Tuesday, March 23, 2010

Right Attitude

Setiap individu mesti mewujudkan sikap yang betul dalam dirinya. Sikap yang betul dalam suasana hidupnya. Sikap yang betul dalam pekerjaannya.

Sikap menjadi 'kunci' kepada segala-galanya. Kalau 'sikap' itu rosak maka akan rosak segala-galanya.

Kebertanggungjawapan kita datang dari sikap yang betul. Tidak perlu motivasi atau ceramah. Tidak perlu dengar celoteh orang psikologi berhari-hari kalau kita ada sikap yang betul.

Di peringkat sekolah. Kerajaan 'terpaksa' mewujudkan subjek-subjek baru berkaitan 'sikap'. Tidak cukup dengan Pengajian Moral, diwujudkan juga matapelajaran 'Sivik dan Kenegaraan'. Kedua-dua subjek ini untuk membina 'sikap yang betul'. Mewujudkan sikap dikalangan manusia yang tidak beradab.

Sikap ada kait rapat dengan akhlak. Tidak cukup ibadat sahaja kalau tidak akhlak. Ramai manusia yang sebegitu.

Kita sudah terbiasa dengan itu.

Ada guru yang mengajar anak bangsa tentang ilmu yang ada di dunia. Peri penting beramal dengan ilmunya tetapi dia sendiri tidak bersembahyang. Itu sikap.

Ada kaunselor yang memberi nasihat tentang peri pentingya 'motivasi' dalam pembelajaran dan
pekerjaan, sedang 'dia' juga mengutuk tempat cari makanya. Itu sikap.

Ada pensyarah yang berteriak setiap hari. Mengingatkan pelajar-pelajarnya tentang masa hadapan, cabaran dunia dan etika manusia. Sedang 'dia' juga melakukan maksiat. Itu sikap.

Ada guru agama. Tidak kira lelaki dan wanita. Menutup aurat dari dahi hingga ke buku lali. Mengingatkan kita tentang dosa pahala, syurga dan neraka. Sedang 'dia' juga mengangkat telefon di dalam mesyuarat, menghabiskan masa dengan 'laman' yang melalaikan. Itu sikap.

Ada ketua. Yang mengingatkan kita tentang komitmen pada syarikat. Kesungguhan bekerja dan menjaga adab dalam organisasi. Sedang dia juga mengkhinati amanah. Menipu dalam tugasannya. Itu sikap.

Ada Menteri. Yang bercakap tentang keselamatan negaranya. Menjauhi segala ancaman musuh luar dan dalam. Sedang dia juga 'menjual' kelengkapan senjata api negaranya ke negara asing.

Ada Mufti. Yang sering bercakap soal fatwa, ijtihad dan hadis Nabi. Berjiwa tegar kerana sukunya. Lantang dalam soal 'dosa' tidak taat pada negara. Sedang 'dia' terdiam membisu dalam soal arak dan judi dalam negaranya. Tidak ada fatwa katanya. Itu sikap.

Ada Raja. Mengharamkan loteri dan nombor ekor di dalam negerinya. Sering mengingatkan kita tentang bahana judi dan loteri, haram berjudi katanya. Sedang 'dia' juga pemegang amanah Pusat Judi terbesar di Asia Tenggara. Sekali sekala makan babi tidak salah katanya. Itu sikap.

Ada pensyarah Komunikasi. Lantang bersuara dalam forum dan ceramah motivasi. Sering mengingatkan kita tentang kemahiran berkomunikasi dalam sesebuah organisasi. Perlu ada kemahiran komunikasi dengan ahli-ahli dalam organisasi. Sedang 'dia' juga kaki mengumpat dan mengeji. Mengutuk rakan sekerja sendiri. Mengata kepada orang yang dibenci. Itu sikap.

