Thursday, September 30, 2010

Sini dan Sana

Suasana Hari Raya nampaknya kembali segar denngan coretan beberapa peristiwa. SPR pastinya akan mengumumkan satu lagi pilihanraya kecil selepas penyandang Che Hashim Sulaima dari PAS kawasan DUN Galas meninggal dunia. Kali ini. Pasti berlaku lagi pertembungan dua seteru hebat dari parti Melayu iaitu PAS dan UMNO. PAS Kelantan sudah pun mengeluarkan kenyataan yang dilihat akan bertanding di situ bagi mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihanraya umum yang lalu. UMNO juga sedemikian. Mereka akan turut meletakkan calon di sana. Walaupun kemenangan kalaupun berpihak kepada UMNO tidak membawa apa-apa kesan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Ia sedikit sebanyak bolehlah mengukur kekuatan sokongan dalam kawasan penuh dengan bangsa Melayu.

Pastinya kalaulah menang UMNO. Utusan Malaysia akan melaporkan 'kekuatan UMNO' itu dalam kawasan majoriti Melayu.

Bagi PAS. Semangat Sibu perlu dibawa ke Galas. Politik PAS tidak hanya tertumpu kepada Melayu. Ia perlu lebih dari itu.

Semangat demokerasi ini perlu diterapkan kepada masyarakat. Pilihanraya bukan menghabiskan wang dan membazir masa. Ia adalah tuntutan demokerasi. Kita perlu faham hal itu.

Galas akan menjadikan pilihanraya kecil kali ini kali yang ke-12 pernah berlaku selepas Pilihanraya Uum 2008. Antara tempoh yang paling banyak sekali pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Kes Sosilawati juga masih lagi kedengaran. Pihak-pihak tertentu yang berkiblatkan assabiyyah tiba-tiba menyalahkan Badan Guaman Malaysia. Mereka menuntut supaya diadakan tauliah semula kepada peguam di Malaysia. Bagaimana dengan polis?. Perlukah juga mereka diberi tauliah. Selepas dikatakan suspek utama sebelum ini pernah membunuh lebih daripada 20 kes. Ke mana kes-kes itu semua?. Terpadam atau tidak terpandang. Suspek juga dikatakan 'rapat' dengan pihak berkuasa. Diberi gelaran Dato untuk memasyurkan dirinya.

Kes Sosilawati juga dikaitkan dengan perkauman. Timbul pula isu 'India bunuh Melayu'. Ramai kawan-kawan menyebut 'keling naik kepala, keling jahat, dan lain-lain berkaitan dengan perkauman'.

Jangan jadi begitu kawan-kawan. Jenayah melangkui batas bangsa, kaum dan agama. Ada India yang jahat, tidak kurang juga yang baik. Begitu juga dengan Melayu. Ada Melayu yang jahat, merompak dan mencuri, membunuh dan merogol. Kita benci mereka yang sebegitu. Tidak kurang juga Melayu yang baik. Adil dan saksama. Oleh yang demikian. Janganlah kita melatah dalam isu jenayah Sosilawati. Jangan dikaitkan jenayah ke atas allahyarham dengan perkauman sempit kita.

Ketika di kampung. Saya sempat berbual dengan panjang berkaitan politik di Malaysia dengan seorang sahabat. Kami menghabiskan masa dengan berbual dan berhujah. Beliau nyata sekali tegar dengan 'Kemelayuannya'. Saya tidak menyalahkan beliau. Tidak salah mana-mana individu mempertahankan hak dan kedaulatan bangsanya sendiri. Ia tidak rasis. Apakah ia rasis bagi seseorang yang bangga, sayang dan membela bangsanya sendiri?. Kalau ada yang mengata begitu. Ia tidak tepat sama sekali.

