Wednesday, June 30, 2010

Pos Malaysia pulak....


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Adam Kadir hari ini bagi menjelaskan mengenai tuduhannya sebelum ini mengenai kerugian Pos Malaysia.

Azmi Khalid, suami kepada Normala Samsuddin itu. Yang juga pengerusi PAC akan memanggil Tan Sri Adam Kadir bagi menjelaskan tentang pendedahan beliau yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian hampr RM546 juta.

Untuk makluman. Tan Sri Adam Kadir adalah Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Pakku).

Molek benar. Kalau bukan dari UMNO siapa lagi?.

Saya tidak menuduh UMNO yang merugikan Pos Malaysia. Tetapi ia tercatat begitu. Bahkan, berita ini juga saya petik dari kenyataan Azmi Khalid yang juga Ahli Parlimen UMNO, kawasan Padang Besar. Beliau yang berjawatan sebagai pengerusi PAC pasti tahu benar akan hal tersebut.

Selepas saya berkongsi maklumat berkenaan dengan kerugian Sime Darby dan Felda. Saya juga meneliti sebuah lagi GLC yang bakal melingkup untuk masa yang akan datang!

Mungkin inilah wawasan yang kita sasarkan.

Jadi. Kalau Idris Jala sibuk dengan mengatakan bahawa Malaysia bakal bankrap sekiranya subsidi minyak dikekalkan kepada rakyat terbanyak. Beliau juga patut menasihati bosnya supaya belajar berjimat dan jangan merompak harta syarikat.

Kalau pemimpin UMNO tidak mengamalkan rasuah. Bukan hanya subsidi minyak dapat dikekalkan. Bahkan, biasiswa JPA dan MARA juga wajar dikekalkan.

Akibat hawa nafsu buruk kelaku merekalah. Kita rakyat akan terus ditekan dan tertekan.

Mereka sedap-sedap berbelanja, kita yang patut ikat perut menyelamatkan wang negara.

Bodoh tidak boleh diajar, pandai tidak boleh diikut!

Bankrap Malaysia!

Berkaitan:
Siapa belasah Wang Pos sampai kerugian?
Istana Negara: Bukan RM811 juta tapi......
UMNO Putera keringkan wang Felda

Tuesday, June 29, 2010

Kontraktor Berwibawa untuk UMNO


Kontraktor yang sama. Yang meruntuhkan stadium bernilai RM300 juta di Terengganu dilantik sebagai kontraktor untuk membina Istana Negara yang baru di Jalan Duta.

Menurut Kementerian Kerja Raya. Kontraktor terbabit yang mendapat aduan kononya tidak membayar gaji kepada pekerja asing akan disenaraikan hitamkan pada masa akan datang.

Betapa marahnya Menteri terbabit setelah dia tahun kontraktor itu tidak membayar gaji. Katanya, dia bersimpati dengan pekerja asing yang mengerah tenaga pekerja asing tanpa membayar gaji.

Saya suka simpati bodoh yang dipamerkan menteri terbabit.

Cuma saya hairan. Mengapa menteri itu tidak menyenarai hitamkan kontraktor berkenaan yang pada pengamatan saya adalah kontraktor yang gagal sama sekali dari sudut pembinaan dan sivil.

Apakah tidak ada sebarang tindakan susulan, hukuman atau denda kepada kontraktor terbabit yang membina sebuah stadium kegunaan rakyat yang bernilai RM300 juta tidak mampu bertahan selama setahun!.

Stadium yang runtuh itu disaksikan semua pihak. Baik Agong, Sultan, Raja-raja Melayu, Perdana Menteri, Tim.Perdana Menteri, SPRM dan lain-lain agensi kerajaan.

Sudahlah kerajaan membazir dengan membina stadium yang begitu mahal. Selepas dirosakkan, mereka lantik pula kontraktor yang sama bagi projek Istana Negara yang bernilai hampir RM800 juta. Dan, barangkali nilai projek ini akan bertambah lagi. Nilai tambah bagi projek anjuran BN adalah suatu yang wajib dan bukan pelik.

Sesuatu projek yang harganya RM100 ribu boleh jadi RM200 ribu. Itu perkara biasa. Kerana. Sebelum wang pembiyaan projek tersebut sampai ke tangan kontraktor yang dilantik kerajaan. Biasanya ada biawak yang akan hisap wang tersebut untuk menambah kekayaan. Ini dipanggil 'ketirisan dan kebocoran'.

Maka. Tahinahlah kerajaan BN. Terutama UMNO.

Kontraktor ini pasti ada keistimewaanya yang tersendiri.

Manakan tidak. Sudahlah dia sapu RM300 juta untuk stadium runtuh. Sekarang dapat pula projek baru bernilai RM800 juta.

Jangan nanti ada pula yang terbunuh di Istana Negara dihempap bumbung dan tiang-tiang seri bangunan.

Berdoalah untuk keselamatan Yang Dipertuan Agong.

Nak Lompat? Silakan


Saya harap penyokong PKR tidak marahkan 4 Adun dari Selangor yang kesemuanya dari PKR yang berhajat untuk melompat. Ura-ura ada menyebut. 4 Adun tersebut 'kecewa' dengan pucuk pimpinan PKR yang masih mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB di Selangor.

Apa masalah Khalid Ibrahim. Saya tidak pasti. Yang saya tahu. Sejak dilantik memegang kerusi MB Selangor. Semuanya berjalan dengan baik. Kalau ada pun isu. Ia dapat dikenal pasti sebagai permainan dari UMNO/Bn. Semuanya dari mereka.

Alih-alih. Tatkala UMNO semakin mendiamkan diri dek kerana kehilangan isu. PKR pula yang cuba menjadi 'musuh dalam selimut' untuk mengucar-kacirkan kerajaan PR di Selangor.

Isu lompat ahli PKR semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kita menyaksikan bagaimana 2 Adun PKR lah yang menjadi 'katak' segera menjatuhkan Kerajaan PR di Perak.

PKR juga menjadi pelakon utama dalam isu lompat di Kedah pada bulan yang lalu. Sehingga menyaksikan kerajaan PR terpaksa mengadakan ceramah umum menafikan perkara tersebut.

