkan seluruh umat Islam di dunia. Ia menjadi bertambah duka, apabila kejatuhannya bukan dari kalangan mereka yang digelar musuh. Jika Nabi Muhammad SAW terlibat dalam peperangan, ia menentang kaum Arab Musyirikan yang menolak Islam. Begitu juga Salehuddin al-Ayyubi, berperang menentang masyarakat Kristian yang irihati dengan pembangunan Islam. Muhammad al-Fateh juga berperang melawan masyarakat Rom Byzantium dalam usaha mengembangkan Islam di rautau Eropah. Namun, ia tidak bagi Mustafa. Beliau adalah seorang Islam yang menjatuhkan Islam. Berkomplot dengan Barat menghancurakan keindahan pemerintahan Islam. Kepercayaan beliau kepada elemen sekular ternyata menebal sekali. Jauh dari sudut Mustafa, mencintai perjuangan Islam terdahulu.

Elemen sekular yang diperkenalkan Mustafa ternya hebat dan menjadi. Beliau bukan hanya membuang sistem khilafah. Bahkan lebih dari itu. Antara jasa-jasa Mustafa dalam proses menghancurkan Islam di Turki ialah mengubah laungan azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Mengubah silibus pendidikan Islam di sekolah-sekolah dengan menggantikan dengan silibus sekular. Larangan pelajar sekolah dan universiti memakai hijab atau tudung. Menghalang ahli parlimen wanita dari memakai tudung. Golongan wanita yang bertudung juga dilarang menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan. Tentera di struktur semula. Elemen jihad dinyahkan dari ketenteraan. Bersahabat baik dengan Barat dan Yahudi dalam urusan diplomasi negara.

Menjadi kejayaan juga kepada Attarturk apabila negara-negara umat Islam yang lain juga turut sama mengambil ‘acuan’ secular bagi pentadbiran negara mereka. Pakistan, Afganistan, Iraq, Arab Saudi, Malaysia dan lain-lain. Hal ini menambahkan lagi kesedihan kita terhadap perkembangan umat Islam sedunia.

Yanh jahat diikuti, yang beriman dijauhi!.

No comments:

Post a Comment