Wednesday, January 11, 2012

Bukan hanya Anwar pelu dibela


Setelah 3 tahun bertarung dengan penuh semangat dan keletihan di suatu-suatu masa. Akhirnya, Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, melalui penghakiman yang dibaca oleh Hakim yang teramat mulia, memutuskan Saudara Anwar Ibrahim tidak didapati bersalah dalam kes Liwat II, membabitkan pertuduhan oleh seorang pemuda yang diketahui usianya 25 tahun. Bangga dengan usia yang muda, tidak mampu menahan asakan 'parang' tumpul yang perlu di 'asak' dari belakang, Saiful Bukhari merelakan dirinya diliwat oleh si lelaki tua berumur 40 tahun lebih tua darinya. Bayangkan!

Teringat persoalan tersebut dibangkitkan oleh seseorang dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jenaka dan sinis. Membuktikan 'tidak mustahil' itu boleh berlaku dan tidak juga boleh diterima persoalan waras dan logik akal.

Kesemuanya ditaburkan di mahkamah. Soal DNA, sampel air mani, seluar dalam, mandi junub, mandi hadas besar, berak, lubang dubur, pelincir, 9 kali, paksa, rela, apartmen dan pelbagai hal lain. Menarik, memualkan, memalukan dan kegembiran itu dikongsi Buletin Utama TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian. Ke semuanya berminat sungguh mendedahkan perihal tersebut dengan terperinci. Sehingga ada yang menggelarkan suratkhabar negara kita sebagai Utusex!.

Bagaimana sekarang?

Penghakiman dan pertuduhan 'salah' dari media massa ke atas saudara Anwar Ibrahim?. Perbicaraan yang berlangsung selama 3 tahun itu diulas dengan menarik oleh mereka. Ada yang menyebutnya dengan terang dan jelas bahawa saudara Anwar Ibrahim memang bersalah, peliwat, homoseks dan lain-lain.

Mungkin. Ada teman-teman yang akan mengatakan. Bahawa saudara Anwar Ibrahim memang meliwat Saiful Bukhari itu. Tetapi, dek kerana tidak cukup bukti, dia didapati tidak bersalah oleh Hakim Zaki di Mahkamah Tinggi. Mungkin. Ada yang mengatakan begitu, maka atas 'semangat peliwat', Utusan Malaysia di muka surat hadapan pada 10 Jan, menulis dengan penuh berhemah, 'Anwar dibebaskan, tak cukup bukti'. Menarik bukan.

Masyarakat pendalaman, Felda dan luar bandar. Sudah tentu dihidangkan dengan Utusan Malaysia di kedai-kedai kopi, restoran dan rumah mereka. Apa yang mereka ada sebagai bahan bacaan ilmiah, selain media massa yang dihidangkan kerajaan dan akhbar adu domba itu. Sudah pasti, Pemuda UMNO dengan bantuan Pegawai Penerangan dan JASA, lebih sibuk dari biasa selepas episod 901. Susuk tubuh yang membenci Anwar Ibrahim akan digunakan semahu-mahunya untuk' fakta spin' yang menarik. Anwar liwat, tapi mahkamah tidak cukup bukti!

Saya suka melihat dari sudut yang lain. Saya tidaklah gembira apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dan didapati tidak bersalah. Anwar bukan 'mentor' kepada saya. Ceramahnya yang mengulang-ulang fakta yang sama. Kadang-kadang membosankan. Tetapi ucapan awamnya lebih menarik dari Najib Razak dan Muhyiddin Yassin, kalau dibandingkan dengan jawatan mereka. Sudah tentu. Orang UMNO pun mengakuinya. Mendatar sahaja. Tidak bersemangat. Lebih membosankan. Patutlah tidak ada video rakaman berbentuk VCD/DVD yang terjual berkaitan ceramah Najib Razak atau Muhyiddin Yassin. Kalau ada rakaman pun, dari RTM dan TV3, itupun hanya untuk bahan berita. Kasihan.

Berbalik kepada pembebasan Anwar Ibrahim. Sudut dan sisi yang harus dilihat ialah. Sistem Kehakiman belum wajar dikatakan 'bersih' yang untuk kes membabitkan Anwar Ibrahim. Jangan disebut sebegitu rupa. Kerana hanya seorang individu yang berpengaruh dilepaskan dari penghukuman. Maka, nada kita berpusing 360 darjah mengatakan sebaliknya. Kita harus melihat dari keseluruhan penghakiman dan perjalanan kes. Kalau benar ia bersih dan adil. Dari awal-awal lagi Kes Liwat II ini dibakul sampahkan. Dalil, bagaimana seorang yang mengaku 'dirogol dan diliwat' mengambil masa selama 2 hari untuk melaporkan kepada polis di hotel tentang kejadian yang membabitkan maruah dirinya, kenyataan 3 pakar perubatan HKL yang memeriksa dubur Saiful Bukhari bersepakat bahawa tidak ada kesan koyakan atau tusukan seperti diliwat, sampel air mani yang disimpan polis di dalam peti besi selama lebih 60 jam tetapi masih hidup sel-sel yang boleh direka, DNA Anwar Ibrahim diambil oleh polis tanpa kebenarannya, kejadian di apartment yang melibatkan 7 0rang termasuk pakar ekonomi kerajaan, tuan rumah, Anwar dan Saiful dalam 1 apartmen, dalam 1 masa dan 1 ketika, Saiful dirogol didalam rumah yang ada manusia-manusia lain!. Beliau tidak menjerit, tidak melaung-laung meminta tolong dan tidak berusaha mempertahankan diri, malah lari dalam dakapan Anwar Ibrahim. Hebat!