Ada ustazah. Menutup sangat auratnya. Terdedah masuk neraka katanya. Dijagai auratnya dari mata lelaki. Tertib dan sopan. Sedang 'dia' sangat suka ber'sms'. Hatta, dalam kelas waktu mengajar, dalam majlis dan urusan rasmi. Itu sikap.

Ada perenang. Mencipta rekod dunia dengan renangannya. Dari utara ke selatan. Dari pagi ke petang, petang ke malam. Tidak pernah dibuat orang. Mencipta rekod katanya. Ketika 'dia' berenang. Tidak sembahyang rupanya dia. Katanya 'dia' dah jamak sebelum berenang. Jamak apa?. 'Dia' sendiri tidak mengetahuinya. Yang pasti bukan berjimak. Itu sikap.

Ada 'kawan-kawan'. Bercakap soal politik negara. Hiruk pikuk 'dia' dengan 'ketuanan bangsa'. Cina dah naik kepala katanya. Semakin melampau ke atas bangsanya. Sayang sungguh 'dia' pada kaumnya. Pulau sudah terjual kepada Cina katanya. Sedang 'dia' memekakan telinga, terdiam seribu bahasa bila bangsa kesayangannya menghapuskan tulisan jawi miliknya, memporak perandakan sistem pendidikan miliknya, menghina Nabinya, menolak hukum al-Quran yang dibacanya, menjual tanah rezab kaumnya pada tauke Cina, memakan rasuah dikalangan anggota keluarga dan merosakkan sistem rajanya. Itu sikap.

Ada pemuda. Berhimpun dan berdemo merata-rata. Mempertahankan kalimah milik agamanya. Agama lain tidak ada hak ke atasnya. Mencabar agama lain berdebat dengannya. Isu lapuk diulang-ulang semula. Kalimah Tuhan itu miliknya sahaja. Sedang mereka. Isteri di rumah tidak bertudung, diketuai peminum arak. Kalimah Tuhan dipertahankan, arahan Tuhan dipinggirkan. Itu sikap.

Ada Perdana Menteri. Memberi ucapan berapi-api. Pertahankan 'Malaun' dalam negaranya. 'Malaun Glokal' katanya. Menganjurkan slogan untuk memupuk perpaduan. Membakar gereja dan membaiki semula. Perpaduan katanya. Untuk hidup aman sejahtera. Sedang 'dia' merompak hasil negara. Berkasih dengan Yahudi. Ada hubungan dengan syarikat Israel. Bertitah sana sini. Jangan membazir katanya. Melawat pasar malam sekali sekala. Sedang 'dia' berbelanja di luar negara, isterinya bersolek penuh muka. 'Malaun Glokal'!.

Ada orang. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Kita kan orang Melayu.

Sunday, March 21, 2010

Cuti Sekolah

Sepanjang cuti sekolah saya betul-betul berehat. Ada juga buat kerja sikit-sikit. Tetapi lebih banyak berehat. Peluang sebegini jarang-jarang dapat. Cuti sekolah adalah waktu yang baik.

Saya ke Kuala Lumpur 5 hari. Berjumpa dengan 'mereka-mereka' yang saya rindui.

Saya sempat meluangkan masa bersama teman wanita saya. Terima kasih di atas layanan yang sangat sempurna. Terima kasih juga dengan hidangan asam pedas dan laksa pada tengahari Ahad. Asam pedas yang sangat-sangat sedap!. Laksa, 2 pinggan saya makan. Itulah makanan yang paling menyelerakan sepanjang berada di Kuala Lumpur. Itu masakan dari Eyma. Dia memang pandai masak.

Saya juga sempat ke CICT. Saya sempat menyiapkan urusan gaji saya yang masih tergendala. Peluang ke sana bukan selalu. Hanya mengharapkan cuti panjang. Namun, urusan gaji masih tergantung dan belum selesai. Saya sempat juga berjumpa dengan Shima, Kamal, Eze, Al-Ham, Ust. Ikhwan, Najib, Ustaz Faisal dan teman-teman yang lain. Ke kangkung minum, ke medan saya minum lagi.