Sekarang di Selangor.

Umum mengetahui. Kebanyakkan ahli-ahli PKR datangya dari UMNO. Sifat, kelakuan, tabiat, gerak kerja, penampilan dan gaya mereka begitu sinonim sekali dengan UMNO. Mereka rata-rata, baik Presiden, Naib Presiden sehingga ke Majlis Pimpinan parti pernah menjawat jawatan baik dalam UMNO ataupun kerajaan. Sudah tentu sifat tamak, iri hati dan dengki. Sifat membunuh karier politik seseorang wujud dalam gaya politik mereka. 'Political Style' itu tidak dapat tidak terhindar dari mereka.

PAS dan DAP adalah parti pembangkang sejak dari 1955 hingga 2008. Dalam tempoh Pilihanraya Umum tersebut. Kedua-dua parti ini adalah parti pembangkang utama di peringkat persekutuan. PAS mempunyai pengalaman menjadi menteri tatkala bergabung dengan BN selepas 1969. Selepas itu, PAS ditendang dari BN pada tahun 1974. Semenjak itulah YAB Tn. Guru Nik Aziz membenci UMNO hingga hari ini. Luka itu terlalu pedih buat beliau. Hanya UMNO sahaja yang melupai sejarah hitam tersebut. Bukan PAS.

Jadi. PKR sememangnya mempunyai pengalaman sedemikian rupa. Pernah menjadi TPM atau sekurang-kurangnya setiausaha kepada menteri ataupun jawatan tertinggi di dalam UMNO.

Atas sifat itulah mereka cuba menjadikan pentas PR sebagai platform menterjemahkan gaya politik itu. Takdir Allah SWT menjadikan PKR mendapat kerusi Parlimen paling banyak dari kalangan PAS dan DAP. Walaupun usia parti PKR jauh lebih muda dari kedua-dua parti rakan mereka.

Kedudukan sebagai Ketua Pembangkang dan ketua kerajaan di Selangor menterjemahkan lagi sifat tamak dan gaya politik jahat yang selama ini terbiasa di amalkan dalam UMNO menjadikan PKR watak penting dalam PR dan Selangor. Kemajuan dan kekayaan Selangor tidak semegah di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Takdir Allah SWT, sekali lagi menyaksikan PKR berjaya menawan negeri kaya itu walaupun PAS lah yang bertungkus-lumus di Selangor sebelum pilihanraya 2008 lagi.

Sekarang. Apabila mereka mendapat kuasa dan pangkat. Bukan hasil parti sendiri. Sebaliknya dari sokongan dan dokongan PAS dan DAP. Sifat jahat dalam UMNO cuba hendak diterjemahkan di Selangor. Saya percaya ia ada kena mengena dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor yang baru. Team Azmin katanya cuba menjatuhkan Khalid Ibrahim. Mereka mahu sungguh merampas kuasa sebagai Ketua Kerajaan di Selangor.

Apakah ini bukan sifat UMNO?. Yang sejarahnya dapat kita lihat di Perlis dan Terengganu. Begitu juga di Kelantan ketika PAS ditendang dari BN dahulu?.

Apakah ini tindak tanduk PKR atau ada 'watak' penting musuh yang merencanakannya.

Biarlah mereka lompat. Lompatlah semahu-mahunya. PKR adalah saki baki UMNO. Kejahatan mereka begitu terserlah selepas mendapat kuasa sejak Mac 2008.

UMNO sepatutnya menjadi sasaran PR tatkala Pilihanraya Umum ke-13 semakin menghampiri. Bukan berbalah sesama sendiri. Kalaupun ada silap di pihak MB Khalid Ibrahim. Apa salahnya menggantikannya selepas Pilihanraya Umum nanti?. Kalaupun PR tumbang di Selangor pada pilihanraya mendatang. PKR boleh merencanakannya ke masa-masa yang akan datang.

Kalau hendak melompat kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan. Itu hanyalah kerja bodoh. Khianat dan tidak bermaruah.

Kalau hendak melompat juga. Lompatlah!.

Biar rakyat saksikan. Betapa bodohnya PKR. Sama seperti UMNO.

Jangan marahkan mereka. Sebaliknya jangan kita undi PKR lagi pada masa akan datang!

Felda: Debat Terbuka untuk Ahmad

Ahmad Maslan telah diajak berdebat secara terbuka bersama Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) dalam isu Felda.

Jawapan demi jawapan yang diberikan Ahmad Maslan semakin memecahkan kebuntuan rakyat terbanyak tentang kehilangan wang Felda sebanyak RM2.73 billion itu. Kantung Felda yang disebut Rizab Tunai susut nilainya dari RM4.08 billion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 billion pada tahun 2009.

Kehilangan wang tersebut menjadi tanda tanya?.

Atas desakan semua pihak. Ahmad Maslan muncul untuk memberikan jawapan bagi membela kerajaan.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan kewangan itu, jelas Ahmad Maslan ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

Itu jawapan Ahmad.

Bagi Anak pula. Mereka mempertikaikan keseluruhan perbelanjaan yang dijelaskan kerajaan.

Mazlan Aliman sebagai pengerusi pertubuhan menjelaskan, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.

"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.

Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.

"Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

Ini jawapan dari pihak yang mewakili Peneroka.

Kedua-dua pihak mempunyai jawapan yang berkehendakan kebenaran bagi membela kedua-dua sumber.

Apa yang mengharaikan cuma satu.

Sepanjang 2004-2009 tidak adakah sebarang keuntungan yang dicatatkan Felda bagi memacu nilai rezab tunainya itu?

Sepangjang 5 tahun, Felda berjaya mencatat kemerosoton rizab tunai daripada keuntungan?

Saya bukan tidak percaya Ahmad Maslan.

Cuma bertanya. Saya pergi kerja dalam sektor perladangan dan ada rakan-rakan dari Felda. Cerita 'kejatuhan' Felda ini saya sudah mendengarnya sekalian lama.