Kalau benar ada keadilan dalam mahkamah. Ia sudah lama dibakul sampah melalui elemen-elemen kecil yang saya catatkan. Tidak tahulah saya kalau ada yang berhujah berkenaan hal lain. Tetapi kisah Nabi Yusuf AS dan Zulaikha. Wajar diambil contoh dalam kes-kes sedemikan rupa. Kalau ada yang mengatakan Saiful Bukhari rela diliwat, sudah tentulan perkataan 'rogol dan paksa' tiada sama sekali dalam hal ini. Dakwa juga Saiful Bukhari. Kerana melakukan hubungan seksual songsang dengan orang tua!

Lihat dari sudut yang berbeza.

Membuatkan kita tidak terbuai dengan 'nada dan alunan' yang sama dengan 'mereka-mereka' yang bemusuh atau berkawan dengan kita.

Pihak sana dengan bangga mengatakan bahawa. Mahkamah sentiasa berlaku adil. Membuktikan pihak eksekutif tidak pernah mencampuri urusan sistem kehakiman, konspirasi atau apa sahaja.

Pihak sebelah sini pula sebaliknya. Bersyukur tidak terhingga. Memuji-muji hakim bahawa beliau bijaksana. Membuat keputusan yang adil dan saksama.

Jangan kita lupa terhadap Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani, Aminulrasyid dan lain-lain manusia yang dikhianati amanah adil kepada mereka.

Ia belum cukup 'bersih dan adil kerana Anwar Ibrahim sahaja'.

Kalau anak Pak Mat dirogol, dibunuh, Kak Leha dicabul, Samad difitnah di Jerlun, Kodiang atau mana-mana jajahan taklukan. Kita wajar membelanya.

Apa sudah jadi dengan sumpah?

Bila lagi Mahkamah Syariah mahu meneliti kes seumpama itu. Nasihat dari mufti pun tiada. Senang menuduh. Selepas tuduh orang itu, orang ini. Angkat sumpah, selepas dimalukan semahu-mahunya di media massa, yang menuduh 'bebas' terbang ke mana sahaja. Yang dituduh malu atas dunia. Selepas yang dituduh didapati tidak bersalah, apa pula langkah kepada yang menuduh?

Ini tidak bersih dan adil sebenarnya.

Thursday, December 29, 2011

Bunyi Semula

Berbulan-bulan lamanya menyepi. Saya bersemangat semula untuk memulakan penulisan. Sesuatu yang saya amat minati sejak dari kecil lagi. Menulis sebarang perkara. Terutamanya bidang sejarah lampau, yang kadang-kadang mempunyai imiginasi yang ke depan jauh nya.

Angan-angan mahu menerbitkan buku ilmiah masih dalam perancangan. Insyallah, jika panjang umurnya. Siaplah nanti.

2012 akan menanti. Saya kira, saya akan tinggalkan 2011 dengan catatan penuh emosi. Menjelang beberapa hari lagi. Setakat ini. Saya akan kumpulkan beberapa kisah-kisah penting yang berlaku sepanjang 2011. Banyak.

Sekadar mengemas kini. Menanti mata terlelap. Saya cuma berupaya mengemaskini 'blog' ini menjadi agak sedikit putih berbanding sebelumnya.

Sebagaimana yang disebut, saya akan menggiatkan diri tanpa malas lagi. Mencatat perkara-perkara penting. Terutama soal akademik, organisasi, sejarah, Islam dan politik. Media baru pastinya akan membantu untuk mempercepatkan proses pertukaran jahat kepada yang baik.

Insyallah.

Thursday, April 21, 2011

Sumpah:Hanya Patuh Kepada Peraturan Allah


Saya kira sudah lama sy tidak menulis di dalam blog. Selepas banyak menghabiskan masa berbahas di Facebook. Hari ini, saya memperoleh satu lagi maklumat yang boleh dikongsi bersama. Terpulang untuk kita mempercayai sejauh mana pandangan ini. Ia datang dari ulama yang suatu ketika dahulu menjadi ahli panel forum perdana hal ehwal Islam. Rujukan yang sama. Kitab yang sama. Pandangan sahaja yang berbeza. Lain-lain pandangan juga digalakkan untuk dibaca bersama. Tiada yang salah dalam memberi pendapat. Namun, yang berbeza ialah cara kita menghuraikan pandangan tersebut dan rujukan yang betul lagi benar.

Dari Harakah

Setahu para ulama, tiada sumpah dalam urusan yang melibatkan zina, rogol liwat (melainkan isteri yang mengadu kepada hakim bahawa dia diliwat oleh suami dibenarkan bersumpah), tuduhan seseorang itu melakukan zina tanpa mengemukakan saksi (qazaf) berpandukan tindakan yang tidak memanggil Safwan atau Aisyah bersumpah dalam peristiwa fitnah ke atasnya.

Demikian penerangan yang diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai cabaran bersumpah dari bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

“Sumpah hanya ada dalam urusan yang bukan jenayah di atas, yang pembuktian hanya dilakukan melalui penyaksian atau pengakuan.

“Andainya dibenarkan sumpah dalam urusan qazaf, nescaya akan binasalah masyarakat, apabila seseorang wanita atau lelaki yang khianat atau berniat jahat kepada seorang imam, sanggup bersumpah dengan nama Allah:

“Wallahi, wabillahi, watallahi, imam itu telah merogol saya, nescaya akan punah keyakinan masyarakat pada imam, demikian seterusnya,” terang Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Lantaran itu, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Rasulullah s.a.w mengkategorikan qazaf sebagai dosa membinasakan – yakni ia akan membinasakan diri yang dituduh, keluarganya mungkin bercerai-berai, masyarakat hilang kepercayaan padanya dan institusi atau syarikat akan membawa hilang kredibiliti kepada majikannya.