Saya juga sempat ke Sri Kembangan. Di sana, sahabat saya menanti. Kami lepak dan minum sampai 4 pagi!. Walaupun hari bekerja esoknya, Moq tetap melayan cerita-cerita saya. Beliau juga banyak bercerita. Tentang perjalanan kolej dan 'orang-orang' di dalamnya. Banyak. Banyak yang sudah berlaku. Mungkin. Perlu disambung lagi.

Saya juga ke Kajang. Menziarah Atan. Menonton perlawanan antara Mancherter United dengan Fulham. Banyak juga yang dibualkan. Tentang masa depan beliau.

Itu aktiviti saya di Kuala Lumpur.

Beberapa baki cuti saya habiskan di Kulim. Di sana juga banyak ceritanya. Keluarga dan kawan-kawan sekampung.

Friday, March 19, 2010

1Malaysia and 1Israel: Sama tapi Tak Serupa 2


Persoalan yang mesti dijawab. Riuh rendah berkenaan dengan 1Malaysia dan 1Israel.

Hari ini pembaca-pembaca blog boleh melihat penulisan-penulisan berkaitan perkara ini. Rakyat Malaysia wajib menuntut jawapan yang munasabah. Apakah kempen negara Yahudi itu ditiru Malaysia?. Atau nasihat dari APCO Worlwide yang menjadi punca.

Mustahil ada 'kebetulan'. Atau ia sengaja di 'kebetulan' kan.

APCO ada menjawab. Kononnya slogan ini tidak ada kena mengena dengan mereka dan Malaysia.

Harakah muka depan, APCO dibayar RM60 juta untuk tujuan pembinaan imej PM 1Malaysia.

Saya cuma sebut RM20 juta. Angka tidak penting. Yang penting benarkah Yahudi mempunyai agenda di sini. Kalau ada, mengapa kerajaan 1Malaysia memerlukan 'nasihat' imej dari Zionis.

Pemuda UMNO perlu jawab perkara ini.

Mengapa perlu Yahudi?

Wednesday, March 17, 2010

One Malaysia and One Israel: Sama tapi Tak Serupa

Suatu yang menarik itu dibahas. Kemunculan beberapa pendedahan di internet menunjukkan slogan 1Malaysia mempunyai persamaan dengan slogan yang dibuat oleh Israel melalui Perdana Menterinya, Ehud Barak pada tahun 1999.

Adakah benar?

Ia wajar disemak semula.

Untuk rekod. PM Malaysia sememangnya melantik salah sebuah syarikat perunding imej bagi meningkatkan imej Sang Perdana Menteri itu. Syarikat yang diberi nama APCO Worldwide merupakan syarikat perunding imej bertaraf dunia. Pernah memberi khimat runding imej kepada diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayez. Mikhail Khodorkovosky, pemimpin muda Parti Komunis Russia juga turut menjadi pelanggan APCO Woldwide.

Siapakah APCO Worldwide ini?





Syarikat yang mendapat bayaran RM20 juta dari Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan imej Perdana Menteri ini merupakan syarikat milik Yahudi Israel. Mereka sangat terkenal dalam pembinaan imej bagi seseorang individu berpengaruh.

Imej sangat penting bagi seseorang Ketua Kerajaan dalam melaksanakan tugas sebagai penguasa di dunia. Jadi, tidak hairanlah mengapa kerajaan Malaysia perlu melantik perunding Yahudi bagi meningkatkan imej Ketua Kerajaannya.

Mungkin. Secara kebetulan slogan yang dibuat Israel pada tahun 1999 itu 'ter'sama dengan slogan kita di sini. Mungkin kebetulan.

Mungkin juga APCO Worldwide yang memberi nasihat sebegitu. Kita mengikut sahaja kerana dilihat baik dan mampu menarik perhatian masyarakat.

