Hari ini. Genap 6 tahun saya bersama teman wanita saya. Saya masih ingat. Perkenalan kami di SMKK pada thun 2004 yang lalu. Sama-sama di Tingkatan 6. Dia datang dari Sek. Men. Keb. Sultan Baldishah. Sekolah orang pandai-pandai di Kulim. Paling pandai. Saya tidak pernah ke sana. Sekolah biasa-biasa saja.
Perkenalan itu membawa hubungan yang rapat sehingga hari ini. Dah 6 tahun kami berkawan. Dari 2004-2010. Mac adalah bulannya. 3hb adalah tarikhnya. SMKK adalah tempatnya.
Kami belum ada hubungan yang rasmi. Baik pertunangan atau perkahwinan. Ramai kawan-kawan yang mabuk cinta waktu sekolah dulu dah berkahwin. Ada yang berkahwin dengan orang yang mereka bercinta dari sekolah, ada yang putus cari orang lain di universiti dan ada yang bercinta lain si sekolah, di universiti tapi tamat belajar kahwin dengan orang sama tempat kerja. Macam-macam. Mok, sahabat saya ada pengalaman hal ini!.
Saya masih setia. Setakat ini. Inilah pilihan hati saya. Cuma masa sahaja belum ditentukan untuk kami berkahwin. Rancangan masa hadapan sentiasa ada. Cuma belum tahu masaya.
Kepada Norfahimah bt Mohd. Yusoff. Terima kasih untuk segalanya.
Awak,
ReplyDeleteSelamat Hari Ulang Tahun.. Semoga perhubungan kita akan sentiasa di redhai, bahagia hendaknya... Walaupun kita jauh dipisah lautan samudera tapi hati kita akan tetap dekat.. Insyallah jika niat di hati itu suci dan murni akan termakbul segala impian kita...
Semoga awak akn terus berjaya dalam hidup menjadi yang terbaik untuk yang terbaik!!
harapan saya semoga akan adanya saya di sisi untuk meyokong dan menjadi peneman tak kira apapun cabarannya.. Saya sayang awak... Eyma
Ha....da sambut anniversary la ekk..pape pon kte nk ucap hepi anniversary...kte doakan zul bahagia smpi akhir hayat bersama insan tersayang...nnti nk kawen, bgtau...i.allah leh tlg pape yg patut...:-)
ReplyDelete