“Bayangkan kalau sumpah dibenarkan dalam tuduhan zina, rogol dan liwat, sudah tentu akan ada golongan yang akan mengambil kesempatan sanggup bersumpah demi menjatuhkan maruah seseorang,” tambahnya.

Disebabkan itu, katanya, Islam menyeru umatnya agar berpegang pada panduan ilmu yang disampaikan oleh para ulamak yang muktabar.

“Apabila Dr Yusuf al-Qardhawi menjelaskan tiadanya sumpah dalam urusan qazaf, bermakna inilah panduan syarak yang perlu dipatuhi oleh umat Islam.

“Semoga Allah menjauhi kita dari membuat tuduhan yang berupa qazaf kerana ia termasuk dalam tujuh dosa besar yang membinasakan umat manusia,” kata Tuan Ibrahim.

Oleh itu, beliau berkata, Shuib harus mendalami peraturan syarak sebelum mencabar pemimpin PAS untuk bersumpah.

“Yang minta saksi ini bukan PAS, tapi Allah dan Rasul-Nya. Jangan kita anggap Allah jahil dalam membuat peraturan-Nya – Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Hakim dalam menetapkan hukuman-Nya.

“Kita mesti ikut peraturan Allah, bukan membuat peraturan baru yang bercanggah dengan peraturan Allah. PAS tidak berhasrat membela sesiapa tetapi kita perlu ikut peraturan Allah,” tegas Tuan Ibrahim.

Kalau Shuib merasakan klip video seks itu satu kes penting, kata Tuan Ibrahim dia perlu menayangkannya pada hakim yang bakal memutuskan sesuatu kes dan bukannya kepada orang ramai untuk minta penghakiman awam.

“Dia perlu mengadu kepada polis bukan tayang pada wartawan untuk jadi bahan menjatuh seseorang, kalau ianya benar sekalipun, apa lagi ianya penuh dengan pertikaian kesahihannya,” bidas Tuan Ibrahim, yang turut melahirkan rasa kesal ke atas kelambatan polis untuk mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang melakukan jenayah secara terang dengan menyiarkan video lucah kepada orang awam.

Dari Keadilandaily

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinangyang bersidang pada 7 April 2011 lalu, telah membincangkan mengenai isu penyiaran video lucah yang didakwa melibatkan ketua pembangkang.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mufti Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Haji Hassan Ahmad, memutuskan bahawa penyiaran video lucah kepada orang ramai jelas bertentangan dengan Hukum Syarak.

Menurut AJK Fatwa berkenaan, rakaman video tidak boleh diterima sebagai bukti keterangan dalam Islam kerana ianya boleh direka dan dilakonkan semula.

Manakala mereka yang terlibat menyiarkannya adalah tidak bermoral sebagaimana firman Allah dalam surah berikut:

Surah an-Nur : ayat 4

“Dan orang yang melimparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.

Surah an-Nur : ayat 13

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu
pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta”

Surah an-Nur : ayat 23

“Sesungguhnya orang yang menuduh wanita-wanita yang terpelihara kehormatannya, yang tidak memikirkan sebarang kejahatan, lagi beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di Akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar”.

Surah al-Hujarat : ayat 6

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan”.

Oleh itu kata Jawatankuasa Fatwa tersebut berkata , orang awam dinasihatkan tidak menonton video itu kerana menurut Hukum Syarak dan Undang-Undang Islam, rakaman video tidak boleh dijadikan hujah dalam pembuktian untuk menjatuhkan hukuman had zina.

“Malah orang yang menyiarkan video itu boleh dijatuhi hukuman had qazaf (tuduhan zina) jika gagal membawa empat orang saksi yang adil.

Tuesday, January 25, 2011

Salam




Apabila calon PAS di DUN Tenang, Cikgu Normala mengenakan imej bersarung tangan sebagai aksesori pakaian menutup aurat. Ia dikritik hebat oleh MCA. Bahkan, antara individu utama yang mengeluar kritikan adalah bekas pelakon lucah, Dr. Chua Soi Lek. Yang sentiasa menjadi 'jagaon' dalam kritikannya kepada PAS dan Islam. Ia sama sekali bukanlan pertama kali kritikan kredil dan bersifat jahat yang penah dikeluarkan oleh Soi Lek berhubungan amalan Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia.

Apakah Soi Lek tidak mengetahuinya atau sengaja menjadi bebal mencari 'isu politik' untuk menyerang calon PR itu?. Ianya diketui secara umum.

Beliau dengan sengaja menyamakan cara pemakaian Cikgu Mala dengan Datin Seri Wan Azizah. Yang turut mengenakan sarung tangan apabila bersalaman dengan orang ramai termasuklah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim mereka.

Mungkin. Bagi Soi Lek dan MCA ia sesuatu yang pelik dan janggal. Hal ini mungkin kerana. Apabila mereka bersama dengan wanita UMNO. Seperti Shahrizat Jalil, Noraini, Rafidah Aziz ataupun Rosmah Mansor. Ataupun ketidaksamaan itu ada pada isteri-isteri pemimpin UMNO yang lain. Samada yang bergelar Menteri atau Ahli Parlimen yang lain. Mereka semua tidak memakai sarung tangan untuk bersalam dengan sesiapa sahaja. Baik sama-sama lelaki atau perempuan. Walaupun tidak muhrim. Ia bukan suatu kesalahan bagi pemimpin UMNO dan isteri-isteri mereka untuk bersentuhan dengan lelaki dan perempuan yang tidak muhrim.

