Monday, May 31, 2010

Judi: Keberanian UMNO diukur


Keberanian UMNO akan diukur.

Setidak-tidaknya melalui 2 perkara. Pertama, mengluluskan judi bolasepak piala dunia di Malaysia. Kedua, merelakan perniagaan tersebut kepada seluruh umat Islam dan bukan Islam dengan nama 'Judi Berlesen'.

Peringkat pertama. UMNO telah pun mendapat markah yang begitu tinggi sekali. Tahniah kepada seluruh kepimpinan UMNO termasuk barisan pemimpinnya yang bergelar tua, wanita, pemuda, puteri dan putera. Yang menjanjung tinggi dan kasih. Merelakan diri mereka digelar ahli parti yang meluluskan judi.

Kabinet ada banyak parti yang mewakilinya. Jangan salahkan MCA, MIC dan Gerakan dalam hal ini. Kementerian Kewangan yang meluluskan lesen judi itu. Kementerian Kewangan diwakili UMNO melalui menterinya, Najib Tun Razak. Islam dan Melayu. Bersunat.

Itu keberanian UMNO. Lesen judi itu dianugerahkan kepada taiko termasyur negara. Tan Sri Vincent Tan. Melalui syarikatnya Ascot Sport.

Untuk makluman PERKASA, GGMM dan ProWaris dan lain-lain pertubuhan yang berasaskan kaum dalam negara. Tan Sri Vincent Tan itu adalah berbangsa Cina.

Keberanian kedua.

Pakatan Rakyat mempunyai 4 buah kerajaan negeri di Malaysia. Termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekiranya diambil kira. Pembukaan premis judi mestilah melalui pemberian lesen premis yang perlu dipohon melalui PBT. Kerajaan Negeri berkuasa dalam hal pemberian lesen premis ini.

Pulau Pinang. Negeri pertama yang akan menghalang Vincent Tan dan UMNO memporak perandakan masyarakat berbilang kaum di negeri itu dengan judi. Halangan itu dibuat menerusi kenyataan keras KM YAB Lim Guan Eng. Juga seorang Cina. Yang selalu disebut PERKASA sebagai anti-Islam, anti-Melayu dan komunis. Beliau merupakan Ketua Menteri pertama. Yang mengeluarkan kenyataan tidak akan meluluskan lesen judi bolasepak piala dunia itu beroperasi di Pulau Pinang.

Kedua. Kerajaan Kedah. Sama sekali bertepatan dengan slogan 'Kedah Sejahtera'. Judi adalan lawan kepada sejahtera dan aman. Tiada nas mengatakan judi membahagiakan. Kecuali kaki judi dan bertaruh. Gila dan bodoh. Kedah juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Iaitu tidak akan mengeluarkan lesen yang sama bagi tujuan mengkayakan Vincent Tan.

Kerajaan Selangor. Yang selalu menjadi tumpuan kerana kekayaan negeri itu juga tidak kemaruk dengan kekayaan cukai judi yang boleh diperolehi sekiranya meluluskan operasi judi bolasepak itu di negeri Selangor. Selangor yang sudah pun mempunyai 4500 premis judi mengikut pengakuan anak Toyo. Apa lagi keberkatan yang kita mahukan untuk masyarakat?. Biarpun PERKASA dan anak Toyo mencabar Tan Sri Khalid menutup premis judi yang sekalian banyaknya di bawah anak Toyo sebelum ini. PAS sedang berusaha ke arah itu. PKR menamatkan pengeluaran lesen baru. Setidak-tidaknya tidak ada pengeluaran lesen judi baru sepanjang MAC 2008-MEI 2010.

Kelantan?. Jangan ceritalah. Sepanjang 22 tahun di bawah PAS. Langsung tiada aktiviti judi berlesen!. Yang haram memang banyak. Usaha dakwah ke atas masyarakat dan penguatkuasaan undang-undang masih giat dijalankan. Cumanya, UMNO jangan ganggu PAS di Kelantan. Kalau UMNO miliki semula kerajaan Kelantan. Saya pasti. Judi laga ayam pun akan dilesenkan!. Insyaallah.

Apa keberanian UMNO?.

Kalau kerajaan negeri di bawah pimpinan UMNO bermula dari Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terenggan, Sabah dan Sarawak membenarkan judi bolasepak ini beroperasi di negeri mereka.

Tandanya. Mereka memang berani.

Bagaimana pula perasaan Sultan, Raja dan Mufti bagi setiap negeri tersebut?. Bersubahat atau menasihat?. Itu sahaja jalan yang ada.

Ahli-ahli UMNO diperingkat cawangan dan bahagian bagaimana pula?. Terus menyokong membabi buta atau adakan demo di kawasan anda?. Itu pilihan anda.

Ulama UMNO, ustaz, Imam, JKKK, veteran UMNO dan tokoh-tokoh ilmuan yang menyokong UMNO. Bagaimana dengan anda?

PERKASA. Ya Perkasa. Mahu membela maruah Melayu dan meningkatkan mutu bangsa. Ibrahim Ali dan rakan-rakan. Saudara Azam yang begitu lantang mengherdik Dato'Zaid Ibrahim kononnya kaki botol dan judi. Bagaimana dengan anda?. Terus merestui pemimpin Islam mengkayakan diri dan kroni. Cina yang bernama Vincent Tan dan keluarganya?. Atau bersama-sama menentang kerajaan yang sedia ada?.

Ada dua pilihan sahaja. Sokong atau bantah.

Kerajaan P.Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan sudahpun menunjukkan pendirian mereka menentang aktiviti judi yang sama sekali salah disisi agama dan bangsa.

Bagaimana dengan kerajaan negeri yang lain?. Tidak luluskan dimarahi bos. Luluskan, dilaknat Allah. Mana satu yang perlu diikut?.

Kalau luluskan juga.

Betulah kata Penarik Beca.

UMNO-Judi berpisah tiada.

Freedom Fortilla: Serangan Yahudi, Apco dan UMNO


Sikap jhat dan zalim Yahudi-Israel terus diterjemahkan pada masyarakat dunia hari ini.

Terbaru. Serangan ke atas misi kemanusiaan menerusi Freedom Fortilla anjuran masyarakat dunia yang prihatin termasuk 2 rakyat Malaysia. Misi keselamatan tersebut adalah untuk penghantaran ubat-ubatan dan makanan ke Semenanjung Gaza yang terus dihimpit kesengsaraan hasil kepungan tentera Israel dan sekatan ekonomi ke atas wilayah itu.