Perbualan kami tidak tertumpu kepada politik kepartian semata-mata. Walaupun ia ada. Tetapi tidak terlalu diberi fokus utama. Cadangan menyatukan UMNO-PAS dan 'Melayu perlu bersatu' ditentang saya dengan hujah 'asas'. Apakah tujuan Melayu itu bersatu?. Untuk merompak hak Melayu lebih lagi atau meningkatkan kualiti Melayu itu sendiri. Asas apa yang hendak dipakai kalau PAS-UMNO bersatu. Islam atau Melayu?. Kalau Melayu menjadi tunjangnya. Saya rasa tidak mahu. Kerana. Melayu itu sangat terbatas. Setakat diliang lahad sahaja. Tidak tanya Malaikat di dalam lubang kubur apa bangsa kita. Di Padang Masyar kelak juga, Melayu itu tidak dihimpunkan sekali ramainya. Yang lebih mulia adalah iman dan takwa. Dari mana datangnya keimanan dan ketakwaan itu. Tentulah datang dari agama. Baik Cina, India atau Arab. Kalau ia Islam dan ketakwaannya serta keimananya diterima Allah SWT. Maka ke depanlah dia. Kalau Melayu sekalipun tetapi penuh dengan noda dan dosa. Tidak ambil masa Allah SWT menghumbankan dia ke neraka jahanam. Itu pendapat saya.

Saya setuju yang amat dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Bangsa datang secara automatik. Surah al-Hujurat, ayat 13 menceritakan kepada umat manusia betapa sememangnya Allah menciptakan manusia itu berpuak-puak dan bersuku-suku. Pelik apa Malaysia dikenali sebagai 'multi-racial' kalau ketika zaman Nabi Muhammad SAW ada 60 jenis suku Arab. Ertinya. Rasulullah SAW terlebih dahulu berdepan dengan masalah masyarakat majmuk. Tunjang apa yang Baginda gunakan menyatukan semua suku Arab ini. Jawapannya tunjang agama. Iaitu Islam. Kehadiran Islam berjaya menyelesaikan banyak masalah. Bukan pencetus. Kalau Rasulullah SAW memilih bangsa. Bolehkah hari ini ada puak-puak memekik 'Hidup Melayu', 'Ketuanan Melayu', 'Perkasa Melayu' atau lain-lain.

Hujah Melayu dekat dengan Islam juga boleh dipatahkan dengan menceritakan Tamadun China sebagai nas. Penganut Islam di China terlebih dahulu menerima Islam dan lebih ramai bangsanya yang Islam berbanding Melayu. Ada 20 juta. Boleh rujuk sebuah buku yang baik tulisan Ann Wang Seng, Islam di China. Ya. Mungkin jumlah penganut dan penerimaan Islam lebih awal tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan Islam dan rapatnya Islam dengan sesuatu bangsa. Tetapi bagaimana pula dengan amalan sesuatu bangsa tersebut dengan agamanya?. Walaupun Melayu itu dekat dengan Islam. Kebanyakkan bangsanya tidak mengamalkan ciri-ciri seoarang Islam. Mereka hanya menerima Islam sebagai heritage melalui keturunan keluarga. Hendak mencari amalan dalam diri. Tidak sama sekali. Bangga jadi Melayu. Tidak pula dengan agama.

Perbualan kami tamat dengan penghujahan saya tentang rasuah dan penyakitnya yang menyerang parti-parti Melayu. Baik PAS, baik UMNO. Minat saya kepada National Interest bukan semangat kepartian diterima baik sahabat saya itu. Walaupun kadang-kadang hujahnya mirip Ibrahim Ali. Salah seorang jagoan Melayu yang ada saham dalam syarikat tauke judi dan entiti tetap dalam MARA sebanyak RM25 juta. Itulah jagoan Melayu kebanggaan Perkasa.

Di Pulai Pinang. Seramai 40 orang warga emas memulangkan semula wang ehsan pemberian Kerajaan Negeri dengan alasan wang itu datang dari sumber haram iaitu melalui hasil cukai judi. Terima Kasih UMNO melalui khidmat terbaik ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim menjaja fitnah kepada masyarakat kampung tentang wang hasil itu. Pendapat Dr. Asri wajar dimabil kira di sini. Begitu juga di sini dan di sini.

Walaupun ditegaskan oleh Lim Guan Eng wang ehsan kepada warga emas hasil daripada lebihan wang kerajaan selepas berkimat cermat dalam perbelanjaan kerajaan. Ia langsung tidak diendahkan. Tidak mengapa. Biarkan Adun Penaga itu menanggung segalanya.

Macamlah UMNO tdiak terima wang judi!

Tuesday, September 28, 2010

Sukan 2010

Saya ke Pasir Salak 24-26 September. Membawa semangat kesukanan kami ke sana. Berjuang untuk menang. Bukan setakat bertanding semata-mata. Segala persiapan yang kami aturkan terutama pasukan bolasepak. Yang bermula persiapannya sejak April 2010 ternyata berbaloi.

Sejak 1999. Pasukan kami tidak pernah melangkah ke perlawanan akhir. Apatah lagi menang. Tetapi 2010 menjanjikan keindahan dan kenangan yang amat-amat manis kepasda pasukan bolasepak kami.

Bukan sahaja melangkah ke perlawanan akhir. Bahkan, kami melakar sejarah dengan menjuarai kejohanan Sukan MARA Zon Utara. Dan yang paling manis. Saya juga turut menyumbang 2 gol sepanjang kejohanan termasuk jaringan jarak jauh pada perlawanan akhir menentang Kolej Mara Kulim.

Terima Kasih teman-teman seperjuangan. Hasil kita bersama. Berkat doa semua warga kerja kita. Ianya begitu manis.

Teramat-amat.

Selain bolasepak. Kami juga menjuarai acara Bowling perempuan dan acara Petaque juga kategori wanita.

Tahniah semua.




Monday, September 20, 2010

Hari Raya 2010

Saya kira masih lagi dalam 'mood' Aidilfitri. Saya langsung tidak berkesempatan merakamkan ucapan Hari Raya kepada semua melalui blog. Pulang ke kampung menyebabkan kemudahan internet langsung terputus.

Hari ini saya sudah mula bekerja. Akses untuk menulis ada semula. Keriangan hari raya tahun ini tidaklah seperti tahun-tahun sebelum. Ada beberapa rumah yang saya tidak kunjungi. Termasuk, sebuah yang menjadi kewajipan kepada saya sejak tahun 2004. Saya tidak mahu mengulas hal itu. Biarkan dahulu. Yang pasti. Kehidupan dan tanggungjawab sebagai manusia harus dilalui dengan tenang. Ada hari 'mereka', ada hari saya. Biarkan terhenti buat seketika. Yang baik pasti akan dimakbulkan Allah SWT. Yang buruk sudah tentu kita perlu hindari bersama.

Syawal kali ini juga sedikit terubat dengan himpunan sahabat-sahabat lama dari SMKK. Rakan-rakan sekolah mengatur beberapa atucara bermula dari 30 Ramadhan di Seoul Garden berbuka puasa sehingga ke 2 Syawal di rumah teman kami bersekolah dahulu. Di sana kami berkumpul. Yang berkahwin mengusung isteri dan anak. Yang bujang bergaya dengan kemewahan hasil kerjaya. Tidak sangka semuanya. Nakal di sekolah dahulu menjadikan kami akrab dan mesra. Walaupun setahun sekali. Tetapi ia cukup manis dan bermakna. Apatah lagi dengan hati yang terluka. Sedikit sebanyak mengubat rasa gundah gulana itu.

Dengan kesempatan yang ada. Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh teman-teman, rakan dan sahabat sejak saya mengenali mereka sehingga hari ini. Semoga persahabatan kita semua akan terus terjalin dan utuh walau apa pun yang terjadi. Segala kesilapan di dunia ini, saya memohon sejuta keampunan dari hujung rambut ke hujung kaki. Janganlah kerana kesalahan yang tidak terduga dalam hati menyebabkan kita tidak menjadi mesra semula.

Begitu juga kepada yang tersayang. Semoga hubungan kita akan terus diberkati dan direstui. Semoga kesilapan lalu dijadikan teladan dan iktibar sehingga akhir hayat kita. Jangan ditangisi hari lalu. Tetapi bangkitlah menjadi manusia yang kuat jati dirinya.

Selamat Hari Raya.






Thursday, September 2, 2010

Hari Saya

Satu hari saya berfikir. Berfikir tentang masa depan saya. Yang belum ada sebarang penamat kepada penghujung. Entah bila diri saya akan terus begini. Terus mengamalkan dosa-dosa kecil. Disamping, melakukan dosa-dosa besar. Dikelilingi mereka yang alim. Tidak sedikit pun meleturkan diri saya menjadi seperti mereka. Malang sekali. Ramadhan yang saya lalui depan mata. Tidak mengubah apa-apa.

Keadaan kewangan semakin tenat. Menunggu jawapan yang belum kunjung tiba. Walaupun saya ada matlamat sendiri. Namun semuanya sia-sia. Saya hanya gunakan bekalan kewangan yang saya tunggu untuk melabur dalam mana-mana saham yang sah selepas ini. Pada asalnya. Pinjaman tersebut untuk tujuan lain. Tetapi semalam saya mendapat jawapan yang tidak berpihak. Saya mengamati satu per satu. Kesemuanya. Saat saya dahagakan teman untuk berbicara. Saat itu juga saya hilang dalam sekelip mata. Ianya menjadi penghujung kepada saya. Segala budi yang ditabur. Dibalas dengan pengkhianatan yang maha berat. Tidak dipedulikan sesiapa. Putus yang dipinta.

Emak saya hanya berdiam. Ia tidak berkata apa. Saya anak yang paling rapat dengannya. Segala urusan peribadi saya akan berkongsi dengannya. Emak adalah individu yang paling memahami saya. Jauh atau dekat. Dia sentiasa bersama dengan saya. ‘Sabarlah’. Saya selalu lali dengan nasihat itu. Mungkin ia agak berbeza kali ini. Tahun 2005 saya pernah menerimanya sekali. Saat saya menghitung hari lahir yang ke-20. Saya menerima hadiah yang paling berharga. Saya ada ukirkan di dalam buku hitam yang saya tulis segala kenangan manis dan menyakitkan di dalamnya. Hanya saya yang mengetahui saat-saat itu. Hadiah dari ‘individu’ yang sama.

Seburuk-buruk daging, kalau dibasuh boleh dimakan jua. Seburuk-buruk manusia, kalau jahat mati masuk neraka.

Seburuk-buruk saya, saya tahu akan kelaku itu. Yang membuatkan saya sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa. Sekurang-kurangnya saya sudah berhenti dari melakukan kejahatan yang paling hina. Sekurang-kurangnya saya sentiasa berusaha. Mengecapi apa yang orang lain pinta. Saya berusaha mendapatkannya. Walaupun kadang-kadang ia membebankan tetapi saya sentiasa berusaha.

Saat itu juga. Saya hilang segala-galanya. Mungkin. Selepas ini saya patut menghargai orang lain pula. Menerima seseorang seadanya. Cinta?. Satu perkara yang saya berhenti dari melakukannya sejak 6-7 tahun yang lalu. Mungkin orang tidak tahu. Manusia jahat kadang-kadang lebih setia dari si betina yang berkelumbung tubuhnya. Ibu yang baik adalah yang mendorong anaknya menghargai ‘sesuatu atau seseorang’. Bukan penghasut kepada kemusnahan.

Saya tidak berkata sesiapa. Jangan nanti ada yang terasa. Mengata saya mengata keluarganya.

Saya cuma insan yang hina. Menulis apa yang saya rasa.

Saya tidak berkesempatan lagi membelek baju raya tahun ini. Masalah yang bertimpa-timpa membuatkan ‘mood dan feel’ raya hilang begitu sahaja. Walaupun puasa saya lebih baik dari sebelum-sebelum ini. Diisi dengan terawih tadarus al-Quran. Ia tidak membawa apa-apa makna kepada saya. Ianya terasa begitu terasing dan leka. Hari-hari berjalan dengan cepat sekali. Tanpa saya sedari.

Apa yang akan berlaku esok?. Jam 4 pagi tidak membawa saya ke katil untuk beradu. Mata saya segar sekali menunggu waktu sahur dan subuh. Esok adalah hari terakhir saya bekerja. Lusa saya ke kampung. Walaupun saya tidak gembira. Cuti saya perlu isi dengan kerja-kerja yang berfaedah. Set soalan peperiksaan untuk subjek pengajaran saya perlu disiapkan menjelang 21hd. 23hb saya bersama teman-taman guru akan melangsungkan ‘Program Santai PMR’. 24hb saya ke Pasir Salak. Sukan MARA Zon Utara. Padat dan menyerokkan. Sekurang-kurangnya ia boleh melupakan saya pada kenangan yang menyakitkan.

Atau terus melupakan. Manusia jahat dikeliling saya. Melupakan mereka yang berjasa. Sebagaimana mereka cuba melupakan saya.

Apa perlu saya meratap pada benda yang tiada.

Bukankah kita manusia perlu hidup selagi nyawa dikandung badan. Nafas yang tidak ternilai perlu diisi dengan kegembiraan. Bukan meratap hina pada insan yang sedang membina tembok pemisah untuk melupakan segala penat dan lelah. Segala budi dan jasa.

Dengan siapa ‘mereka’ berjalan?. Masihkah dengan saya atau tangan yang lain memimpin dengan jiwa pemenang.

Benarkah itu semua perlu saya hadapi.

Lukakah hati ‘mereka’ dengan pertolongan. Atau ‘mereka’ sudah berjumpa dahan. Yang boleh ditumpang buai selepas ini. Lukakah hati ‘mereka’. Perlu diubati dengan perpisahan.

Bagaimana saya sendiri?. Tidak lukakah?. Atau bergembirakah saya?

Perlu diubatkah?. Atau bertindak seperti ‘mereka’. Merancang membalas dendam.

Menyakitkan hati bila difikirkan. Bukankah pernah nama saya jadi sandaran. Menyelamatkan sebuah perniagaan.

Barangkali itu tidak seperti jasanya yang boleh dihitung dengan jari-jari yang dijilat lidah.

Kegembiraan melihat kemusnahan dan kesakitan orang lain. Kadang-kadang memuaskan hati.

Tentu ‘mereka’ sedang merasai saat itu.

Lihat sana!. Ada banyak rama-rama berterbangan. Pilihlah satu. Barangkali cantik kalau diletak di dalam balang.

Jangan diambil kupu-kupu hitam. Cantik diluar, racun di dalam.

Semua untuk saya. Bukan untuk ‘anda’.

Wednesday, September 1, 2010

Saat Kita

Menyimapn rahsia kadang-kadang sesuatu yang menyakitkan. Menipu dan berbohong pula kadang-kadang menyeronokkan. Berterus-terang adalah sesuatu yang susah sama sekali hendak kita lakukan.

Manusia kadang-kadang memilih menipu terlebih dahulu. Selepas terbongkar, diambil masa untuk menjelaskan dengan berterus-terang. Samada diterima atau tidak. Bergantung kepada penipuan yang dilakukan. Samada anda pernah atau tidak. Kita semua pernah menghadapinya.

Pelbagai alasan diberikan bagi menyenangkan pihak yang berada disekeliling kita. Kadang-kadang kita perlu menipu untuk menjaga suasana yang hormoni itu. Tidak mahu melukakan hati sesiapa atau menyinggung perasaan orang tertentu. Maka, berhadapan dengan individu yang kita tidak suka juga, kita diajar supaya senyum dihadapannya. Lainlah bagi mereka yang betul-betul bersikap waja. Masam muka pun tiada masalah. Betul-betul ditunjukkan raut wajahnya dihadapan orang yang dia tidak suka. Mengumpat mengata adalah salah satu ekpresi dirinya melepaskan kemarahan dan kebencian terhadap orang yang tidak disukainya.

Keselesaan kita bekerjaka selain dari gaji adalah suasana sekeliling yang menggembirakan hati. Terasa begitu seronok sekali dapat ke tempat kerja sekiranya kita menyukainnya. Bahagia sekali bekerja dengan orang-orang yang kita suka.

Manusia tidak sempurna. Berbohong dan berterus-terang adalah cermin wajah kita pada orang ramai. Samada kita bersedia untuk menipu atau tidak adalah risiko yang kita perlu hadapinya.

Pernah suatu ketika. Ketika kita rapat dengan seseorang. Bercerita dan berkongsi saat-saat suka. Kita bercakap terlalu banyak tanpa kita sedari kita menipu sebenarnya. Apabila saat kita sedari itu. Kita memilih untuk berterus-terang tanpa menipu lagi. Saat kita berterus-terang itulah kita kehilangan semua saat-saat yang saya sebutkan tadi. Hilang temapt bercerita dan berbual mesra. Hingga sekelip mata keranag kita memilih untuk berterus-terang dan tidak mahu menipu lagi. Kita hilang kerana bercakap benar dari menipu.

Kedua. Saat ketika yang sama. Kita memilih untuk berterus-terang dan tidak mahu menipu dari peringkat awal sebelum terjadi apa-apa. Jalan yang dipilih ini dilihat bagi membendung diri dari terjebak dengan penipuan dan masalah-masalah lain yang boleh menyakitkan hati sesiapa dan mengundang rasa kurang senang orang-orang tertentu. Namun, kadang-kadang cara ini lebih menyakitkan pihak yang berterus-terang pula!. Kita mulakan dengan langkah kanan, dihulur tangan kiri menyambut persengketaan. Tidak mahu bertegur sapa atau berbual mesra. Seolah-olah kita telah melakukan satu dosa dengan berterus-terang. Tidak cukup dengan itu. Kita dipandang serong oleh teman-teman yang lain. Hasil hasutan pihak yang menerima penjelasan tetapi menyatakan ia pembohongan pula disiang hari.

Kita memilih untuk semua itu.

Apa kata kalau kita berbohong dan menipu untuk mendapatkan kebahagiaan dan kegembiraan semua orang?

Rasalah sendiri. Ia sangat nikmat. Nikmat mendapat kebahagiaan dan kegembiraan dengan cara menipu dan berbohong.

Sekiranya ia diketahui sebagai berbohong atau menipu. Anda terangkankah satu situasi yang menyebelahi pihak anda tanpa berselindung apa-apa.

Kadang-kadang anda tidak hilang apa-apa.

Saya stress sebenarnya.

Sebab itulah saya tulis perkara yang sendiri tidak tahu apakah betul atau tidak melepaskan satu tekanan di dalam otak yang semakin bercelaru. Bercelaru dengan macam-macam perkara. Kadang-kadang yang memaksa tidak tahu betapa susah diri kita mendapatkan apa yang mereka mahu. Saya selalu terfikir. Perlukah kita memaksa diri menggembirakan hati orang lain?. Bagi menjaga 'maruah' individu-individu tertentu. Kita melakukan perkara yang kita sendiri masih ragu menyatakannya.

Benarkah kita wajib mengahwini orang yang kita cintai?

Atau orang yang kita sukai?

Benarkah jangkasama percintaan yang lama tidak menjamin apa-apa?. Atau sekali jumpa boleh berputik rasa suka dan berkahwin sekelip mata?

Bagaimana kalau kita tersalah memilih pasangan dan menyedarinya selepas berkahwin?. Bolehkah kita berpatah balik untuk keselesaan diri sendiri?

Bagaimana kalau kita bercinta dengan yang lain dan berkahwin dengan yang lain?. Saat selepas kita berkahwin kita masih merindui orang yang kita cintai, merindui saat-saat bersama dan segala kenangan kita bersamanya sedangkan isteri di depan mata?. Kita hanya berkahwin dengannya. Namun, hati pada yang lain?

Bolehkah begitu?

Bolehkah kita berkahwin dengan sesiapa sahaja tanpa melihat latar belakang dirinya dan keluarganya?

Bolehkah kita hidup bahagia dengan individu yang kita tahu akan sikap buruknya ketika berteman?

Bagaimana dengan individu yang tidak tahu asal usulnya tetapi kita mengahwininya?

Apakah yang terjadi sekiranya kita salah memilih pasangan. Bolehkah kita menyesal?

Bolehkah?

Bolehkah kita pada suatu masa nanti. Terserempak dengan bekas kekasih yang sudah pun berumahtangga dengan orang lain dan hidup bahagia, sejahtera dan gembira?. Cemburukah kita?

Atau.

Kita terserempak dengannya dalam keadaan dia hina dan miskin papa kedana. Dipukul dan menderita. Merempat merata-rata. Kasihankah kita?. Oleh kerana kita meninggalkan dirinya dan berkahwin dengan yang lain membuatkan dia mendapat lelaki yang durjana. Menyiksa bekas kekasih kita. Timbulkah perasaan menyesal pada waktu itu. Kerana diri kitalah, dia jadi sebegitu. Kalau kita mengahwininya tentu tidak jadi sedemikan.

Bolehkah kita merasai penyesalan itu?. Bolehkah kita meratapi kesalahan tersebut?

Saya selalu fikirkan hal itu semua.

Malang.

Semua bekas teman wanita saya sejak dibangku sekolah sudahpun melangsungkan perkahwinan mereka. Ada juga yang berkahwin dengan rakan-rakan sendiri. Tiada seorang pun yang tidak bahagia. Semuanya bahagia dan gembira.

Sedangkan saya selalu memikirkan nasib mereka. Takut. Takut kerana saya mereka terjadi yang bukan-bukan.

Hanya saya sebenarnya.

Sedangkan mereka berkahwin pun tidak menjemput.

Saya tidak menyesal walau sedikit pun kerana hal itu. Atau bersedih dengan kejadian itu.

Tahniah. Mereka menjumpai lelaki yang menerima mereka dan mereka menerima untuk berkahwin tanpa perlu fikir apa-apa.

Bolehkah saya juga berbuat demikian?

Berkahwin tanpa rasa bersalah atau menyesal sebagaimana mereka?

Saya tidak tahu.

Selamat Hari Merdeka!

Tanggal 31 Ogos 2010 yang lalu. Bergemalah seluruh negara dengan laungan 'Merdeka' di mana-mana. Sekiranya diukur dari saat kita mencapainya pada tahun 1957. Maka ia berumur 53 tahun Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dari tangan British. Saya tidak menyebut Malaysia. Kerana, kita perlu membezakan bagaimana Tanah Melayu dan Malaysia ditubuh menjadi Persekutuan dalam senario dan tarikh yang berbeza. Boleh rujuk buku teks Sejarah Tingkatan 3.

Walaubagaimanapun. Tarikh 31 Ogos sentiasa disambut sebagai Hari Kemerdekaan negara sepanjang masa. Ia selalu dan kerap disebut sebagai 'Kemerdekaan Malaysia'. Tahniah dan syukur kepada Allah SWT yang melimpahkan keamanan negara kepada kita. Sepanjang tempoh 446 tahun dijajah bangsa Eropah dan Jepun. Kita masih utuh hari ini sebagai sebuah 'Nation State' yang berjaya. Dihimpit dengan pelbagai kemaslahatan yang bertimpa-timpa. Tetapi kederat negara masih menjadi tunjang utama kita berdiri dengan kaki sendiri.

Justeru itu. Saya mengucapkan 'Selamat Hari Merdeka' kepada semua rakyat tanah air yang bersama-sama meluangkan masa menyambutnya di mana-mana sahaja. Dengan suasana sambutan yang kadang-kadang berbeza. Forum, seminar, konsert, tayangan perdana, nyanyian sajak, konvoi bermotor, berbasikal atau kereta. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia mengingati. Sebagai peminat sejarah. Saya melihat keseronokkan itu.

Memperolehi kemerdekaan tidak sama dengan mempertahankan kemerdekaan. Junjungan rakyat dan masyarakat kadang-kadang alpa dan leka dengan ancaman yang boleh merosakkan nilai kemerdekaan yang kita perolehi secara tenat itu. Maka, perlunya pendidikan secara menyeluruh dan ingatan sentiasa daripada kerajaan kepada rakyat Malaysia agar mengutuhkan ikatan kita bersama bagi sentiasa berpakat mempertahankan kemerdekaan negara ini. Selain dari Barat. Ancaman juga boleh datang dari bangsa dan dalam negara kita sendiri. Bersama-samalah kita memeliharanya.

Seterusnya, ucapan 'Kemerdekaan' juga harus kita halakan kepada 'Hero-hero Negara' yang kadang-kadang nama mereka kita tidak senaraikan di dalam poster kemerdekaan kita. Hero-hero itu antaranya ialah Dr.Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Mohammad, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin, Dr. Zulkifli Mohammad, Dato' Onn bin Jaafar, Abu Samah Abu Kasim, Suriani Abdullah, Kamarulzaman Teh, Ibrahim Chik dan lain-lain.

Semoga roh mereka dirahmati Allah SWT. Dan segala jasa dan keringat mereka menentang penjajah negara baik dari dalam dan luar negara mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa dan diingati sebagai jihad dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Amin.