Mungkin. Dengan pergaulan sebegitu. Maka, Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain merasa ianya suatu kesalahan. Tidak menunjukkan kemesraan dalam khalayak umum. Ajaran sebegitu bukannya sukar untuk kita saksikan mengapa MCA masih lagi keliru dengan cara dan pendekatan masyarakat Islam. Kerana, UMNO sebagai parti orang Melayu dan muslim. Tidak menunjukkan gaya dan pembawakan watak sebagai Islam kepada pemimpin MCA. Bukan hanya dari sudut pakaian dan tatatertib sebagai Muslim. Malah cara berpolitik juga berbeza dengan PAS yang juga berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Inilah perbezaan yang dilihat MCA kepada Melayu UMNO dan PAS. Islam UMNO dan Islam PAS.

Apa yang menyedihkan. Sepanjang 50 tahun lebih persahabatan yang dijalinkan UMNO dan MCA tidak membawa apa-apa pengajaran tentang Islam dan Melayu kepada bangsa Cina itu. Walaupun keakraban antara mereka wujud sebelum merdeka hingga kini. Namun, ia tidak lebih kepada persahabatan politik semata-mata. Tidak lebih dari itu. Keindahan 'dunia Islam dan tatasusila budaya Melayu' tidak pernah ditonjolkan UMNO kepada rakan-rakan politiknya. Mereka mengamalkan apa sahaja yang terlintas di kepala. Bukan nas agama.

Malang sekali.

Maka sudah tentulah Soi Lek yang turut juga berlakon dalam filem lucah itu tidak memahami amalan 'salam' yang diamalkan masyarakat Muslim. Batas-batas aurat dan bersentuhan lelaki perempuan. Kerana pemimpin UMNO tidak pernah mengajar mereka 'budaya dan amalan' tersebut.

Sekurang-kurangnya. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak pernah mempertikaikannya.

Sudah tentu ada beza. Antara PAS dan UMNO.

Kawan-kawan dari UMNO juga menyedarinya.

Mereka yang beralim agama juga pasti mengetahuiya lebih dari UMNO.Namun, kita tidak mendengar mereka mempertikaikan Soi Lek. Adakah mereka menyetujuinya. Tidaklah diketahui.

Seandainya mereka mahu menasihati Soi Lek. Adalah amat molek dengan memulakannya dengan surah An-Nur. Di sana. Ada banyak ayat tentang amalan salam Cikgu Mala.

Friday, January 21, 2011

Aturan Hidup

Sisipan hati dan perasaan. Akan bermula apabila kedua-duanya bersedia untuk bersatu. Menjadikan pelayaran hati dan perasaan tanpa ada dendam atau kelukaan. Biarpun badai melanda. Sejarah hitam yang berlalu. Samada dari aku atau kamu. Ianya harus dipadamkan untuk kebahagiaan masa hadapan. Tetapi kekadang perasaan hitam yang lampau. Membuatkan hati anda menangis. Menangis mengenangkan anda bukan yang pertama. Bertapak di hatinya. Atau menyantuninya cintanya. Keluh kesah pendirian anda. Dorongan sekeliling. Membuatkan hati terasa terpinga-pinga. Menjangkaui apa yang di rasa. Samada dari anda. Atau dia.

Bukan kata sesiapa. Keputusan yang anda pertahahankan. Samada baik atau buruk. Adalah dari diri anda sendiri. Bukan mudah. Sesuatu keputusan yang rancang boleh diputuskan dengan sekelip mata. Biarpun disekeliling memadangnya dengan mudah. Beban yang ditanggung. Perasaan yang bercampur baur. Tiada siapa yang tahu.

Jangan dipaksa hati ini. Biarpun hanya untuk sekali. Jatuh bangun diri anda. Tiada siapa yang tahu. Perlukan masa dan ketika. Anda bersendirian. Bertanya dan menelaah. Bagi memperoleh kekuatan yang maha berat. Jauh dari sudut hati. Merasa simpati kepada kamu dan dia. Menjadikan diri anda berada dalam persimpangan adalah salah sendiri. Tiada sesiapa yang mengatur. Tiada sesiapa yang memaksa. Antara kedua-duanya. Baik kiri atau kanan.

Mengapa saya selalu berada dalam dua keadaan. Sejak sekian lama. Saya menatapi dunia. Melihat langit dan awan. Bulan dan matahari. Saya tiada kepandaian meletakkan keputusan.

Bangga saya dengan rakan-rakan sekeliling. Mereka sentiasa teratur dalam kehidupan. Tiada pernah mereka berada dalam dilema. Atau persimpangan jalan buntu. Mengapa sebegitu mudah aturan hidup mereka. Adakah maksudnya mereka senang dengan masa alam itu.

Tiada guna saya mengeluh. Usia yang semakin meningkat. Mengingatkan saya dengan tawa riang bersama kanak-kanak lain. Melihat wajah ibu yang sangat saya sayangi. Melihat kebahagiaan keluarga, abah dan emak yang tiada pernah berkelahi. Cinta abah hanya pada emak. Tiada kedua atau ketiga. Abah tiada pernah bermain kayu tiga. Dia hanya selesa dengan emak. Masakan, perbualan, perkongsian susah dan senang. Begitu mudah abah mengaturkan kehidupan cintanya dengan emak.

Saya tidak begitu.

Mengapa?

Adakah kerana keperibadian atau desakan hawa nafsu syaitan. Atau saya memang diaturkan begitu oleh Tuhan. Beberapa keputusan dalam percintaan. Sentiasa saya tidak berdiri tegak ke atasnya. Berubah-ubah mengikut masa dan desakan. Pernah suatu ketika. Saya pertahankan keputusan. Tidak akan sesekali berpatah arang. Dengan kuat saya menghadapinya.

Tetapi saya tidak berjaya.

Ia kembali dan kembali.