Israel nekad. Kapal Mavi Marmara milik kerajaan Turki itu terus dibedil semahu-mahunya.

Dilaporkan 20 orang terbunuh dan 50 lagi cedera.

Mereka yang terbunuh sama sekali adalah masyarakat awam. Yang cedera pun begitu juga. Mereka adalah pejuang hak asasi seluruh dunia yang prihatin kepada warga Palestin yang tidak berdosa itu.

Malang. Yahudi-Israel tidak kenal semua itu.

Kejahatan Yahudi ini sepatutnya dibayar dengan darah dan permuafakatan seluruh umat Islam. Yahudi itu tidak akan mampu bergerak sekiranya umat Islam bersatu menghadapi Israel dengan 'ekonomi dan perniagaan'.

Sungguhpun Barat dan Amerika menguasai ekonomi dunia. Pastinya negara Arab, Islam dan umat Islam mempunyai kekuatan tertentu dalam hal ekonomi.

Namun. Ia hanyalah angan-angan dan mimpi siang. Pemimpin umat Islam di dunia hari ini. Bukan hanya tidak berpihak kepada Palestin dan umatnya. Malah, ada beberapa negara umat Islam, kerajaan dan pemimpinya ahli OIC. Tanpa segan silu dan bermaruah. Menggunakan syarikat Yahudi memohon petunjuk dalam hal komunikasi dan perunding imej kerajaan mereka.

Indonesia dan Malaysia. Adalah contoh terbaik.

Apa yang boleh kita harapkan?

Kezaliman Yahudi tiada tolok bandingnya.

Kalau diukur pembayaran ke atas ApcoWorldwide sebanyak RM77 juta. Oleh kerajaan Malaysia.

Apa lagi yang boleh kita harapkan?.

Tentu sama sekali mereka tidak akan memihak kepada Palestin dan umat Islam di sana.

Benarlah kata-kata Nabi Muhammad SAW, "umat Islam akhir zaman akan diletakkan penyakit 'wahan' dalam diri mereka".

Maka. Ia akan merosakkan segala kehebatan, kemegahan dan kekuatan Islam.

Ditanya sahabat, 'Apakah penyakit 'wahan' itu ya Rasulullah'.

Jawab Baginda. 'Cintakan dunia, takutkan mati'.

Apa lagi yang ada untuk kita?

Berkaitan:
Freedom Fortilla Diserang: Malaysia Terus Berdengkur Dalam Dakapan Apco.


Thursday, May 27, 2010

Sukan dan Silaturrahim



Sejak tinggal di tempat baru. Aktiviti yang menarik dan menggembirakan hati saya ialah bermain bola.

Sekarang tiap-tiap 2 kali seminggu. Kami rakan-rakan sekerja akan menyusun perlawanan dengan Jabatan Kerajaan, Sekolah (Staf), Kelab atau mana-mana pasukan kampung dalam daerah ini.

Seronok dan menyihatkan. Saya memang minat sangat bermain bola padang berbanding futsal tiap-tiap malam Jumaat yang kami susun dan uruskan.

Sukan mengeratkan silaturahim. Mengeratkan hubungan sesama manusia.

Semalam. Kami raikan 2 orang rakan sekerja yang akan berpindah. Perlawanan menentang sebuah pasukan dari kelab kampung berdekatan.

Kami tewas 3-4.

Gerakan Akademik

Salam perjuangan,

Para pendidik, guru, pensyarah, tutor, guru tuisyen dan guru pra-pendidik kanak-kanak di tadika.

Masih lagi dalam ‘mood’ hari guru. Terasa begitu salju dihari 16 Mei yang gilang-gemilang. Pertama dikali disambut sebagai ‘Guru’ dan masih lagi menyambut hari guru yang sama-sama terasa akan nikmatnya. Pekerjaan yang didamba sekian lama oleh si ibu. Akhirnya, anak yang dijagai dan dipeliharai. Sebelum menutup mata. Melihat anak lelakinya bergelar guru. Si ibu dari kecil amat mendamakannya. Diminta diletakkan sebagai pilihan kedua ke unviersiti. Jadilah cikgu katanya. Segerak itu juga, si anak tidak menolak hajat ibu yang terlalu disayanginya. Gantilah gunung dengan emas. Anaknya itu tetap menolak demi ibu. Mengaku kesayangannya juga. Kadang-kadang dikongsi dengan teman-teman.

Segera dengan doa. Selepas tamat pengajian di universiti. Tamat dengan Major Pentadbiran dan Keadilan Sosial dan Minor Pengajian Sejarah. Tidak menjadi guru tamatnya.

Berkat doa. Cakap-cakap sehari-hari hingga menjadi wirid dibibirnya. Makbul juga doa si ibu dari Yang Maha Pemurah. 2 tahun berkelana. Terumbang-ambing dalam tempoh itu. Realiti akhirnya, si ibu berjaya juga melihat anaknya itu menjadi guru.

Demikian itu. Peluangnya untuk terus berkarya dalam pendidikan. Menjadikan guru pekerjaan yang tiada sepenuh dihatinya. Bukan tidak bersyukur. Tetapi hasratnya mahu mencapai setinggi-tinggi langit d bidang ke akademik di peringkat pengajian tinggi.

Namun. Allah menentukan dia bermula dari bawah. Tidak mencapai dengan mudah. Terbatas ruang angkasa. Turut juga ia akan permintaan ibunya. Sekurang-kurangnya. Hati si ibu tua itu. Ada anaknya seorang dari jumlah enam itu. Yang menjadi guru.

Bila ditanya rakan-rakan. Seronok tak ditempat kerja baru?. Terus dijawab. Seronok tetapi bosan sikit. Yang lain saya komited. Terutama melihat para pelajar berumur 16 dan 17 tahun. Mampu berbahasa Inggeris dengan baik, Imam di surau. Mampu bercakap, berbahas dan berdialog. Keupayaan membuat sebuah video pendek sempena Hari Guru. Yang dikira media yang sangat baik untuk mereka yang berumur 17 tahun!. Lebih baik dari pelajar diploma beberapa kolej swasta dan kerajaan. Kadang-kadang. Hati dihujani hujah-hujah untuk diri. Bermula dari mereka yang remaja muda. Tanamkan semangat cintakan negara, patriotik, beragama. Bersifat nasionalisme. Kuat pegangan Tauhidnya. Dicampurkan sedikit kuasa-kuasa moden Islamik. Insyallah. Inilah anak-anak didik yang saya akan hantar ke Institut Pengajian Tinggi. Akan saya kirimkin. Pelajar-pelajar ini ke UM, UKM, UIAM, USM, UiTM dan lain-lain.

Anak-anak Melayu seratus-peratus.

Bertambah cerialah dunia akademik kita.

Akan mekar ikon-ikon Tun Mahathir Mohammad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Husam Musa, Ibrahim Ali, Azlina Othman, Saifuddin Nasution, Mohammad Sabu, Shaberi Cheek. Dan lain-lain pemimpin-pemimpin kebanggaan negara.

Yang ke depan bakat mereka bermula. Diperinggkat muda. Dibangku sekolah. Bermula dengan Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Debat dan Pidato, Pemimpin Pelajar dan ke depan akademik mereka.

Pasti. Pasti kita akan melihat hasilnya.

Pemimpin-pemimpin pelajar inilah yang seterusnya dikembangkan ke dunia politik negara dan dunia. Menjadi Perdana Menteri, Menteri, Ahli Parlimen, ADUN dan kegiatan parti dan pilihanraya.

Mengembang pula ke pentadbiran dan pengurusan dasar, polisi, undang-undang dan peraturan. Mereka akan mencantuninya.

Jadi. Kalau betul asuhan saya diperingkat sekolah. Di sinilah bermulanya. Dunia yang indah itu. Dunia akademik dan kepimpinan. Kalau betul didikan saya. Memahami dunia dan akhirat. Pahala dan dosa. Syurga dan Neraka. Tidak terpisah dunia kehidupan mereka dengan agama dan politik.

Sedarlah mereka nanti. Kalau menjadi pemimpin mesti beramanah, tidak menyalahi peraturan negara, berakhlak mulia, tidak khianati amanah rakyat dan bangsa. Nescaya. Kita akan merasai nikmatnya mempunyai pemimpin yang begitu mulia.

Negara akan dibersihkan dari dunia yang berbeza dengan gerakan berjemaah.

Hanya dengan fakta, kebenaran, pengajaran dan didikan.

Yang diberkati Allah. Kita mahukan suasana itu.

Azam dan tekad itulah.

Saya menerima amanah Allah SWT. Doa ibu yang begitu sekali.

Saya sangan gembira di sini. Peluang saya melukis sedikit gambaran pemimpin negara. Dunia fantasi politik. Menyumbangkan ke arah pembinaan masyarakat baru.

Malaysia Baru.

Thursday, May 20, 2010

Terima Kasih Lim Guan Eng

Dalam usaha UMNO memainkan isu 'Ketuanan Melayu'. PERKASA dengan isu perkauman sempit mereka. Masyarakat Melayu, walaupun sedikit termakan dengan permainan politik perkauman. Menyaksikan PR tewas di Hulu Selangor. Hasil pengundian menunjukkan undi kepada PKR dari kaum Melayu menyaksikan sedikit penurunan. Namun, undi masyarakat Bukan Melayu dilihat masih utuh dan kekal.

Di Sibu. Kawasan campuran beberapa kaum. Di sana. Masyarakat Melayu bukan majoriti. Menyaksikan BN tewas tersungkur di kawasan campuran.

PERKASA terus diam membisu. Ternyata. Senjata perkauman yang dimainkan mereka memakan diri. Hari ini. PERKASA cuba hendak mengajar MCA bagi menarik sokongan kaum Cina itu.

Selepas isu 'Ketuanan Melayu', Cina pelampau dan 'Bangkitlah Melayu'. Sang Katak Berahim terpaksa berundur kebelakang bagi memenangi semula hati masyarakat Cina yang terguris kerana isu perkauman itu.

Sikap sebeginilah yang akan menjadikan masyarakat Cina menuntut yang bukan-bukan. Oleh kerana PERKASA yang memainkan isu. Kerajaan Malaysia akan melunaskannya.

Tuntutan Tan Sri Vincent Tan sudah dilunaskan Presiden UMNO. Mungkin lebih daripada itu.

Kerana akal yang pendek, perjuangan haprak Ibrahim Ali lah yang akan 'melahirkan' lebih banyak tuntutan yang bukan-bukan.

Selepas itu kata Cina melampau.

Singkat betul percaturan politik Ibrahim Ali.

Di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui pimpinan Lim Guan Eng terus konsisten membantu rakyat. Terbaru. Kerajaan PR Pulau Pinang telah menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz sebanyak RM1.75 juta berbanding RM1.5 juta pada tahun lepas.

Terima Kasih tidak terhingga.

Kalaupun ia nampak sedikit. Tetapi ia cukup bermakna. Paling kurang pun dapat kita membandingkan angka peruntukan tersebut dengan negeri-negeri pimpinan pemimpin Muslim di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu dan Perlis.

Lebih-lebih lagi. KM Pulau Pinang itu Cina. Kafir kata UMNO dan PERKASA.

Kalau ada anak-anak muda menjawab. 'Eleh bukan banyak pun, saja nak menunjuk-nunjuk, UMNO dah lama pun bagi peruntukan pada sekolah agama'

Jawab pada ahli parti sekualar itu. UMNO telah memberhentikan peruntukan bantuan SAR sejak 2003 lagi. Ketika Tun Mahathir menjadi PM.

Kalau ada pun. Ia hasil usaha tokoh-tokoh korporat yang menderma. Termasuk di Kedah dan Kelantan.

Itu wajah UMNO.

Berkaitan:
RM1.75 juta bantu SAR, Tahfiz oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Dipetik dari sini.

Kahwin

Perkahwinan ialah mengikat tali hubungan antara lelaki dan perempuan dengan ikatan yang sah. Membabitkan golongan adam dan hawa. Selepas diijab Kabul. Kedua-duanya sah untuk melakukan apa sahaja.

Fitrah manusia. Berkahwin adalah sasaran bagi mana-mana pasangan khususnya. Mana-mana manusia pasti ada rasa ingin berkahwin. Tidak pernah ia mengelak untuk mengata perkara yang baik itu.

Mana-mana agama juga sentiasa menyeru umatnya untuk berkahwin. Kerana dengan cara berkahwin. Banyak perkara yang boleh dielakkan. Fokus utama adalah maksiat. Gejala hubungan seks, aids, HIV, siplis, pembuangan bayi dan lain-lain masalah sosial.

Islam adalah antara agama yang menyeru ke arah perkahwinan ini. Tidak lengkap Islam seseorang itu sekiranya belum berkahwin. Junjungan Rasulullah SAW juga meninggalkan pesanan kepada umatnya. “Kahwin adalah sebahagian sunnahku, barangsiapa yang tidak berkahwin bukanlah dari kalangan umatku”.

Menolak pasangan homoseks, gay, lesbian, pengkid atau apa-apa istilah lain. Mereka barangkali menolak fitrah manusia ini. Hidup berpasang-pasangan. Bukan sesama jenis, gender atau jantina.

Namun demikian. Seseorang manusia sebelum berkahwin perlulah dia melengkapkan beberapa perkara. Yang selalu disebut di dalam mana-mana buku tentang perkahwinan.

Persediaan sebelum kahwin haruslah dipenuhi terlebih dahulu. Penghuraian yang lengkap boleh dilihat di dalam mana-mana sumber. Buku, majalah, ceramah, seminar atau kursus.

Saya tidak berniat untuk menghuraikan dari sudut yang lengkap. Sekiranya ada. Saya sendiri secara peribadi. Meletakkan 3 aspek sebagai persediaan sebelum kahwin yang merangkumi dari aspek Intelek, Rohani, Jasmani dan Emosi.

Ilmu pengetahuan, ilmu keagamaan dan kewangan.

Perlulah ada ketiga-tiga perkara ini sebelum kita membina masjid yang diserukan itu. Bukan faktor umur atau takut diumpat orang jika tidak berkahwin.

Ada manusia begitu. Sampai peringkat umur 26-32. Hatinya keluh kesah. Takut diumpat jiran kerana tidak berkahwin. Dikata ‘tidak laku’, anak dara tua atau apa sahaja istilah.

Itu yang lebih ditakuti. Dari berkahwin di usia muda. Kerana mengikut hawa nafsu dan tidak berpengatuhuan dari sudut ilmu menajdi suami, ayah dan ketua keluarga. Kahwin setahun dua. Bercerai dan porak peranda.

Saya tidak mahu begitu. Ada beberapa rakan yang saya kenali. Diasak perkara ini. Hendak berkahwin sampai berhutang-hutang. Hendak berkahwin hingga bercerai-berai. Hendak berkahwin sampai hendak azan ditelinga anak pun disuruh orang. Jemaah dalam keluarga langsung tidak berlaku. Yang dia tahu. Memanfaatkan malam Selasa dan Jumaat dengan isterinya. Itu sahaja.

Maka sebab itulah. Sebagai manusia. Sebagai lelaki atau wanita. Kita jangan terdesak atau mendesak. Seolah-olah hanya diri kita sahaja yang mahu berkahwin orang lain tidak. Jarang manusia berfikir begitu.

Fitrah kita mahu berkahwin dengan individu yang kita suka.

Secara itu kita berfikir. Bukan tidak bersungguh. Dalam firman Allah SWT, kita dilarang menceritakan semua perkara yang kita rancang pada sesiapa. Takut nanti ada rancangan jahat atau fitnah timbul ke atas rancangan kita tadi.

Diam-siam sudah.

Sana rancang. Sini rancang. Tidak menjadi. Malukan diri sendiri.
Bukankah lebih baik kita perbaiki diri sebelum jadi suami dan isteri.

Saya sendiri mahu berkahwin. Hendakkan teman dalam hati. Mutlak. 24 jam sehari. Pulang ke rumah disambut senyuman Seorang Puteri. Gelak ketawa bersama anak-anak. Menjadi Imam dalam keluarga. Makan bersama.

Semua manusia begitu.

Bukan tidak mahu.

Janganlah menuduh orang yang tidak berkahwin kerana mengelak jodoh. Diumpat masyarakat sana sini.

Bukan kita sahaja yang mahu berkahwin.

Beruk pun kahwin jugak!

Tuesday, May 18, 2010

Persoalan sekitar keneutralan Sultan: Abd Aziz Bari


Seorang pakar undang-undang yang dikenali di negara ini Abdul Aziz Bari memberikan ulasan tentang motivasi di sebalik hidupnya semula peranan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, peranan yang sudah sekian lama tidak dipraktikkan tetapi secara tiba-tiba muncul dalam suasana yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau menekankan bahawa walaupun secara dasarnya Sultan adalah ketua agama tetapi fungsi dan kuasa istimewa ini mestilah digunakan selaras dengan hukum-hukum Islam dan mestilah bebas daripada pengaruh kerajaan hari ini.

Beliau menerangkan, “Inilah caranya bagaimana peranan diraja, yang dibiarkan tanpa penguatkuasaan oleh perlembagaan, harus difahami. Ianya bukan hanya terletak atas kemahuan dan kehendak diraja sahaja.”

Di dalam temuramah eksklusif bersama Malaysiakini, Professor Undang-Undang dari UIA itu mempersoalkan tentang karakter peribadi dan ilmu agama yang dimiliki oleh pihak diraja yang mempunyai banyak kekurangan walaupun mereka berperanan sebagai ketua agama.

Abdul Aziz berkata, “Perkara ini sudah terlalu jelas dan telah pun menjadi pengetahuan umum.”

Walaupun begitu, apa yang lebih menjadi persoalan adalah, “Kenapa pihak diraja tiba-tiba menjadi sungguh agresif dalam hal ini?”

“Di manakah Sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluarkan arahan yang menghalang tazkirah daripada diadakan di masjid-masjid dalam bulan Ramadan? Apakah yang dilakukan oleh Sultan ketika Khir Toyo merobohkan satu masjid di Bangi dan mengunci pula satu masjid lain di Batu Tiga beberapa tahun lepas?” dia bertanya.

Abdul Aziz juga menimbulkan semula tentang satu insiden dimana secara tiba-tiba Agong menolak cadangan untuk meletakkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai pengerusi zakat di sana.

Dia bertanya, “Sebagai ketua Agama Islam di Melaka, Sabah dan Sarawak, mengapakah Agong tidak melakukan perkara yang sama di sana? Adakah ini bermakna bahawa ketiga-tiga negeri tersebut adalah lebih baik daripada Pulau Pinang?”

Beliau mengatakan bahawa ada beberapa insiden lain yang melibatkan Sultan dan agama yang juga terjadi di Pahang dan Perak.

Professor Undang-Undang itu menambah bahawa ,“Ada beberapa perkara yang Raja Muda Perak Raja Nazrin – yang telah mengeluarkan satu peringatan dua minggu lepas mengenai kuasa penuh pemerintah Diraja ke atas urusan agama - perlu ambil perhatian.”

Abdul Aziz kemudiannya mengatakan bahawa menurut pengamatannya, insiden-insiden ’selektif’ yang menampakkan pihak diraja mara ke hadapan bertindak sebagai pejuang agama kelihatan seperti ada hubungan dengan isu-isu yang melibatkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Titah-titah diraja ini kelihatan seperti digerakkan oleh golongan yang rapat dengan UMNO terutamanya dalam isu-isu yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang,” Abdul Aziz menyatakan pengamatannya.

Walaubagaimanapun, sama ada ianya berlaku di Perak, Selangor, Pulau Pinang atau Perlis, pakar undang-undang itu berpendapat bahawa segala yang berlaku menyebelahi UMNO. Beliau juga menambah, “Pemerintah-pemerintah diraja kelihatan seperti mengatur arah hidup mereka selari bersama UMNO.”

“Ke manakah perginya kenyataan yang di buat oleh Raja Nazrin dan ayahandanya yang menegaskan bahawa kedudukan pemerintah diraja berada lebih tinggi daripada politik kepartian?” beliau bertanya.

Beliau menambah, “Hal ini menjadi lebih ketara di Pahang di mana Sultan dengan jelasnya menyatakan, Sokonglah BN!”

Sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh Bernama pada tahun lepas, Sultan Pahang menggesa rakyat supaya terus menyokong BN untuk memastikan pembangunan akan berterusan di negeri itu.

“Apa yang mereka sedang lakukan adalah bertentangan dengan konsep raja berperlembagaan dan sistem berparlimen. Tanpa ragu-ragu lagi, pemerintah-pemerintah diraja itu sedang menekan butang pemusnah diri mereka sendiri.”

“Seperti yang berlaku pada tahun 1992 ketika kecuaian fatal Sultan Johor akhirnya menyebabkan hak-hak istimewa diraja ditarik balik oleh Parlimen,” Abdul Aziz berkata lagi.

Bukan hasutan

Walaupun beliau faham bahawa parti melayu itu akan menidakkan dan mempersoalkan apa jua usaha untuk menilai perkara ini, beliau berkata, “Secara prinsipalnya, dalam undang-undang, perkhidmatan awam dan kuasa awam adalah tertakluk kepada pemerhatian awam.”

“Penggunaan kuasa mereka mestilah telus,” kata Abdul Aziz. Beliau juga menambah bahawa setakat ini, fungsi pemerintah diraja sebagai ketua agama masih lagi tidak kelihatan.

Oleh kerana itu, beliau percaya bahawa isu ini mestilah diamati dan difahami oleh masyarakat umum.

“Tdak ada unsur hasutan dalam hal ini, perkara ini melibatkan orang-orang Islam yang merupakan majoriti di negara ini.

Mereka ada hak untuk tahu. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan isu-isu ini kepada mereka dengan menghubungkannya kepada peraturan dan peranan yang termaktub dalam perlembagaan,

Beliau mengakhiri bicaranya dengan berkata, “Kerana secara dasarnya, negara kita adalah negara raja berperlembagaan.”

Sumber: Malaysiakini

Monday, May 17, 2010

PRK Sibu:Petanda Aras bagi Semenanjung


Saya mengucapkan tahniah kepada calon DAP, Wong Ho Leng yang berjaya menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menerima 18,845 undi, Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi. Calon Bebas hilang deposit. Jumlah undi rosak pula sebanyak 395.

Walaupun diasak dengan pelbagai serangan dan tomahan. Rakyat Sibu berjaya menghantar seorang lagi Ahli Parlimen PR ke Parlimen. Sibu, adalah kerusi Parlimen BN sejak 28 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh itu, sepanjang itulah masyarakat dan rakyat Sibu khasnya dan Sarawak amnya terus dihimpit kemiskinan walaupun pendapatan Sarawak kaya dengan hasil minyak dan balak.

Isu Kalimah Allah dan Negara Islam tiba-tiba berkumandang di sana. Dengan kehadiran Ir.Nizar Jamaluddin dan Khalid Samad, kedua-dua isu ini tenggelam begitu sahaja.

Apa lagi modal BN?

Apa salah DAP berkawan dengan PAS?. Tidakkah orang-orang Melayu dalam PAS lebih bersih dari rasuah berbanding orang Melayu di dalam UMNO. Gerakan dan MCA wajar menilik 'siapakah' UMNO sebenarnya.

Sibu akan menjadi petanda aras bagi Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Pantai Barat. Meneliti beberapa hujah. Kita melihat di mana ada masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum yang tidak mendominasi undi bagi satu-satu kawasan maka kerusi kawasan tersebut cenderung ke arah PR. Sekiranya orang Melayu menjadi pengundi dominan sehingga 60-70 peratus kerusi itu dilihat lebih memihak kepada UMNO/BN.

Ertinya. Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pahang dan Terengganu boleh dikira kawasan selamat kepada UMNO/BN.

Semangat itu juga menunjukkan Selangor dan Perak kekal di tangan PR pada Pilihanraya yang akan datang. Begitu juga Negeri Sembilan.

Menolak Johor dan Kelantan. Kedua-dua negeri ini adalah negeri tradisi bagi UMNO dan PAS.

Namun, ia tidak mustahil. PAS telah pun berjaya menghantar 2 orang ADUN ke DUN Johor. Begitu juga DAP. UMNO pun pernah menang 23 dari 24 kerusi DUN di Kelantan pada 2004. Segala-galanya tidak mustahil.

Kawasan campuran. Melayu, Cina, India dan lain-lain terus memihak kepada PR. Satu suasana yang menarik. Boleh jadi juga satu perkara yang diluar dugaan UMNO/BN. Masih ingat dengan PRK Hulu Selangor?. Masyarakat Cina di sana menolak BN. Kebanyakkan mereka memilih PR. UMNO/BN di selamatkan oleh pengundi Felda iaitu orang-orang Melayu yang masih tegar bermazhab UMNO. Isu 'Ketuanan Melayu' barangkali membuatkan orang-orang Melayu terlalu 'Sayangkan UMNO'. Jika tidak ada UMNO, mungkin tidak ada jalan raya, bekalan air, elektrik, beras dan gula. Begitu juga baja dan kain pelikat. Terlalu sinonim dengan pengundi Melayu. Sedangkan masyarakat Cina lebih memetingkan dasar ekonomi dan pendidikan sebuah parti politik. Halatuju dan dasar.

Ternyata perkara ini mungkin tidak disangka oleh UMNO yang merogol persempadanan pilihanraya pada 2003 dahulu. Kawasan Melayu dipecah-pecahkan sesuka hati. Sehingga seluruh kawasan Kedah selatan sehingga ke Johor tidak ada kawasan orang Melayu menjadi pengundi dominan. Semuanya dicampur adukkan. Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohammad yang berjaya memperkudakan SPR bagi persempadanan kawasan pilihanraya semasa menjadi PM dahulu.

Inilah hasilnya.

Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menyaksikan ada pertambahan pengundi langsung tidak ada pertambahan sebarang kerusi baru.

Inilah jasa pemimpin Melayu.

Ternyata senjata makan tuan!

Saturday, May 15, 2010


Kemerosotan sesebuah tamadun manusia digariskan oleh Ibnu Khaldun dengan baik sekali. Beliau menggariskan beberapa faktor yang menjadi sebab musabab sesebuah Tamadun Manusia itu akan hancur dan jatuh merudum. Tanpa mengambil kira faktor yang lain. Saya hanya mahu menyentuh satu faktor sahaja yang barangkali dapat membuatkan kita berfikir dengan hati yang terbuka.

Salah satu faktor yang disebut oleh Ibnu Khaldun ialah, keruntuhan akhlak dan moral manusia. Akhlak dan moral menjadi petunjuk aras dalam sesebuah tamadun manusia itu bertahan kekal atau sebaliknya. Akhlak dan moral datangnya dari kelakuan, sifat, tabiat dan tingkahlaku manusia. Manakala, kelakuan, sifat, tabiat dan tingkahlaku manusia pula dikawal dengan akal fikiran kurniaan Allah SWT. Akal pula mestilah bersangkut dengan agama. Jika hanya dibiar akal menelaah alam. Tanpa melibatkan agama dan kepercayaan. Maka manusia akan hanya menggunakan logik akal mereka semata-mata. Dijauhkan agama dalam kehidupan. Dpinggirkan agama dalam sesuatu tindakan. Maka hasilnya adalah manusia yang murah moralnya. Rendah akhlaknya. Merudum kualiti tingkahlakunya. Rosak binasa.

Tamadun Manusia yang dilakarkan selepas tamatnya Zaman Pra-Sejarah dan Logam ialah hasil buah tangan manusia. Manusia yang diciptakan Allah SWT diberikan hak untuk mengurus. Mengurus segala kehidupannya. Maka, manusia berlumba-lumba membina tamadun untuk kehidupannya bagi mengurus manusia-manusia yang lain.

Diciptanya undang-undang untuk mengurus tingkahlaku manusia. Mengawal dari sudut peraturan. Juga sistem agama dan kepercayaan. Bagi menaruh tindak balas bahawa manusia hidup di atas muka bumi ini ‘bertuan’. Bahasa dan tulisan. Seni dan kebudayaan. Rekacipta dan teknolgi. Diuruskan manusia. Dibentuk masyarakat. Adanya tuan dan hamba. Mengurus dan diuruskan. Kehidupan manusia berubah dari satu tahap ke tahap yang lain. Disebut ‘transformasi manusia’. Alam jahil ke peradaban. Bogel ke berpakaian. Gua ke kawasan perumahan. Sara diri ke perdagangan. Nafsu ke akal fikiran.

Kesemuanya dibentuk oleh manusia itu sendiri. Kata kuncinya adalah mengurus. Mengurus kehidupan manusia ke arah kesempurnaan hidup. Didefinisikan sebagai ‘tamadun’, peradaban, civiliszation, pencapaian, hadharah dan lain-lain.
Manusia yang bertanggungjawan mengaturkan ke semua itu. Dalam teori peradaban ciptaan Ibnu Khaldun. Beliau merumuskan tahap tamadun manusia ada tingga tangganya. Pertama, permulaan atau pembinaan. Kedua, kemuncak atau kegemilangan. Dan ketiga, kejatuhan atau kemerosotan.

Saya memilih untuk berbincang tahap yang ketiga itu. Dengan mangambil satu faktor kajian Khaldun.

Oleh kerana tamadun manusia diciptakan manusia. Tanggungjawab menjahanamkannya juga mestilah dari tangan manusia. Bukan babi hutan atau biawak air. Buaya atau itik dan ayam.

Keruntuhan akhlak dan moral juga adalah datangnya dari manusia. Keruntuhan akhlak dan moral masyarakat merupakan faktor jelas keruntuhan serta kerosakkan sesebuah tamadun manusia.

Beberapa tamadun yang menemui jalan kehancuran boleh dibuktikan dengan jelas. Dengan tidak menolak faktor serangan pihak luar atau bencana alam. Saya menganjurkan akhlak dan moral sebagai tunjang utama.

Tamadun Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada 1400 M adalah contoh terbaik sebagai permulaan perbincangan. Menemui ketiga-tiga tahap perkembangan yang disebut Ibnu Khaldun. Permulaan, Kemuncak dan Kemerosotan. Selain dari serangan Portugis pada tahun 1511 pimpinan Alfonso de Albuquerque. Antara foktor menarik kejatuhan Melaka juga adalah rasuah, iri hati, cemburu dan fitnah. Kekalutan bencana fitnah berlaku ke atas Tun Mutahir hingga ke peringkat beliau dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah. Tatkala itu. Tidak ada lagi yang berkelayakan memegang jawatan Bendahara. Diangkatnya Tun Perpatih Putih yang uzur dan tepok. Lalu, kelemahan pentadbiran Melaka dapat dikesan oleh Portugis yang sudah pun bersiap sedia menyerang Melaka. Akibat kezaliman, menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa, berat sebelah, iri hati, cemburu, adu domba, rasuah dan fitnah. Kegemilangan Tamadun Melaka itu hancur berkecai di tangan penjajah. Seluruh Melaka di tawan. Pusat dagaangan dan pelabuhan. Hasil cukai dan kekayaan. Tamatnya riwayat sebuah Tamadun Melayu di Melaka pada 24 Ogos 1511.

Tamadun Turki Uthamniyyah yang menjadi empayar Islam terkuat dan mengusai dunia Eropah juga menunjukkan tahap kejatuhan juga berpunca dari akhlak dan moral. Mengambil kira faktor Gerakan Turki Muda, pimpinan Kamal Attarturk. Beberapa buah buku berkaitan sejarah Turki tidak menolak sama sekali tabiat dan tingkahlaku kerajaan Sultan Abdul Hamid II itu. Pemerintahan yang tidak cekap dengan bermulanya sikap lupa diri, suka bermewah-mewah, meminum minuman keras, bermain perempuan dan hiburan. Menjadi aktiviti utama sang pemerintah dan golongan istana. Pembaca boleh merujuk sebuah buku yang sangat baik berkenaan kemerosoton Tamadun Islam ini, iaitu ‘Jatuhnya Sesebuah Tamadun’, tulisan Mohamad Nurhakim. Akibat kehidupan yang tidak berakhlak terbabit. Menjadikan Sultan Abdul Hamid II adalah Khalifah terakhir Turki Uthmaniyyah. 1281-1924 M.

Kedua-dua contoh tersebut adalah Tamadun Melayu dan Islam. Kegagalan mengawal akhlak dan moral menjadikan tamadun Melayu dan Islam itu dijajah oleh bangsa Barat.
Al-Quran meliputi sejarah lampau dan peringatan. Nasihat dan ibadat. Undang-undang dan peraturan. Namun, masyarakat Islam adalah umat yang tidak mempedulikan sama sekali kitab peninggalan Kekasih Allah tersebut.

Penyakit akhlak dan moral dalam masyarakat semakin membarah meliputi seluruh umat Melayu dan Islam sedunia. Kehidupan pemimpin dan kerajaan umat Islam sama sekali berbeza dengan apa yang diajarkan al-Quran. Keindahan pemerintahan Islam juga tidak lagi bersinar akibat peradaban kerajaan umat Islam tidak langsung meneliti contoh pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan para Khulafa ar-Rasyidin mentadbir negara.
Kalau dikatakan negara umat Islam mengikuti Barat ada baiknya. Lihat negara New Zealand. Antara negara yang bersih dari rasuah. Hong Kong umpamanya. Mempunyai Suruhanjaya Pembasmi Rasuah antara yang terbaik di dunia. Singapura dan China. Maju dalam ekonominya dan bersih dari gejala rasuah dan tidak hidup bermewah-mewah. Di Jepun. Jika ada Perdana Menterinya yang melakukan rasuah dan pembaziran. Mereka akan membunuh diri sebagai tindak balas kepada akhlak dan moral yang menjijikan. Thailand selepas Thaksin mengambil alih pemerintahan menggubal Undang-undang menembak mati polis yang mengambil rasuah. Di beberapa negara Eropah pula, mereka mengawal aktiviti perjudian dan minuman keras.

Itu negara Barat.

Ia tampak sama sekali berbeda dengan Negara umat Islam. Sedangkan Islamlah agama yang memerangi rasuah, pembaziran, perjudian, larangan arak yang paling keras. Nabi Muhammad SAW meninggalkan peraturan dan undang-undang kawalan tingkahlaku dan moral manusia dengan begitu telitinya. Mangawal tingkahlaku manusia dari melakukan amalan jijik seperti rasuah, menindas, meminum minuman keras, berjudi, berzina, berhibur melampaui batas, membazir dan bermewah-mewah.

Malangnya. Nilai murni ciptaan Allah SWT dan akhlak terpuji peninggalan Muhammad SAW diwarisi kerajaan, pemimpin dan masyarakat bukan Islam. Model pemerintahan yang ditinggalakan para Khulafa ar-Rasyiddin diamalkan sepenuhnya negara Barat. Jadi. Tidak hairanlah mengapa mereka terus maju dalam pemerintahan dan hebat dari sudut teknolgi. Berkuasa dan meluaskan kuasa. Padanlah negara umat Islam terus mundur dan dijajah. Diperkotak-katikan bangsa Eropah sekian lama.
Apakah ini petujuk kepada pesanan Ibnu Khaldun dalam teori keruntuhan tamadun yang diciptakannya?

Akibat keruntuhan akhlak dan moral menjadikan kita terus hina dan papa?
Di Malaysia. Kita baru sahaja dikejutkan dengan pengumuman pemberian lesen judi sukan berbentuk taruhan bolasepak. Lesen yang diluluskan sendiri oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sebuah negara umat Islam. Hadiah lesen tersbut diserahkan kepada tauke judi nombor satu negara, Tan Sri Vincent Tan melalui syarikatnya Berjaya Sports. Sebanyak 2000 lesen premis dibenarkan untuk berjudi dan bertaruh kepada rakyat Malaysia tercinta. Alasan kerajaan bagi mengawal pertaruhan judi haram yang tidak berlesen. Dengan member lesen. Seolah-olah meletakkan ‘Sijil Halal’ maka kawalan ke atas judi haram dapat dibanteras pihak berkuasa.
Singkat sungguh pemikiran pemimpin kita. Mengapa tidak diharamkan dan bertindak menyerang sahaja lubuk judi haram. Tidakkah itu cara yang terbaik. Tidak cukup penguatkuasa. Lantik sahaja beribu-ribu pemegang ijazah yang menganggur sebagai Pegawai Penguatkuasa. Berikan mereka gaji dan pendapatan. Salurkan jawatan melalui SPA. Saya pasti berpuluh-puluh ribu manusia akan menawarkan diri. Beruntung dari segi ekonomi. Rakyat yang ada pekerjaan dapat membeli dan menjana ekonomi barangan.
Dari segi pendapatan negara. Wang judi atau cukai pengeluaran lesen ini akan diletakkan di dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan. Disatukan bermakna dicampur adukan dengan wang cukai dari pelbagai sumber kewangan yang lain. Apabila disatukan. Ia akan dijadikan pendapatan ekonomi negara dan akan dibelanjakan oleh kerajaan untuk pelbagai pengurusan dan pembangunan rakyat jelata. Ia akan ke sektor pendidikan, pertahanan, gaji kakitangan awam, belia, kebajikan, pembinaan jalan raya, pembinaan segala kemudahan masyarakat sejagat. Ke semua perbelanjaan ini datang dari pelbagai sumber. Halal dan haram. Maka, dibinalah ekonomi negara kita dengan sumber haram tadi.

Mana keberkatannya dalam pemerintahan?. Mana kerahmatan dari Allah SWT kepada negara. Mana tidaknya masyarakat kita murah sekali moralnya. Mana tidaknya jenayah berleluasa. Mana tidaknya anak-anak remaja kita rosak peribadinya?. Mana tidaknya rakyat negara kita rendah kualiti tingkahlakunya?

Apabila akhlak dan moral kerajaan, pemimpin dan rakyat semakin jauh dari akal dan agamanya. Semakin hampir tamadun manusia di bumi Malaysia menuju kehancurannya. Semakin ia dekat sekali dengan kejahilan sifat, tingkahlaku, tabiat, kelakuan dan sivik. Semakin terbuktilah kajian Ibnu Khaldun ke atas peradaban manusia.
Semakin ia hampir semakin rasa takut.
Takut akan kejatuhanannya. Takut akan kehancurannya.

Friday, May 14, 2010

Selamat Hari Guru





Siapa anda?

Jurutera, peguam., doktor, pensyarah, kadi agama, hakim, Perdana Menteri, Menteri, penyelia, jurujual, operator pengeluaran, ahli sukan, atau apa sahaja.

Kita bermula sebagai pelajar. Yang mengenali A-Z. Alif, Ba, Ta. 1 hingga 100. Kajian Tempatan, Sains, Sejarah, Geografi, Fizik, Kimia, Biologi dan lain-lain. Bermula dari saat tersebut. Hingga menjadi seseorang. Berjaya atau tidak. Gagal atau sebaliknya. Hantu atau ‘orang’. Syaitan atau Malaikat. Semuanya bermula dengan guru.

Gurulah yang merencanakan segala-galanya untuk masyarakat di peringkat sekolah rendah dan menengah. Di kolej atau universiti. Pondok atau madrasah. Merekalah yang penuh dengan ilmu di dada menyumbang segala-galanya pada anak bangsa.

Mereka menghitung semunya. Peranan yang diberikan kerajaan membangunkan manusia di ala mini. Menyampaikan ilmu bertahun-tahun lamanya. Mendidik dan melatih manusia menjadi ‘manusia’.

Dengan keberkatan mereka. Kita berjaya di alam ini. Dengan kegigihan mereka. Sebagai pejuang ilmu memerangi manusia yang tidak pandai membeca, mengira dan menulis.

Hasil usaha tanpa jemu. Membina masyarakat pebuh gemilang. Berterusan pahala mendidik. Membawa cahaya keberkatan untuk dijadikan ‘lampu’ di alam barzah. Mengamaklan ilmu yang diperolehi. Dikongsi dengan segenap manusia.

Saya memohon kepada Allah SWT. Memberkati semua guru-guru yang pernah mendidik saya secara langsung atau tidak langsung. Sepanjang hayat saya menerima ilmu di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. Saya juga memohon agar mereka dilimpahkan rahmat yang agung dari Allah SWT. Diberikan umur yang panjang, rezeki yang murah serta ilmu yang kekal. Semoga mereka semua dihitungkan pahala oleh Allah SWT atas usaha keras menjadikan saya ‘manusia’.

Di sini. Saya rakamkan beberapa nama yang pernah menjadi guru saya secara langsung atau tidak langsung. Meraka yang saya ingati lebih dari 15 tahun yang lalu dan yang terbari diperingkat universiti. Sekalung tahniah dengan ucapan 'Selamat Hari Guru' cikgu!

Cikgu Aminah, Cikgu Fatimah, Cikgu Zaini, Cikgu Ghani Mehat, Cikgu Noordin Tahir, Cikgu Fauziah, Cikgu Suhaimi, Cikgu Shuaimi, Ustaz Zaini dan lain-lain.

Cikgu Nor’ Ain, Cikgu Azizah, Cikgu Hafiza, Cikgu Norizah, Cikgu Sarina, Ayahanda Ustaz Razak, Cikgu Sharmila, Cikgu Roslan, Ustazah Zaharah, Cikgu Zahir, Allahyarhamah Cikgu Zuraida, Cikgu Suzanna, Cikgu Aminah, Cikgu Rozita, Mr. Vespalingam, Mr.Kuppusamy, Madam Anna, Mr.Malakar, Cikgu Halim KH, Cikgu Munizah dan lain-lain.

Prof. Emeritius. Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, Prof. Madya. Dr. Siti Hajar, Prof. Madya. Dr. Faezah Yunus, Prof. Abdul Hadi Zakaria, Prof. Dr. Abdullah Ghazali, Dr, Zulkarnain, Prof. Dato’ Dr. Zainal Abidin Borhan, Prof. Madya. Dr. Redzuan Othman, Dr. Azhar Md.Eros, Prof. Dr. Wahid, Prof. Dato’ Dr. Zainal Keling, Pn. Ezarina, Pn. Faridah, Pn. Nakia, Pn. Noralina, Pn. Roziana, Cik Zaitun dan lain-lain.

Semoga mereka semua di berkati Allah SWT.

Sambutan Hari Guru ini kita kongsi bersama.

Selamat Hari Guru Cikgu Zul!

13 Mei: Permusuhan Kaum atau Politik?


Pada 13 Mei yang lalu genaplah 41 catatan sejarah berkenaan dengan peristiwa pergaduhan politik antara masyarakat Melayu dan Cina yang melanda negara kita.

Permusuhan yang dimulakan dengan kempen-kempen berbaur perkauman antara UMNO, Gerakan dan DAP berakhir dengan tragedi yang sangat menyayat hati. Akibat nafsu politik ketiga-tiga parti tersebut telah menyebabkan hampir 200 lebih nyawa terkorban. 1000 lebih tercedera. Dan berpuluh-puluh lagi hilang entah ke mana. Kerosakan juga turut berlaku di sekitar ibu negara terutama di kawasan-kawasan bandar Kuala Lumpur, Kg.Baru, Kg. Pandan, Kepong, Klang dan lain-lain tempat. Darurat diisytiharkan hampir 2 minggu ke atas ibu negara. Lain-lain tempat dikawal rapi oleh tentera. Semua sekolah ditutup. Aktiviti harian juga terhad dari jam 6 pagi ke 6 petang.

Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berada dalam kawalan rapi.

Lain-lain negeri tidak berlaku sebarang kekacauan terutama di Kelantan, Terangganu, Pahang, Kedah dan Perlis. Walaupun masyarakat Melayu majoriti di negeri-negeri tersebut. Seorang pun orang Cina tidak terbunuh di situ.

Inilah buktinya bahawa Tragedi 13 Mei bukanlah ‘permusuhan perkauman’. Ia lebih kepada ‘permusuhan politik’ antara UMNO, Gerakan dan DAP.

Apa yang tersirat?

Keadaan kita memahami dengan pembacaan bukan ucapan adu domba. Saya suka mencadangkan sebuah buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman, ‘13 Sebelum dan Selepas’. Tunku menghuraikan dengan penuh panjang lebar. Berdasarkan orang nombor satu negara ketika kejadian itu berlaku. Memimpin negara dalam keadaan darurat dan ketidakselesaan. Hasil politik perkauman parti yang dipimpinnya dan parti lawan dari masyarakat Cina.

Tragedi ini berkait rapat sekali dengan Pilihanraya Umum 1969. