Sunday, March 7, 2010

Cabaran Masa Hadapan


Aspek pendidikan merupakan suatu entiti penting ke arah perubahan masyarakat awam. Di sana sini kegiatan ilmu dibangunkan dengan pelbagai sumber dapatan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan sejagat.

Bagaimana kita di sini?. Masyarakat kita sudah mula mengiktiraf budaya ilmu. Baik di mana-mana. Kelangsungan ilmu diteruskan tanpa mengira masa.

Kita juga begitu. Walau apa pun gelaran yang diberi, pensyarah, cikgu, tutor, cikgu tuisyen atau lain-lain. Kita bertanggungjawab ke atas penyampaian ilmu tersebut.

Cabaran kita begitu getir sekali. Profesion kita sebagai pendidik berbeza dengan pekerjaan lain. Berbeza dari tingkahlaku dan adab bekerja. Berbeza dari segala-galanya. Menarik!

Kegiatan kita menarik perhatian semua pihak. Keputusan pelajar di tangan kita. Kebolehan, kelemahan dan kecermelangan pelajar juga di tangan kita. Malah kegagalan pelajar juga kita yang dipersalahkan!. Bolehkah begitu?. Barangkali ada yang tidak memahami tugas kita.

Kita bukan hanya mengajar mengikut silibus. Menunggu gaji di hujung bulan. Kita bukan begitu. Guru yang 'berhati' dan 'berjiwa' guru, mestilah seorang yang berupaya memberi peransang.

Di Cybernertics, sahabat saya ada yang begitu. Berupaya merangsang pelajar menjadi 'pelajar'. Merangsang ke arah pembangunan ilmu, bukan silibus. Pergi ke kelas dengan hanya membawa sebatang marker pen. Tidak diusung fail dan buku. Ilmunya?.Jangan dipersoal. Dia sangat hebat. Hebat dengan ilmunya dan ransangannya. Dia perangsang ke arah mutu akademik yang nyata.

Jika negara kita mempunyai guru yang begitu. Kita mampu menghadapi cabaran masa hadapan. Mampu meujudkan budaya ilmu sebagaiman di Baitul Hikmah, di mana lahirnya ilmuan Islam seperti Ibnu Al- Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan lain-lain. Melahirkan pemuda seperti Muhammad Al-Fateh, Salehuddin al-Ayyubi dan lain-lain. Mereka hebat dengan ilmu dan akhlak masing-masing.

Mampukah kita begitu?. Sudah pasti. Sejarah menceritakan kehebatan masyarakat terdahulu dengan begitu hebat. Sejarah juga boleh terukir dengan perkara yang sama jika betul landasannya.

Sudah pasti ya!

No comments:

Post a Comment