Kembali seperti asal. Kembali kepada satu kehidupan yang pernah satu ketika meludah saya. Menjerit-jerit meminta diputuskan. Bersatu bersama bala tentera upahan. Menghina dan memperlekehkan saya. Seolah-olah saya tiada bernilai dan bermaruah.

Sinar cahaya datang menyinari. Walaupun seketika. Saat-saat kesedihan dan membawa diri. Datang ‘dirinya’. Mengubati hati yang terluka. Memujuk dan memberi rangsangan. Mengajar saya menjadi matang. Mengajar saya membuat keputusan. Mengajar saya bagaimana erti kehidupan. Walaupun ‘dia’ tiada sempurna. Tetapi dia menggembirakan saya.

Walaupun hanya sementara. Saya sangat-sangat menghargainya. Merindukannya. Saat-saat manis itu.

Tetapi. Ia belum cukup untuk diri saya. Saya memerlukan kekuatan dalaman. Dalam hati. Sudah bertapak lamanya. Perasaan kepada ‘anda’. Yang saya tidak berjaya memadamkannya. Biarpun saya gembira dan bersedih. Bayang-bayang itu sentiasa mengekori. Menghantui. Bertanya khabar dan mengambil tahu. Tentang ‘anda’.

Kekesalan saya hari ini. Tiada berguna. Sejuta kemaafan yang saya hamburkan kepada sesiapa. Tidak dapat melukakan hati Hawa yang terluka itu. Tafsiran dari ‘mereka-mereka’ sentiasa negatif kepada saya. Salah dan silap akan terus dihalakan kepada saya. Walaupun seribu ampun saya ucapkan.

Itulah natijahnya. Kepada diri yang terumbang-ambing. Memenatkan diri sendiri. Dengan cereka cinta yang dilihat. Kadang-kadang seperti memperbodohkan diri sendiri. Membuka peluang kepada yang tidak berhak. Memadamkan perasaan kepada yang terhak.

Saya tidak berniat menulis untuk menyakiti sesiapa. Pandanglah ‘anda’ kepada saya. Pandanglah dengan wajah yang tidak bermuram durja. Ia satu kekesalan sebenarnya.

Jelaskan kepada saya. Seberapa besar ‘anda’ yakin dengan perjalanan ini. Atau hanya memenuhi usia anda untuk bersama dengan saya.

Saya tidak mengerti.

Benarkah apa yang saya lakukan?

Atau saya akan dibalas dengan perbuatan. Yang telah melukakan hati seseorang. Yang saya yang memulakannya.

Thursday, January 20, 2011

Debat: Pendemokerasian Ilmu Politik


Di dalam negara kita. Belum pernah mana-mana pemimpin utama mengadakan debat secara terbuka di mana-mana. Baik tv atau radio. Kita terbiasa sekali dengan forum atau wacana minda. Lebih kepada santun santai dalam percanggahan idea ataupun dasar. Kita belum pernah melihat seorang calon Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri berlawan hujah di mana-mana yang dinamakan acara debat itu. Perkara sebegitu masih lagi asing dan tidak menjadi budaya di negara 1Malaysia ini.

Pendemokrasian ilmu begitu berkembang baik di negara-negara Barat dan Eropah. Mereka sentiasa menganjurkan debat dan forum yang luar biasa bagi mengetengahkan idea-idea dan input ilmu pengetahuan bagi masyarakat. Bahkan, di Amerika Syarikat. Calon-calon Presiden US sendiri akan tampil bagi 'mempromosikan' ideanya dan dasar partinya sekiranya beliau dipilih sebagai Presiden. Mereka akan diwawancarakan secara seimbang dan saksama. Syarikat produksi televisyen akan mempertontonkan kepada umum secara terbuka idea mereka. Mereka berdebat dikhalayak awam. Bercakap itu dan ini. Menyampaikan mesej-mesej politik secara berhemah dan penuh dengan demokerasi yang syumul.

Masyarakat akan dipertontonkan oleh semua itu. Mereka menimbang dan menilai. Melatakkannya di neraca yang betul bagi memilih calon yang sesuai bagi menjadi pemimpin mereka selama sepenggal. Mereka tidak gentar membuat pilihan. Tidak ditakutkan dengan huru-hara atau pecah belah. Bankrap atau tidak maju. Masyarakat mereka terdedah dengan bacaan awam dan maklumat yang tidak berat sebelah. Kalau ada yang salah dipihak kerajaan, mereka dedahkan di media utama. Kalaua ada yang positif, mereka memuji serata dunia. Begitulah sebaliknya. Mereka begitu hebat dalam pendemokerasian ilmu. Itu Barat.

Dalam sejarah Islam sendiri. Menyaksikan pemimpin utama kerajaan atau Rasul dan Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT sentiasa menggunakan lapangan hujah dan debat dengan musuh-musuh utama Allah. Musa as bertembung dengan Firaun yang zalim. Nabi Ibrahim as bersama dengan Raja Namrud. Nabi Muhammad SAW juga tidak terkecuali bertembung dan berhujah dengan pemimpin-pemimpin Arab Musyrikin termasuk dengan bapa saudaranya sendiri.

Apabila Ketua Pembangkang, Dato'Seri Anwar Ibrahim mencabar PM Najib Tun Razak dalam penjelasan 100 hari PR sebagai kerajaan. Responya agak negatif. Bahkan, respon PM semalam lebih mendedahkan kepada kita bagaimana definisi 'debat' dalam pemikiran sang Perdana Menteri itu. Beliau menyebut tentang bagaimana beliau adalah seorang PM, dia tahu akan semua segala rahsia si Anwar Ibrahim. Kalau didedahkannya. Demam Anwar. Itu kata-kata PM.

Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO/BN bebas mengktritik tawaran 100 hari PR di media massa. Mereka memberikan pendapat secara meluas dihadapan wartawan dan rakyat jelata. Mengkritik dari segenap sudut. Malah, ahli akademik, usahawan, tokoh perniagaan, agensi kerajaan, ISIS dan lain-lain jabatan juga turut diajak bersama untuk mengkritik tawaran PR itu dalam pilihanraya.

Menjadi pelik kepada kita apabila individu yang dikritik tidak mempunyai akses sebagai pihgak yang dikritik untuk menjawab segala kritikan yang dikenakan ke atasnya. Apabila lapangan debat umum dibuka. Si pengkritik tadi menolak secara berterus-terang dan menyebutkan sebagai tidak ada ouput dan nilainya pada masyarakat awam. Kalau tidak ada output dan nilai. Apa perlu PM 1Malaysia itu begitu kalut dan sibuk dengan janji Pakatan Pembangkang tersebut. Sudah pasti, dalam hatinya perkara itu 'menakutkan' proksi politiknya. Kalaupun tidak, sedikit memberikan pengetahuan kepada rakyat. Bahawasanya, negara sebenarnya mampu memberikan keselesaan kepada rakyat. Sekiranya, perbelanjaan kerajaan dapat dijimatkan dan diurus tadbir dengan baik dan telus. Perkataan 'akauntabiliti' sepatutnya menjadi nadi kepda kerajaan. Amalan rasuah pula, menjadi musuh negara secara keseluruhannya.

Berbalik kepada soal debat. PM 1Malaysia itu nampaknya tidak memahami pelawaan debat berbentuk fakta dan hujah. Lawannya, bukanlah peniaga sate atau penjual telur itik. Mereka berdua mempunyai jawatan yang sama dalam amalan Federalisme. Seorang ketua kepada kerajaan. Seorang lagi ketua kepada barisan pembangkang. Elok benarlah mereka berdebat. Mempromosikan tawaran kepada masyarakat. Apa yang mereka boleh lakukan sekiranta dipilih sebagai Ketua Kerajaan pada pilihanraya yang akan datang. Biar rakyat menyaksikan siapa yang layak diangkat menjadi PM. Yang menikus atau yang berhujah.

Bukannya berdebat isu peribadi. Isu-isu peribadi wajar ditolak ke tepi. Kalau sebelah sana menuduh sebelah sini 'tidak bermoral', sebelah sini pula ada juga isu 'moral' tentang sebelah sana tentang perkara yang sama. Semua pihak mengetahuinya. Yang berbeza, seorang ke mahkamah, seorang lagi tidak.

Kita tolak ke tepi perkara itu. Yang hendak kita menyaksikan adalah hujah dan kebijaksanaan kedua-dua pemimpin utama itu. Mempertahankan dasar dan idea. Mengetengahkan agenda dan prinsip kedua-duanya. Tidak ada hakim atau juri. Ia bukan perlawanan atau pertarungan. Tiada kalah dan menang. Yang perlu diutama adalah pendemokrasian ilmu itu. Ia menjadi titik permulaan kepada politik Malaysia yang lebih berani dan proaktif.

Kalau benar ia berlaku. Maka beruntunglah kita melihatnya.

Mulakan 2011 dengan suasana politik yang lebih berkualiti. Rakyat dihidangkan dengan politik 'Natural Justice'. Bukan adu domba dan hujah perkauman sempit mana-mana pihak.

Saya sukakan hal yang demikian. Bukan modalnya UMNO, PAS atau PKR.

Yang menggembirakan kita ialah 'Demokerasi Ilmu' itu wujud dalam negara.

Kalaupun kita tidak mampu mendemokerasikan masyarakat secara menyeluruh.

Kita mulakan dengan RTM.

Saya pasti ramai yang akan menontonnya.

Berkaitan:
Cabaran debat Anwar: kalau saya dedah segalanya...ada yang demam
Berdebatlah Najib, Rakyat Mahu Melihat Anwar Demam
Bersungguh-sungguh Najib pamerkan dia tak ada otak
Debat:Najib wajar sambut tawaran Anwar
Respon kepada ISIS: Malaysia bankrap jika laksana program Buku Jingga?

Wednesday, January 19, 2011

2011

Kali terakhir saya menulis di dalam blog, adalah pada bulan November yang lalu. Saya kira. Pada waktu tersebut saya berada di UIA, menyambung pelajaran dalam Diploma Pendidikan. Bagi memenuhis syarat sebagai guru. Maka saya turutkan sahaja pihak majikan. Itulah kali terakhir saya menulis pada tahun 2010.

Kesibukan kerja dan hal-hal peribadi. Termasuklah kerja-kerja yang diluar jangkaan terus membuatkan saya berada dalam zon masa yang sempit. Walaupun saya suka menulis.

Saya terlepas pertusan Maal Hijrah dan juga tahun baru mengikut kalendar Masihi. Walaupun drag awal sudah saya lakukan. Selepas satu ketika. Saya membatalkan perutusan 2010 itu. Biarlah ia di sana. Tidak perlu saya timbulkan kembali. Barang yang lepas jangan dikenang.

Ini adalah tulisan pertama saya dalam tahun 2011. Saya membuat sedikit perubahan pada wajah blog. Semoga ia kelihatan lebih selesa untuk di baca. Saya juga perlu memuatkan kembali tulisan-tulisan berbentuk politik dan sejarah lampau. Yang menjadi tema utama. Cuma penghujung 2010, tulisan saya agak berbeza. Atas apa yang berlaku. Maka ia akan diperkuatkan semula dengan tulisan-tulisan yang bermutu dan berkualiti.

Pengesahan maklumat juga perlu dititik beratkan selepas ini. Jangan ada hujah-hujah dangkal dan semborono yang tidak bermanfaat. Jauhkan dari kita semua.

Semoga 2011. Akan menjadi tahun yang penuh gemilang untuk saya, anda dan semuanya.

Wassalam.

Tuesday, November 30, 2010

Biarkan


Saat malam terus berlalu. Dengan iringan angin-angin malam yang dingin. Sejuk rasa diri. Tidak sama dengan hati. Penyakit meyakinkan diri masih lagi jauh dari fikiran. Untuk meletakkan noktah penamat. Seakan masih jauh perjalanan yang dirancang. Belum sampai ke pertengahan jalan. Ia sekali lagi mengganggu benak hati. Bermain-main di kepala. Seperti batu-batu pasir di pantai. Banyak sekali. Dipukul ombak dan badai. Sekuat-kuatnya ia menghempas. Hilang sekelip mata. Tidak semudah itu.

Pegangan prinsip kekal di situ. Ia bukan seperti perkiraan ilmu hisan ciptaan al-Khawarizmi. Dihitung 3 bersama 3 menjadi 6. Dikali 2 bersama 5 menjadi 10. Bukan semudah itu membuat keputusan.

Kisah-kisah lalu terus mengejar diri. Memilih untuk dipadam. Atau memulakan langkah baru. Yang juga kelihatan semakin pudar indah.

Sesudah madu ditabur. Racun memakan diri. Sampai bila?

Perhitungan masa hadapan bukanlah seperti merancang perjalanan. Ke timur dan ke barat. Ia sukar sama sekali. Mungkin suasana diluar sana begitu indah. Kanak-kanak bermain riang. Diiringan gelak gembira. Mereka sememangnya tiada beerti tentang kebingungan sesiapa. Menurut sahaja rasa hati. Berasak ke sana ke mari. Alangkah indahnya dunia mereka.

Sayang seribu kali sayang. Kita tidak seperti mereka.

Siang hari kita dihimpit matahari. Malam kita dikejar dalam mimpi.

Lena kita hanya untuk melelapkan mata. Melupakan seketika. Esok apabila terbitnya sinar. Kita bersua lagi. Dengan kesukaran itu. Bukan mudah untuk sesiapa. Menjadikan dirinya serba sempurna. Menjadi manusia yang bersedia. Menempuh badai. Melawan ombak. Memekik petir. Menghambat hujan.

Tidak semudah itu untuk kita menerima ujian dan getir dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Sesiapa sahaja.

Jantan dan betina.

Tetapi apa perlu kita meratap perkara yang sukar itu?. Bukankah kita diberi pilihan memilih alur yang tenang. Memilih jalan yang sesuai. Mengapa kepayahan yang mahu dituruti?. Ada apa dengan kepayahan itu. Untung diri atau sesal di kemudian hari?

Atau kita manusia pilihan. Dipilih Tuhan untuk dibebani. Dipilih Tuhan untuk berkorban. Dipilih Tuhan untuk kesukaran. Untuk dilihat. Apakah dirimu bersedia menghadapi ujian.

Sebagaimana Musa yang berdepan dengan si Firaun yang maha zalim. Yusuf yang difitnah. Muhammad yang dicaci dan di maki. Sedangkan mereka Kekasih Allah menerima ujian dan percubaan.

Bagaimana dirimu yang insan biasa?.

Mahu mengelak dan mengeluh. Sedangkan ia tidak seberat beban yang ditanggung para Nabi dan Rasul.

Bolehkah begitu?.

Untuk apa aku yang dipilih. Sejak aku membuka mata. Bersedia bersuara. menghadapi 'mereka-mereka' yang datang dengan kemaslahan dunia. Seribu satu cerita.

Untuk apa aku diberikan 'mereka-mereka'?.

Sedangkan selepas 'mereka-mereka' berbahagia. Tangan seia tidak pernah memujuk hati. Mereka terus berlari dengan kegembiraan. Meninggalkan masalah dan bebanan. Kepada tangan yang menghulurkan saat 'mereka-mereka' beroleh kesempitan dari matahari. Mimpi ngeri di malam hari.

Aku belum bersedia.

Belum bersedia menjadi insan yang dipilih. Dipilih dari Tuhan untuk mengharungi semua itu.

Biarkan aku terus terkeliru dengan diri sendiri. Menghabiskan saat-saat hidup dengan jalanku sendiri. Biarpun tiada berteman. Atau berkawan.

Aku bersedia menjadi pengecut dunia.

Menjaga hati sendiri.

Dari menjadi manusia yang hipokrasi. Menyalak kebenaran dihadapan. Mengiakan penipuan dibelakang.

Sesat dalam siang. Buta dalam malam.

Aku selesa begitu.

Wednesday, November 24, 2010

Akal dan Hati

Kekuatan dalaman diri seseorang lahir dari kekuatan akal fikiran. Juga hatinya bagi menerima sesuatu perkara yang amat sukar. Tentunya menjadi kesukaran kepada seseorang untuk menerima hakikat dalam kehidupan dengan cara yang mudah. Mustahil sama sekali. Ketentuan yang difitrahkan kepada manusia adalah sebahagian sesuatu takdir yang harus kita terima bulat-bulat. Apatah lagi kalau kita berbicara soal rezeki dan jodoh, ajal dan maut. Ianya dilihat terlalu bergantung kepada takdir.

Manusia dianugerahkan Allah swt untuk berfikir secara waras. Berfikir tentang kebaikan dan keburukan. Kebaikan atas dirinya. Keburukan juga atas dirinya sendiri. Maka sekiranya berlaku sesuatu perkara. Perlu ia bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Jangan salahkan sesiapa. Kerana akal fikiran yang dianugerahkan Illahi tidak dikongsi secara beramai. Ia diberi satu-satu secara berasingan kepada setiap manusia.

Ia untuk digunakan oleh manusia.

Bukan disimpan seperti barangan antik. Atau perhiasan diri semata-mata.

Kekuatan itulah yang memerlukan seseorang manusia bertindak secara waras. Menggunakan akal dan hati sebagai penyokong. Disebut naluri. Kekuatan akal kadang-kadang dicabar dalam pelbagai situasi. Samada untuk kita memilih sesuatu atau 'seseorang'.

Kekuatan dalaman untuk itulah yang menjadi sukar. Boleh menerima sesuatu yang pahit dan terkesan atas dirinya. Ke kiri dan ke kanan. Ia menjadi serba-salah. Kekuatan untuk menerima hakikat atas apa yang dilakukan oleh diri kita sendiri.

Kekuatan itu tidak ada secara semula jadi. Ia dibentuk dari pelbagai faktor dan sebab. Atas pilihan itu ia menjadi penyakit yang mendesak hati untuk mengatakan 'ya' pada sesuatu perkara. Atau 'tidak' pada sesuatu perkara. Mengesahkan sesuatu atau menidakkan sesuatu. Kemahiran itu dpanggil 'membuat keputusan'. Membuat keputusan atas dorongan akal yang menimbang salah dan betul, buruk dan baik, panjang dan pendek serta boleh ataupun tidak. Ia mesti juga berdasarkan dorongan hati. Hati yang menyokong atas keputusan yang dibuat oleh kita sendiri. Betul ataupun tidak keputusan yang akan dicapai. Betul atau tidak pemilihan diri. Betul atau tidak keputusan itu. Benar atau tidak. Untung atau rugi.

Semuanya akan melayang-layang di kepala anda. Kerana hujung keputusan itu tidak akan dapat dilihat dan dinilai. Samada ia bertepatan dengan kehendak kita. Kerana manusia tidak dapat melihat masa depan dirinya. Ia terletak di tangan Allah swt. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa mengetahui apa yang akan berlaku esok, lusa, minggu depan, tahun depan dan masa hadapan.

Kita manusia hanya layak untuk merancang itu dan ini. Segala ketentuan di tangan Allah swt.

Maka sebab itulah ia terlalu sukar untuk kita membuat keputusan. Menelan hakikat untuk ke depan. Ramai yang tidak memahaminya. Malah ada yang mengajak untuk kita melupakan sesuatu perkara yang telah terjadi. Sedangkan mereka begitu mengetahui ia amat sukar sama sekali. Sukar untuk seseorang menerima hakikat yang pahit itu.

Kesukaran itulah memerlukan seseorang mempunyai kekuatan dalaman dalam diri.

Kekuatan menelan apa sahaja yang berlaku. Ketabahan seseorang untuk menerima hakikat yang telah ditakdirkan oleh Allah swt kepada mereka.

Mereka mempunyai kekuatan dalaman yang jitu. Boleh menerima sesuatu dengan hati yang terbuka. Baik buruk seseorang dinilai dengan akal dan hati. Tiada langsung kekesalan atas keputusan yang dibuat. Bahkan, mereka langsung tidak memikirkan apa yang akan terjadi atas keputusan tersebut. Hati mereka begitu tegas dan kuat. Kekuatan itulah yang menjadi dorongan kepada mereka untuk membuat keputusan.

Bilakah hati saya akan menjadi sebegitu?

Kuat dan tabah.

Menerima sesuatu perkara dengan hati yang terbuka,

Memaafkan sesuatu yang cela. Membuat keputusan tanpa menoleh ke belakang.

Tabah menghadapi saat-saat sukar.

Bilakah?

Monday, November 22, 2010

Guru: Doa Ibu untuk anaknya


Ketika artikel ini ditulis. Saya bersama teman-teman yang berada di bawah satu agensi. Yang dalam pemikiran saya berjumlah 600 orang itu berada di British Malaysian Institute (BMI). Kami di sini menyertai Program Diploma Pendidikan. Di mana salah satu syarat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Seseorang guru itu mesti mempunyai Diploma Pendidikan. Ia bagi mengesahkan seseorang itu berkelayakan menjadi seorang pendidik. Ia adalah prosedur biasa. Sama seperti rakan-rakan yang lain. Kami di sini selama sebulan.

Sebulan itu mencari ilmu pendidikan. Dengan hidangan ilmu-ilmu berkaitan pendidikan secara formal. Tidak lagi berkaitan dengan penguasaan sesuatu subjek semata-mata. Ia lebih dari itu. Hidangan ilmu yang datangya dari pensyarah berwibawa dari UIAM ini. Pasti menjadi bekalan terbaik buat kami lebih bersemangat untuk ke sesi pengajian persekolahan 2011 yang akan menjelang tiba.

Tahun yang kedua bagi saya.

Ia terlalu manis buat saya yang tidak menyangka langsung menjadi seorang pendidik. Ketika sedang mengisi borang kemasukan ke universiti pada tahun 2005 yang lalu. Emak meminta saya menjadikan program Pendidikan Sejarah di UPSI sebagai pilihan pertama. Saya menolak. Tidak mahu saya menjadi guru. Tetapi jangkaan saya meleset. Saya hanya berkelana setahun dua. Akhirnya, Allah swt menzahirkan doa ibu saya. Menjadi juga saya kerjaya yang saya tidak mahu itu 5 tahun yang lepas.

Ia adalah ketentuan.

Rezeki manusia dari Allah swt.

Bukan 'ketentuan' seseorang yang menjadikan saya guru.

Ia datang dari Allah swt.

Saya percayakan ketentuan itu.