Saya bertanya.

Mengapa pemimpin Malaysia sering dilihat dan ada kaitan dengan Yahudi?

Mahathir Mohammad pernah melantik seorang ejen Yahudi sebagai penasihat ekonominya.
Anwar Ibrahim sentiasa dilihat sebagai ejen Yahudi di Malaysia.
Najib? Melantik syarikat Yahudi sebagai perunding imejnya.

Tiada jati dirikah kita sebenarnya.

Tuesday, March 16, 2010

Merah dan Hitam


Sedikit peubahan dalam blog saya.

Kombinasi merah hitam adalah warna kegemaran saya. Begitu juga warna biru. Menenangkan hati saya. Kalau sebelum ini warna blog saya agak 'jambu' dan 'lembut'. Saya melakukan perubahan sesuai dengan karakter penulisan yang lebih garang.

Saya sangat sukakan warna merah dan hitam. Kombinasi ini nampak lebih 'keras' jika ditampilkan. Begitu juga dengan pakaian. Kalau ada individu yang memakai kombinasi warna merah dan hitam nampak lebih terserlah. Walaupun kadang-kadang yang memakainya si beruk tua.

Tidakkah cantik di mata kita?




Barisan atau Pakatan?

Politik adalah jalan kehidupan. Di mana-mana. Politik menjadi aspek tertentu kepada kuasa menentukan perjalanan negara dan pembangunan masyarakat. Islam juga sebegitu. Memandang politik kepada sebahagian kehidupan. Tiap-tiap kali kita sembahyang, bacaan pertama selepas mengangkat takbir menjelaskan 'urusan' kita sebagai manusia. Itu politik.

Di Malaysia. Amalan politik menjangkaui segala-galanya. Proses menghantar anak ke asrama atau pemberian baja juga bersangkut politik. Politik ada yang murahan. Barangkali perkara murahan itu menjadi ikutan politik di Malaysia.

Amalan demokrasi tulen jarang sekali diguna pakai. Maka sebab itulah ramai yang kurang berminat dengan politik. Walaupun keperluan dan penting. Ramai yang menjauhkan diri. Hatta, ada juga yang sangat membenci politik. Tidak boleh begitu.

Ilmu politik sepatutnya diluaskan. Amalannya juga patut dipratikkan semua pihak. Samada kita menyokong mana-mana pihak itu terpulang. Itulah politik. Kita berhak menyokong sesiapa, parti mana atau pasukan mana yang dikira benar dalam pengamatan politik kita.

Tiada paksaan. Dalam amalan demokrasi, berhak kita ke atas sesiapa sahaja. Berhak kita menyokong parti yang kita percaya. Walaupun bekerja dengan institusi yang tidak sealiran.

Parti dan Kerajaan perkara yang berlainan. Yang bodoh sahaja mengatakan sama. Walaupun komunis, membina sekolah dan pengajian agama adalah tanggungjawab kerajaan. Walaupun kerajaan komunis yang tidak percaya kepada institusi keagamaan.

Poltik tidak pernah kotor sebagaimana yang difikirkan.

Saya berpolitik sejak berumur 14 tahun. Tahun 1999 pilihanraya saya sudah mengenali parti yang bertanding. Keputusan dan tatacara pilihanraya.

Saya membesar dikalangan masyarakat biasa. Ayah saya bukan profesor. Ibu saya bukan Menteri. Abang saya bukan Ketua Pemuda. Ransangan datang dari diri kita sendiri. Minat atau tidak.

Selalu sembahyang. Mesti tahu ayat-ayat yang dibaca. Jangan jadi pekak dikalangan mereka yang bersuara. Menjadi bisu dikalangan mereka yang membaca.

Bukankah kita yang manusia yang sempurna.