Gambar Menarik



Sunday, June 27, 2010

Motivasi ke Arah Kecermelangan

Pada Khamis, Jumaat dan Sabtu yang lalu. Saya bersama teman-teman guru dengan gerakan diketuai Kauselor sekolah telah mengadakan Kem Motivasi PMR dan SPM 2010. Kem yang berlangsung di Kem PLKN, Beringin itu antara program milik penuh Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam sesi membangkitkan kesedaran dan keyakinan dalam usaha memacu para pelajar bertindak cemerlang pada peperiksaan PMR dan SPM yang menjelang tiba.

Saya sebagai salah seorang jawatankuasa bertindak dari sudut keselamatan. Berada di sana sepanjang program berlangsung.

Program yang dimulakan dengan sesi input subjek berakhir dengan sesi 'brainwash' itu berjalan dengan penuh suasana yang meriah.

Sesi 'brainwash' adalah sesuatu yang lazim. Yang biasa digunakan untuk membangkitkan rasa kesedaran yang tinggi kepada para pelajar.

Motivator di mana-mana. Sentiasa menggunakan platform yang sama. Mengaitkan lagu-lagi harmoni, video klip bercorak keinsafan, elemen kerohanian dan wajah-wajah ibubapa bagi tujuan tersebut. Pengisian bercorak keinsafan itu dialunkan senada dengan malam hari yang dingin. Bercampur pula senjata 'psikologi' dengan ucapan-ucapan berbaur 'kemarahan, menengking, maki hamun, cabar-mencabar'.

Ia akan memaksa para pelajar untuk menangis dan mengharapkan keinsafan.

Sejak saya bersekolah. Inilah pendekatan yang sering digunakan para motivator. Membangkitkan rasa keinsafan, mengharapkan tangisan dan kesedaran.

Platform ibubapa dan agama digunakan sebagai bahan yang utama. Setuju atau tidak. Kita manusia sentiasa cepat tersentuh jika disebut ulang hal ibubapa yang melahirkan dan membesarkan.

Disulam pula dengan aluan nada melodi muzik yang sedih. Pada saat jam 2 pagi. Suasana yang hening itu. Mampu membuatkan para pelajar ini menangis teresak-esak. Berazam untuk berubah. Meningkatkan mutu akademik. Berjanji dengan penuh iltizam dan keyakinan. Untuk membanggakan kedua ibubapa mereka. Dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Sejauh mana kejayaan itu?

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui tahu akan hasilnya.

Saya sendiri merasakan kami mampu. Mampu mengulang lagi sejarah apada 2007 dan 2008. Selaku sekolah terbaik SPM. Yang hierarki kehebatannya merudum ke tangga ke-8 tahun lepas seluruh Malaysia. Mampu bangkit sebagai penghulu kejayaan pada tahun ini.

Dengan berkat program dan kesungguhan. Kami mencabar diri kami sendiri mengulangi sejarah yang hebat itu.

Mengharapkan para pelajar terus bersama mengorak langkah. Tidak menjadikan air mata titisan mereka sebagai 'retorik' semata-mata. Berazam mengulangi sejarah abang-abang dan kakak-kakak mereka menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang.

Kami berusaha ke arah itu.


Ahli Jawatankuasa program


Pelajar-pelajar SPM 2010 yang bakal mengulangi sejarah pendidikan negara


Simpang Tiga di Pantai Beringin

Thursday, June 24, 2010

Wahabi dan JI, Hadi dan Asri


Susulan taklimat tertutup Kementerian Pelajaran dengan dihadiri Naib Canselor seluruh universiti di Malaysia. Dihadiri juga pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia. Dengan kehadiran penceramah yang memberi taklimat kepada seluruh hadirin yang hadir, Zamihan Mat Zain. Taklimat berkaitan wujudnya gerakan bawah tanah, pengganas, eksterimis agama di peringkat universiti di Malaysia.

Taklimat berkaitan gerakan tersebut juga. Mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru Dato'Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, bekas mufti Perlis, Dato'Asri, bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan juga Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya. Kononya mereka berempat adalah pengikut Wahabi. Dan wahabi ini juga ada kaitan terus dengan gerakan pengganas yang menjadi musuh utama kepada Amerika dan Barat.

Asas tuduhan itu adalah kerana mereka ini adalah pengikut Wahabi. Pokok isu yang mengatakan wahabi ada kaitan dengan JI belum lagi jelas. Bahkan, penangkapan demi penangkapan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri terhadap guru-guru agama, pelajar pondok dan tahfiz sebelum ini dengan tuduhan mereka menganggotai pertubuhan pengganas juga sehingga ke hari ini belum lagi dapay dibuktikan di mana-mana mahkamah terbuka di Malaysia. Mereka hanya dituduh oleh KDN, ditangkap dek polis dan dihumbankan ke dalam ISA. Tanpa menggunakan apa-apa pertuduhan. Hanya Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain berita menjadi hakim memutuskan mereka bersalah, pengganas, JI dan lain-lain.

Hari ini pertuduhan sebegitu rupa terhadap ulama muncul semula. Haji Abdul Hadi dan Dato'Asri adalah ulama semasa. Bergiat aktif dalam politik dan gerakan-gerakan Islam diseluruh dunia. Dr. Juanda pula adalah mufti Perlis hari ini. Juga boleh dikategorikan sebagai ulama. Kalaupun tidak, boleh dipanggil ustaz.

Pertuduhan itu pula dibuat di Kementerian Pengajian Tinggi.

Apa asas mereka menuduh Hadi dan Asri sebagai pengikut Wahabi?.

Atas alasan apa pula menuduh Wahabi itu sesat?

Dan kaitannya dengan gerakan pengganas dan ekstremis agama, JI dan lain-lain.

Kegiatan keganasan ini adalah modal Amerika Syarikat dan Barat untuk terus menerus menutup kesalahan mereka menyerang umat Islam diseluruh dunia.

Atas memerangi pengganas, Amerika Syarikat dan Barat membunuh umat Islam di Palestine, Iraq, Afghanistan, Chechnya, Tak Bai. Hari ini pula agenda itu berterusan ke Malaysia.

Apakah ini satu lagi nasihat dari Yahudi Apco Worlwide kepada kerajaan dan Najib Tun Razak untuk memerangi ahli agama, ulama dan pemimpin pertubuhan Islam yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia?.

Atau ini juga cubaan Najib Tun Razak untuk memerangi musuhnya dengan cara kotor dan berhadapan dengan isu keganasan bukan 'political fight' yang diamalkan sebagai ahli politik?

Atau ini cara kerajaan mengalihkan isu-isu negara seperti kehilangan kantung Felda sebanyak RM2 billion, kehilangan enjin jet TUDM, skandal kapal selam, pembunuhan Teoh Beng Hock, A.Kugan dan adik Aminul Rashid, judi bolasepak, rasuah, gejala sosial, kenaikan harga barang, penarikan subsidi minyak, biasiswa JPA yang akan dimansuhkan dan lain-lain.

Nampak gayanya kita sebagai rakyat hanya mampu tersenyum sahaja. Bertanya pun tiada jawapan. Ada jawapan pun macam 'sarkas' sahaja.

Ada juga di Kelantan. Orang UMNO menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini sebagai pengikut Wahabi dan ahli wahabi. Dijawab dengan baik oleh YB Nik Amar dalam ceramanya.

"Ya sungguh, Tok Guru ni wahabi, Najib Tun Razak pula ahli sunnah wal-jamaah sebab tu isteri dia tak pakai tudung!"

Wednesday, June 23, 2010

Selamatkan Malaysia

Misteri kehilangan wang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus menerus menghantui negara.

Selepas Sime Darby. Syarikat perladangan terbesar negara itu mengalami kerugian hampir RM2 biliion. Selepas didesak. Salah seorang pengarah besarnya diberikan cuti rehat oleh kerajaan. Audit luar dilarang untuk menyiasat. Apa yang terjadi?. Misteri kehilangan wang sebanyak itu terus didiamkan oleh kerajaan.

Hari ini. Felda pula mengalami nasib yang sama. Felda telah dikatakan mengalami kesusutan kewangan sebanyak RM2 billion. Hasil penat lelah peneroka. Idea Almarhum Tun Abdul Razak pada 1971 itu dihancurkan pada zaman anaknya mengambil alih pemerintahan negara.

Timb.Menteri di JPM, Ahmad Maslan. Yang pernah pergi menoreh getah selama 10 minit di Manek Urai. Tentu tahu betapa 'susahnya' kehidupan rakyat bawahan untuk menjana pendapatan. Mungkin bagi pemimpin UMNO, RM2 billion itu adalah suatu kadar yang kecil bagi mereka. Tetapi tidak bagi peneroka dan rakyat bawahan.

Ahmad Maslan cuba menjadi 'jagaon' Parlimen semalam. Dengan mengemukakan angka-angka bagi mempertahankan Kerajaan dalam 'krisis Felda'. Namun, jawapan itu ditolak sama sekali. Alasan wang RM2 billion itu untuk bayaran penanaman semula sama sekali dinafikan banyak pihak. Sebuah pertubuhan mewakili anak-anak peneroka, melalui pengerusinya, Mazlan Aliman menyebut. Anak-anak peneroka telahpun sedia mempunyai tabung kewangan untuk penanaman semula yang dipotong oleh Felda sebanyak RM40 setiap bulan. Malah, menurut Dato'Husam Musa. Sumber kewangan penanaman semula berada dalam akaun yang berasingan.

Bagaimana begitu?

Peneroka diminta membayar RM40 sebulan untuk tabung penanaman semula. Selepas kerugian, anak peneroka disalahkan untuk tujuan tersebut?. Mana RM40? Mana RM2 billion.

Jabatan Kerajaan samada di Putrajaya atau agensi negeri-negeri diminta berjimat ekoran kewangan negara sedang mengahadapi kemelesetan. Program di sekolah juga dihadkan. Peruntukan kerajaan kepada jabatan juga dipotong sana-sini. Kita diminta berjimat. Harga barang melambung tinggi. Subsidi negara 'diugut' untuk ditarik. Negara bakal berhadapan dengan 'bankrupsi' menurut Idris Jala.

Diperingkat Persekutuan. Mereka berbelanja tanpa mengira siang dan malam. Projek pembinaan Istana Negara yang baru dijangka berharga RM800 juta. Sedangkan Istana Negara tiada mengalami sebarang kebocoran pun!. Itu harga yang diletakkan. Harga itu mungkin boleh melambung tinggi lagi. Pertambahan wang projek adalah lumrah kepada negara. Tender runding terus diamalkan. Kontraktor yang tidak dikenali tiba-tiba sahaja mendapt projek berjuta-juta.

Ura-ura hendak memindahkan Parlimen juga kita dengar. Juga RM800 juta. Tetapi masih diperingkat 'idea'. Itu kata, Nazri Aziz.

Dari mana datangnya wang?

Rakyat diminta berjimat tatkala kewangan negara terus menekan. Subsidi minyak dikatakan antara yang merugikan negara. Dalam keadaan tersebut. Kerajaan mengumumkan MEB. Kononya untuk memacu ekonomi negara. Perkembangan ekonomi dikatakan positif. Tetapi rakyat dan negara bakal jadi 'bankrup'. Mana satu yang betul?

Mereka mengumumkan projek berbillion-billion untuk kekayaan sekerat-dua kroni dan pemimpin. Keselesaan individu-individu tertentu. Bukan kebanyakan manusia.

Syarikat GLC mengalami kerugian bertimpa-timpa. Pembaziran wang negara berlaku di mana-mana. Kehilangan aset negara tidak menemui jalan penghujung. Selepas enjin jet. 2 blok minyak kita diserahkan kepada Brunei. Tanah KTMB pula diserahkan kepada Singapura. Mungkin selepas ini wilayah negara pula menjadi taruhan kepada Thailand, Filipina dan Indonesia.

Pembaziran kewangan itu terus menghimpit kita.

Tun Mahathir pula bimbang tentang 'Melayunya'. Bimbang dengan perpecahan Melayu. Bimbang dengan 'Ketuanan Melayu' yang bakal jadi minoriti. Sejak daru muda hingga penghujung usia. Itu sahaja yang beliau risaukan. Kewangan, rasuah, projek gajah putih, penyelewengan, kemiskinan rakyat, pembaziran tidak pula menjadi 'kerisauan' berganda pada Tun Mahathir.

Kerajaan akan terus menerus bermewah.

Tanpa segan silu membelanjakan wang negara dan rakyat.

Saya sentiasa menyebut dalam doa. Laknatkan mereka yang mengkhianti amanah rakyat. Saya melihat wang saya dibazirkan, disalahgunakan dan dikhianati pemimpin negara. Kalau 25 juta rakyat Malaysia (tolak 3 juta ahli UMNO) berdoa perkara yang sama. Saya pasti Allah swt akan menerimanya.

Doa orang yang dizalimi dan dikhianti pasti akan dimakbulkan.

Bersama kita laksanakannya.

Bersama kita 'Selamatkan Malaysia'.

Monday, June 21, 2010

Tipu dan Tipu


Beberapa perkara berlaku sepanjang cuti sekolah yang lalu. Peluang bercuti saya ke Kuala Lumpur. Menjenguk sebentar sahabat-sahabat lama. Singgah sekejap ke rumah sewa yang saya tinggal di sana selama setahun. Masih ada barang-barang saya di situ. Saya kutip dan selesaikan semua.

Saya juga berpeluang mendengar cerita-cerita. Yang mengejutkan dan diluar jangkaan. Saya tidak tahu ia benar ataupun tidak. Mungkin betul. Mungkin tidak.

Cerita 'diri' saya. Yang kebanyakkan saya klasifikasikan sebagai rahsia. Diketahui orang lain. Kalaupun 'dia' berbohong. Persoalannya di mana 'dia' mengetahuinya?. Dari siapa?. Dari mana?. Soalan itu cukup untuk saya berhenti dari merungkaikannya. Cukup di situ.Dan, kalaupun betul kata-kata dan ceritanya. Mengapa perlu dibuka aib saya?. Apa salah dan dosa saya?.

Cemburu, iri hati atau dengki?. Atau sahaja buat buah-buah berbual?.

Bukankah rahsia 'dia' juga ada pada saya?. Insyallah saya akan simpan. Tidak berkepentingan pun untuk saya menceritakan pada orang ramai.

Saya juga memohon maaf kepada Ustaz Ikhwan dan Najib. Tidak sempat hendak bersua. Saya memang merancang ke CICT untuk singgah-singgah minum di kangkung. Mungkin boleh bertukar-tukar cerita. Tetapi, selepas saya mengetahui hal yang saya sendiri terkejut dan kecil hati mendengarnya. Saya lupai niat ke sana.

Terima Kasih Najib yang masih mengingati saya. Dia rakan kerja yang baik. Begitu juga Ustaz. banyak kenangan manis dengan beliau ketika saya di CICT dahulu. Dia rakan dan abang.

Saya akan ke sana lagi nanti. Kali ini pasti saya akan singgah. Mengharapkan serita-cerita gila seperti hutang orang RM4 ribu ringgit reda. Diumpan RM2800 sebagai gaji pokok supaya tidak tinggalkan kolej. Dan, lain-lain cerita bersifat peribadi yang tidak mahu saya ceritakan di sini.

Apa yang boleh saya katakan. Ia sama sekali tidak benar. Tidak benar dan ia satu pembohongan 'darat' yang dilakukan ke atas saya.

Kepada rakan-rakan yang telah sedia mengetahui cerita berkenaan. Saya harap jangan mempercayainya. Walaupun diketahui dari seorang yang dianggap 'friendly' mungkin.

Orang yang suka menipu memang takut dirinya ditipu. Itu kata-kata 'dia' kepada saya. Saya sangat bersetuju dengan kata-kata tersebut. Namun, 'dia' juga perlu memahami kata-kata itu kepada 'dirinya' sendiri. Sama-sama jahat. Sama-sama tahu.

Biar sudah dipecah dimulut. Jangan pula 'benda' lain yang pecah.

Saya juga diceritakan hanya individu yang pergi kerja dan pulang semata-mata. Tidak ada sebarang 'contribution' kepada kolej. Maknanya pergi 8.30, pulang jam 5.30. Itu tuduhan kepada saya.

Apa 'contribution' saya. Hanya Ketua Jabatan saya yang mengetahuinya. Sekurang-kurangnya saya tidak lewat ke pejabat. Dan tidak pula beratur untuk pulang awal. Bermatian saya berperang dengan 'Director' kolej pada sesi 'brainstorming' di PD. Sampai diherdik supaya 'resign' dari jawatan yang saya sandang. Hasil herdikan tersebutlah. Ada kakitangan kolej yang memperoleh bonus 2 bulan gaji. Walaupun rekod kehadirannya ke pejabat antara yang paling buruk. Kerap mengambil MC dan EL.

Itu semua orang tahu.

Hasil sistem yang sama-sama saya bincangkanlah. 'Dia' memperoleh bonus yang lumayan. Lain dari yang lain.

Apapun yang saya lakukan kepada pihak kolej hanya Tuhan yang tahu. Tidak perlu saya ceritakan pada orang ramai. Ini idea aku. Itu idea aku. Aku banyak 'contribution'. Aku banyak idea.

Sumbangan apa?. Idea apa?. Program baru. Orang lain yang usulkan. Kalau hanya 'tukang' menggerakan. Itu bukan 'contribution'.

Itu yang buat saya kecil hati. Kecil hati dengan cerita yang bukan-bukan dihebahkan pada kawan-kawan lama saya di kolej. Kalaupun saya ada cerita hal 'dia' di sini. Tanpa menyebut nama. Barangkali orang pun tak tahu siapa dia?. Tetapi saya?. Dengan disebut nama. Zul hutang orang RM4 ribu, Zul tidak ada 'contribution', Zul selalu bergaduh dengan gf dia, Zul itu, Zul ini, Zul kuat menipu.

Apa lagi yang tinggal pada saya?.

Apa lagi yang ada?. Apa lagi nilai 'persahabatan' yang perlu dijalinkan?.

Kalaupun kawan saya berbohong. Pokoknya dari mana dia tahu untuk berbohong dan bercerita ini semua kepada saya sewaktu kami jumpa dan minum bersama pada masa cuti yang lepas.

Kalau tidak ada 'manusia' yang ceritakan padanya.

Itu sudah cukup untuk saya.

Hancurkan Mereka

Saya masih berpendirian penuh yakin bahawa judi adalah penyakit sosial yang merosakkan masyarakat. Judi adalah senjata halus yang tajam mampu membinasakan masyarakat.

Kemiskinan, pergaduhan, cerai-berai, hutang, pembunuhan, dan yang setara dengannya.
Pihak-pihak tertentu meyakinkan dengan hujah bahawa keruntuhan moral dan akhlak tidak terletak hanya pada pihak pemerintah.

Saya setuju 100%. Tanpa soal.

Walaubagaimanapun pihak pemerintah atau ulul amri mempunyai kuasa penuh bagi membendung masalah sosial ini. Mempunyai kuasa dalam perundangan, peraturan, polisi, dasar, pendekatan. Berkuasa penuh dan mutlak.

Sejak Tun Mahahtir memperkenalkan Dasar Penerapan Agama Islam, pengumuman Malaysia ‘Negara Islam’ tahun 2001 dalam majlis perhimpunan Parti Gerakan. Tun Abdullah Badawi memperkenalkan ‘Islam Hadhari’ dan hari ini ‘1Malaysia’. Judi masih lagi berleluasa. Tidak kira samada berlesen atau haram. Kedua-duanya haram.

Dilesenkan bagi memperoleh cukai dari hasil judi itu. Katanya, bagi meningkatkan hasil negara. Untuk rakyat dan pembangunan. Saya tidak mahu mengulas bagaimana wang hasil itu digunakan. Kalau untuk rakyat pastinya meliputi semua urusan. Pendidikan, agama, pembangunan, kebajikan, infrasturuktur dan lain-lain. Hasil judi itu akan disatukan dengan semua hasil negara. Wang itu digunakan. Akhlak dan moral masyarakat bermula dari salah satu penggunaan hasil itu. Terbentuklah ‘sturuktur sosial masyarakat’.

Faktor keruntuhan moral juga barangkali tidak dapat ditolak dari pengaruh keluarga dan ibubapa.

Tetapi, saya mengulas dari sudut pendapatan negara. Datang dari hasil judi. Judi yang diharamkan agama dan Allah SWT. Hasil judi itu diguna pakai untuk rakyat. Jadi, bagaimana keberkatan rezeki dari Allah itu kita mahu harapkan?
Kita bangunkan masjid dan surau. Dewan serbaguna. Kita anjurkan majlis-majlis ilmu agama untuk masyarakat. Pertandingan membaca al-Quran. Bacaan yassin. Kita berzikir dan berdoa. Memohon kesejahteraan, kerahmatan, rezeki yang murah, keselamatan.

Dijauhkan dari bala bencana, rebut taufan, kebuluran, peperangan dan keruntuhan akhlak masyarakat.

Dalam masa yang sama. Kita menentang isi kandungan al-Quran. Isi kandungan yang dijelaskan Allah SWT berkenaan pengharam judi. Terang dan jelas.
Sekalipun jelas. Ia masih lagi belum difahami oleh pemimpin Islam. Yang membaca al-Kitab terbabit.

Dalam masa yang sama juga. Kita mempertahankan ‘Kalimah Allah’ dengan penuh jitu. Berhimpun dan mengeluarkan kenyataan. Mengecam habis-habisan parti yang menggunakan masjid untuk berpolitik. Memisahkan agama dan politik. Syurga dan neraka.
Mereka golongan yang sama. Satu sisi mengeluarkan lesen judi. Satu sisi lagi gerak gempita mengecam penggunaan ‘Kalimah Allah’ untuk majalah Kristian.
Mereka adalah kumpulan yang sama.

Mereka bersandarkan hujah ekonomi dan jurnal murahan yang melihat peraturan itu barangkali dipakai hanya untuk zaman pemerintahan Muhammad SAW. Tidak sesuai dengan mereka. Mundur dan kebelakang. Barangkali mereka melihat begitu.
Maka judi itu dibenarkan. Dibenarkan dengan ‘lesen’ kerajaan.

Mungkin mereka terlupa. Allah SWT juga telah mengeluarkan ‘lesen’ pengharaman.

Mungkin mereka jarang terjumpa dalam al-Quran. Atau meninggalkan ayat Allah SWT itu untuk dibaca.

Mungkin begitu.

Atau mereka sudahpun ada jawapan tersendiri untuk dijawab di Padang Masyar kelak sebagai ulul amri.

Jawablah dengan tenang.

Jawablah penuh yakin.

Akhlak dan Moral: Penentu Tamadun Kita

Kemerosotan sesebuah tamadun manusia digariskan oleh Ibnu Khaldun dengan baik sekali. Beliau menggariskan beberapa faktor yang menjadi sebab musabab sesebuah Tamadun Manusia itu akan hancur dan jatuh merudum. Tanpa mengambil kira faktor yang lain. Saya hanya mahu menyentuh satu faktor sahaja yang barangkali dapat membuatkan kita berfikir dengan hati yang terbuka.

Salah satu faktor yang disebut oleh Ibnu Khaldun ialah, keruntuhan akhlak dan moral manusia. Akhlak dan moral menjadi petunjuk aras dalam sesebuah tamadun manusia itu bertahan kekal atau sebaliknya. Akhlak dan moral datangnya dari kelakuan, sifat, tabiat dan tingkahlaku manusia. Manakala, kelakuan, sifat, tabiat dan tingkahlaku manusia pula dikawal dengan akal fikiran kurniaan Allah SWT. Akal pula mestilah bersangkut dengan agama. Jika hanya dibiar akal menelaah alam. Tanpa melibatkan agama dan kepercayaan. Maka manusia akan hanya menggunakan logik akal mereka semata-mata. Dijauhkan agama dalam kehidupan. Dpinggirkan agama dalam sesuatu tindakan. Maka hasilnya adalah manusia yang murah moralnya. Rendah akhlaknya. Merudum kualiti tingkahlakunya. Rosak binasa.

Tamadun Manusia yang dilakarkan selepas tamatnya Zaman Pra-Sejarah dan Logam ialah hasil buah tangan manusia. Manusia yang diciptakan Allah SWT diberikan hak untuk mengurus. Mengurus segala kehidupannya. Maka, manusia berlumba-lumba membina tamadun untuk kehidupannya bagi mengurus manusia-manusia yang lain.

Diciptanya undang-undang untuk mengurus tingkahlaku manusia. Mengawal dari sudut peraturan. Juga sistem agama dan kepercayaan. Bagi menaruh tindak balas bahawa manusia hidup di atas muka bumi ini ‘bertuan’. Bahasa dan tulisan. Seni dan kebudayaan. Rekacipta dan teknolgi. Diuruskan manusia. Dibentuk masyarakat. Adanya tuan dan hamba. Mengurus dan diuruskan. Kehidupan manusia berubah dari satu tahap ke tahap yang lain. Disebut ‘transformasi manusia’. Alam jahil ke peradaban. Bogel ke berpakaian. Gua ke kawasan perumahan. Sara diri ke perdagangan. Nafsu ke akal fikiran.

Kesemuanya dibentuk oleh manusia itu sendiri. Kata kuncinya adalah mengurus. Mengurus kehidupan manusia ke arah kesempurnaan hidup. Didefinisikan sebagai ‘tamadun’, peradaban, civiliszation, pencapaian, hadharah dan lain-lain.
Manusia yang bertanggungjawan mengaturkan ke semua itu. Dalam teori peradaban ciptaan Ibnu Khaldun. Beliau merumuskan tahap tamadun manusia ada tiga tangganya. Pertama, permulaan atau pembinaan. Kedua, kemuncak atau kegemilangan. Dan ketiga, kejatuhan atau kemerosotan.

Saya memilih untuk berbincang tahap yang ketiga itu. Dengan mangambil satu faktor kajian Khaldun.

Oleh kerana tamadun manusia diciptakan manusia. Tanggungjawab menjahanamkannya juga mestilah dari tangan manusia. Bukan babi hutan atau biawak air. Buaya atau itik dan ayam.

Keruntuhan akhlak dan moral juga adalah datangnya dari manusia. Keruntuhan akhlak dan moral masyarakat merupakan faktor jelas keruntuhan serta kerosakkan sesebuah tamadun manusia.

Beberapa tamadun yang menemui jalan kehancuran boleh dibuktikan dengan jelas. Dengan tidak menolak faktor serangan pihak luar atau bencana alam. Saya menganjurkan akhlak dan moral sebagai tunjang utama.

Tamadun Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada 1400 M adalah contoh terbaik sebagai permulaan perbincangan. Menemui ketiga-tiga tahap perkembangan yang disebut Ibnu Khaldun. Permulaan, Kemuncak dan Kemerosotan. Selain dari serangan Portugis pada tahun 1511 pimpinan Alfonso de Albuquerque. Antara foktor menarik kejatuhan Melaka juga adalah rasuah, iri hati, cemburu dan fitnah. Kekalutan bencana fitnah berlaku ke atas Tun Mutahir hingga ke peringkat beliau dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah. Tatkala itu. Tidak ada lagi yang berkelayakan memegang jawatan Bendahara. Diangkatnya Tun Perpatih Putih yang uzur dan tepok. Lalu, kelemahan pentadbiran Melaka dapat dikesan oleh Portugis yang sudah pun bersiap sedia menyerang Melaka. Akibat kezaliman, menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa, berat sebelah, iri hati, cemburu, adu domba, rasuah dan fitnah. Kegemilangan Tamadun Melaka itu hancur berkecai di tangan penjajah. Seluruh Melaka di tawan. Pusat dagangan dan pelabuhan. Hasil cukai dan kekayaan. Tamatnya riwayat sebuah Tamadun Melayu di Melaka pada 24 Ogos 1511.

Tamadun Turki Uthamniyyah yang menjadi empayar Islam terkuat dan menguasai dunia Eropah juga menunjukkan tahap kejatuhan juga berpunca dari akhlak dan moral. Mengambil kira faktor Gerakan Turki Muda, pimpinan Kamal Attarturk. Beberapa buah buku berkaitan sejarah Turki tidak menolak sama sekali tabiat dan tingkahlaku kerajaan Sultan Abdul Hamid II itu. Pemerintahan yang tidak cekap dengan bermulanya sikap lupa diri, suka bermewah-mewah, meminum minuman keras, bermain perempuan dan hiburan. Menjadi aktiviti utama sang pemerintah dan golongan istana. Pembaca boleh merujuk sebuah buku yang sangat baik berkenaan kemerosoton Tamadun Islam ini, iaitu ‘Jatuhnya Sesebuah Tamadun’, tulisan Mohamad Nurhakim. Akibat kehidupan yang tidak berakhlak terbabit. Menjadikan Sultan Abdul Hamid II adalah Khalifah terakhir Turki Uthmaniyyah. 1281-1924 M.

Kedua-dua contoh tersebut adalah Tamadun Melayu dan Islam. Kegagalan mengawal akhlak dan moral menjadikan tamadun Melayu dan Islam itu dijajah oleh bangsa Barat.
Al-Quran meliputi sejarah lampau dan peringatan. Nasihat dan ibadat. Undang-undang dan peraturan. Namun, masyarakat Islam adalah umat yang tidak mempedulikan sama sekali kitab peninggalan Kekasih Allah tersebut.

Penyakit akhlak dan moral dalam masyarakat semakin membarah meliputi seluruh umat Melayu dan Islam sedunia. Kehidupan pemimpin dan kerajaan umat Islam sama sekali berbeza dengan apa yang diajarkan al-Quran. Keindahan pemerintahan Islam juga tidak lagi bersinar akibat peradaban kerajaan umat Islam tidak langsung meneliti contoh pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan para Khulafa ar-Rasyidin mentadbir negara.
Kalau dikatakan negara umat Islam mengikuti Barat ada baiknya. Lihat negara New Zealand. Antara negara yang bersih dari rasuah. Hong Kong umpamanya. Mempunyai Suruhanjaya Pembasmi Rasuah antara yang terbaik di dunia. Singapura dan China. Maju dalam ekonominya dan bersih dari gejala rasuah dan tidak hidup bermewah-mewah. Di Jepun. Jika ada Perdana Menterinya yang melakukan rasuah dan pembaziran. Mereka akan membunuh diri sebagai tindak balas kepada akhlak dan moral yang menjijikan. Thailand selepas Thaksin mengambil alih pemerintahan menggubal Undang-undang menembak mati polis yang mengambil rasuah. Di beberapa negara Eropah pula, mereka mengawal aktiviti perjudian dan minuman keras.

Itu negara Barat.

Ia tampak sama sekali berbeda dengan Negara umat Islam. Sedangkan Islamlah agama yang memerangi rasuah, pembaziran, perjudian, larangan arak yang paling keras. Nabi Muhammad SAW meninggalkan peraturan dan undang-undang kawalan tingkahlaku dan moral manusia dengan begitu telitinya. Mangawal tingkahlaku manusia dari melakukan amalan jijik seperti rasuah, menindas, meminum minuman keras, berjudi, berzina, berhibur melampaui batas, membazir dan bermewah-mewah.

Malangnya. Nilai murni ciptaan Allah SWT dan akhlak terpuji peninggalan Muhammad SAW diwarisi kerajaan, pemimpin dan masyarakat bukan Islam. Model pemerintahan yang ditinggalakan para Khulafa ar-Rasyiddin diamalkan sepenuhnya negara Barat. Jadi. Tidak hairanlah mengapa mereka terus maju dalam pemerintahan dan hebat dari sudut teknologi. Berkuasa dan meluaskan kuasa. Padanlah negara umat Islam terus mundur dan dijajah. Diperkotak-katikan bangsa Eropah sekian lama.

Apakah ini petujuk kepada pesanan Ibnu Khaldun dalam teori keruntuhan tamadun yang diciptakannya?

Akibat keruntuhan akhlak dan moral menjadikan kita terus hina dan papa?
Di Malaysia. Kita baru sahaja dikejutkan dengan pengumuman pemberian lesen judi sukan berbentuk taruhan bolasepak. Lesen yang diluluskan sendiri oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sebuah negara umat Islam. Hadiah lesen tersbut diserahkan kepada tauke judi nombor satu negara, Tan Sri Vincent Tan melalui syarikatnya Berjaya Sports. Sebanyak 2000 lesen premis dibenarkan untuk berjudi dan bertaruh kepada rakyat Malaysia tercinta. Alasan kerajaan bagi mengawal pertaruhan judi haram yang tidak berlesen. Dengan member lesen. Seolah-olah meletakkan ‘Sijil Halal’ maka kawalan ke atas judi haram dapat dibanteras pihak berkuasa.

Singkat sungguh pemikiran pemimpin kita. Mengapa tidak diharamkan dan bertindak menyerang sahaja lubuk judi haram. Tidakkah itu cara yang terbaik. Tidak cukup penguatkuasa. Lantik sahaja beribu-ribu pemegang ijazah yang menganggur sebagai Pegawai Penguatkuasa. Berikan mereka gaji dan pendapatan. Salurkan jawatan melalui SPA. Saya pasti berpuluh-puluh ribu manusia akan menawarkan diri. Beruntung dari segi ekonomi. Rakyat yang ada pekerjaan dapat membeli dan menjana ekonomi barangan.
Dari segi pendapatan negara. Wang judi atau cukai pengeluaran lesen ini akan diletakkan di dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan. Disatukan bermakna dicampur adukan dengan wang cukai dari pelbagai sumber kewangan yang lain. Apabila disatukan. Ia akan dijadikan pendapatan ekonomi negara dan akan dibelanjakan oleh kerajaan untuk pelbagai pengurusan dan pembangunan rakyat jelata. Ia akan ke sektor pendidikan, pertahanan, gaji kakitangan awam, belia, kebajikan, pembinaan jalan raya, pembinaan segala kemudahan masyarakat sejagat. Ke semua perbelanjaan ini datang dari pelbagai sumber. Halal dan haram. Maka, dibinalah ekonomi negara kita dengan sumber haram tadi.

Mana keberkatannya dalam pemerintahan?. Mana kerahmatan dari Allah SWT kepada negara. Mana tidaknya masyarakat kita murah sekali moralnya. Mana tidaknya jenayah berleluasa. Mana tidaknya anak-anak remaja kita rosak peribadinya?. Mana tidaknya rakyat negara kita rendah kualiti tingkahlakunya?

Apabila akhlak dan moral kerajaan, pemimpin dan rakyat semakin jauh dari akal dan agamanya. Semakin hampir tamadun manusia di bumi Malaysia menuju kehancurannya. Semakin ia dekat sekali dengan kejahilan sifat, tingkahlaku, tabiat, kelakuan dan sivik. Semakin terbuktilah kajian Ibnu Khaldun ke atas peradaban manusia.

Semakin ia hampir semakin rasa takut.

Takut akan kejatuhanannya. Takut akan kehancurannya.

Sunday, June 20, 2010

Cuti Sekolah: Ke mana kita?


Cuti sekolah adalah cuti untuk anak-anak. Berjalan, bersiar dan melancong. Paling tidak kita ke kampung. Sebagai pendidik. Cuti sekolah juga cuti kami. Berehat dan berpeluang menelaah dengan lebih meluas. Syukur. Perancangan yang tidak tersusun menjadi lebih rapi dari yang dirancang.
Saya berpeluang bersama keluarga, teman wanita dan sahabat-sahabat sepangjang cuti yang lalu. Walaupun tidak lama. Sekurang-kurangnya peluang bertemu dapat menghilangkan rasa rindu dan bertanya kabar. Itu sudah cukup mengeratkan kita.

Peluang itu digunakan semahu-mahunya.
Terima kasih kepada semua yang melayan saya ketika saya sedang cuti. Sedangkan anda semua bekerja.