Agenda Perubahan

Agenda perubahan yang hendak dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan juga menjadi idaman semua pihak. Kadang-kadang perubahan mendapat bantahan. Ada juga pujian. Tetapi tidak dominan. Individu yang mahukan perubahan juga tidak ramai. Mereka yang ramai lebih gemar mengikut arus. Jarang mahu menentang. Mungkin ia agak sukar atau tidak berminat. Mungkin juga tidak mahu dianggap serong atau menyebelah.

Salahkah menentang arus?. Salahkan mengubah sesuatu yang buruk dalam kehidupan. Ia sesuatu yang menarik. Bahkan ia sesuatu yang membanggakan kalau menjadi realiti dalam kehidupan. Tidak semua perkara yang dibuat masyarakat terdahulu benar belaka. Tidak semua kalangan yang tua dari kita membuat perkara yang betul. Ada juga yang salah. Kadang-kadang buruk kelakunya dari kita yang muda. Tidak boleh tidak ditegur. Alasan 'makan garam dahulu' dari kita sudah ketinggalan zaman. Patutnya, kalau dah makan garam dahulu jadi lebih berpengalaman. Yang tua kita hormati. Tetapi hormat yang patut. Bukan membuta tuli.

Perubahan boleh datang dari pelbagai aspek. Diri sendiri, kawan-kawan dan suasana sekeliling. Boleh datang dari mana-mana. Sokongan ke arah itu juga mesti datang dari perkara yang sama. Adakah diri kita mahu berubah?. Adakah kawan-kawan menyokong untuk diubah?. Adakah suasana sekeliling juga menyokong akan perubahan tersebut?. Sekiranya tiga perkara ini ada, sesuatu perubahan itu sangat mudah dilakukan. Perubahan apa-apa pun, baik dari segi ekonomi, pendidikan, sosial atau politik.

Kesukaran di sini. Hanya individu itu sahaja yang mahukan perubahan. Yang lain. Tidak menyokong. Saya sempat berbual dengan sahabat saya. Peluang bercuti sebegini perlu digunakan untuk berbual dengan 'individu' yang betul. Setidak-tidaknya, otak saya tidak berhenti untuk berfikir. Berfikir perkara yang matang, berfikir ke arah perubahan.

Sahabat saya sangat sukakan perubahan. Mengubah gaya kerja dan atmosfera dalam kerangka organisasinya. Beliau bercita-cita membentuk budaya akademik yang sangat saya setuju. Tidak ada yang negatif. Berfikir secara akademik. Bekerja sebagai 'karakter pensyarah'. Bukan kerani atau pemandu teksi. Mereka menyumbang ke arah ekonomi dengan tidak menganggur. Tetapi tidak mengubah dari aspek penjanaan ekonomi. Mereka hanya mengikut sistem yang ada. Tidak pernah terfikir untuk mengubah pendapatan. Dari RM1 ke RM10.

Malang. Tidak ada yang mengikut. Jauh sekali bersetuju. Saya sebutkan pada peringkat awal tadi. Perubahan perlu disokong oleh kawan-kawan atau teman sekeliling, teman sekerja. Juga perlu disokong 'suasanan sekeliling'. Beliau tidak mendapat sokongan kedua-duanya.

Mengeji dari orang lain itu perkara biasa. Tidak ada yang sempurna. Perlukah begitu dalam suasana jalur lebar tanpa wayar, penghantaran makhluk bumi ke bulan, peperangan jarak jauh dan penyampaian ilmu melalui layar putih. Kasihan mereka yang primitif. Tinggal di dalam rumah tetapi masih menggunakan batu untuk menyalakan api. Memakai kemeja bila bekerja tetapi masih tinggal di dalam gua.

Masyarakat kita memang begitu. Benci dengan individu yang mahukan perubahan. Mereka masih dengan 'budaya' kerja yang lemah identitinya. Mencari makan bukan rezeki. Menjadi guru tetapi bukan peransang daya fikir. Mengumpat jadi sarapan pagi, dengki bila makan tengahari dan mengeji di waktu petang.

Kesukaran yang ditempuhi sahabat saya bukan perkara baru yang beliau terima. Jarang-jarang ada manusia seperti beliau. Di mana-mana. Carilah sendiri kalau ada. Beliau adalah perangsang kepada agenda perubahan. Perangsang anak-anak muda. Perangsang kepada atmosfera perubahan.

Saya puji bukan kerana saya kenal. Saya puji kerana saya pernah bekerja dengan beliau. Bekerja dengan suasana yang sama.

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM

Hari ini. Keputusan SPM 2009 akan diumumkan. Di MRSM, para pelajar telah pun berteriak sakan mengambil keputusan masing-masing.

Untuk rekod. MRSM Langkawi adalah sekolah yang mencapai keputusan yang sangat baik pada tahun lepas. No.1 di Malaysia. Tahun ini?. Belum tahu lagi. Mungkin malam ini akan diumumkan.

Seronok mereka. Dengan keputusan yang cemerlang. Pandai-pandai mereka. 10A adalah keputusan yang biasa. Itulah rezeki dan berkat mendampingi ilmu. Usaha datang dari mereka sendiri, guru hanyalah penunjuk jalan. Penunjuk yang baik kepada anak-anak ini.

Kalau cemerlang, guru dijulang. Kalau buruk, guru juga disalahkan.

Pengajian di sekolah tidak sama macam sekolah swasta. Begitu juga IPT, IPTA lain, IPTS lain. Di IPTA, pensyarah ada kuasa ke atas kelas dan keputusan pelajar mereka. Yang malas akn dihukum. Datang ke peperiksaan pun dikawal. IPTS, lain cerita. Kalau pelajar gagal, yang dipertanggungjawabkan pensyarah. Pelajar diistilahkan sebagai 'pelanggan'. Customer always right!.

Jahanam pendidikan.

How To Be A Good Teacher?

by C.V.Rajan

A truly great teacher commands awe from the students and the students keep their awe on the teacher even when they grow up to become great themselves. A good teacher always commands respect from the students. A mediocre teacher demands respect from the students and manages to get it in the short run. A bad teacher never gets respect from students even if he/ she demands it.
How to be a good teacher? This is one topic even a third rate student can write about and any teacher who wants to be good teacher can get a couple of good clues even from such a writing.

(1) Love Your Profession:
No person can ever become a good teacher if he / she ends up in teaching just because he/ she failed miserably in getting any other alternative employment. In India, several post graduate degree holders, who happen to have done their PG course just because they failed to get a job after graduation, come out of the academia better qualified to be more unemployable than before! Many such persons end up in teaching profession by default, though they do not have any flair, liking for the profession nor any capability to become teachers.
It is a curse that the educational system, per se, relies just only on qualifications on paper for employing the teachers and never bothers to ascertain the positive qualities so essentially required for one to become a good teacher. Result? Countless teachers come to the profession without any love for the profession. It is just a job for them to earn their salary.
One can become a good teacher only if one has love for the profession. This love can bring in the earnestness and commitment to acquire all the other skills and qualities needed for the teaching profession.

(2) Know What You Teach:
A blind cannot lead another blind; but many teachers, who are in the dark on the topic they teach, seem to think they can shed light on it! Unless a teacher has grasped the subject he / she teaches thoroughly and can make it understandable from a student's level of grasping, he /she can never become a good teacher.
I vividly remember two of my professors who took classes during the third year of my degree course thirty two years ago. Professor Krishnamoorthy would come to the class empty handed and the subject Atomic physics would just flow from his lips like a torrent, supported by his sketches and derivations on the black board. His thundering voice, his lucid exposition, his willingness to respond to students' queries - every thing is still clearly etched in my memoryalso had Professor Tiruvengadam for the subject of Thermo dynamics. He would come to the class with a bunch of weather-beaten, dog-eared and brownish papers; perhaps they contained notes that he had jotted down during his college days! He would mumble something inaudible to most in the class and ceremoniously write down derivations on the blackboard by copying line by line from his written notes. Those days, some of my classmates had grand plans of stealing his notes from his cup-board, which could render him totally paralyzed and dumb for months, so that we could enjoy leisure hours in the college! Unfortunately we failed to muster enough courage to put our plans into action!

(3) Teach What You Know:
Knowing the subject is one thing and teaching is another. Coming down to the level of the students, explaining the subjects with practical and comprehensible examples, throwing different perspectives on the subject from different angles, providing convincing answers to the probing questions of the students - these are the skills that teachers must possess. Even if they don't have these skills today, they have to necessarily develop them for tomorrow, if at all they want to remain respectable among the student community.

(4) Accept What You don't Know:
This singular quality can make the teacher a good and respectable one, but unfortunately, many teachers do not know of it nor will their prestige ever allow them to accept their ignorance. None can ever claim ultimate mastery of knowledge on any subject. Right under the candle light, there is always a small patch of dark shadow. Present day students are very sharp and some brilliant ones may at times know a couple of things better than a teacher on a subject. If the student, intentionally or unintentionally, throws a probing question for which the teacher has no answer, the best course of action for the teacher is to accept it.
Acceptance of ignorance today at least paves the way for acquiring the missing knowledge tomorrow.

(5) Never be Vindictive:
Strange it may seem, but the reality is, the more a teacher is ignorant and the more he / she lacks teaching skills or self confidence, the more egotistic he/ she becomes! The teachers tends to use their egotism as a shield to cover their weaknesses and they display their egotism by acting tough. Unfortunately, most of the teachers fail miserably in their attempt to hold their honor in this way, but they never learn!. Particularly where such teachers have weapons to play against the students (like internal assessment marks and marks available in their hands in laboratories or in viva voce) they become shamelessly vindictive in punishing the students who "did not behave".
The more a teacher resorts to such ugly tactics, the more he/ she loses respect amidst the students.

(6) Keep the Fire Burning:
This is another difficulty in the profession. One can remain an enthusiastic and a zealous teacher for a few years. But as one grows older in the profession, lethargy and boredom settles in. This is an occupational hazard. Only those who can keep up their zeal for long by constant refurbishment and self-motivation can remain a good teacher for long.
Despite all the technological advances on one side and the overall deteriaration of value sytems on the other side, teaching profession still continues to be treated as a noble profession. If at all the nobility and respect of the profession has fallen in standards, the blame is to be shouldered more by the teachers and the educational system that supports and nurtures mediocrity in teaching profession, than by the student community. All said and done, there is always a soothing stream of good teachers flowing across the educational institutions. This stream has to be nurtured at all costs.

Wednesday, March 10, 2010

Tragedi Natrah

Natrah adalah suatu nama yang tidak asing tentang permusuhan agama dan masyarakat Melayu dengan penjajahan British. 1950, mencatat sejarah di bumi Malaya, apabila seorang anak gadis Belanda yang hidup secara Muslim bersama ibu angkatnya mahu dimurtadkan oleh pihak berkuasa British dengan menggunakan mahkamah di Singapura.

Kecaman terhadap agenda 'murtad' sudah pun bermula walaupun ketika itu masyarakat Melayu masih lagi 'jahil' tentang Islam. Namun, kerana agama mereka bangun menentang.

Kepada anda, saya nukilkan semula kronologi Tragedi Natrah bagi menyingkap kembali sejarah malang ini.

24 Mac 1937: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

Disember 1942: Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945: Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949: Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949: Polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950: Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950: Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura

24 April 1950: Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April 1950: Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950: Peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950: Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950: kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950: Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950: Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950: Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957: Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959: Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975: Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976: Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976: Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976: Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

Disember 1979: Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983: Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984: Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984: Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.

Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

Dipetik nukilan sejarah dari sini.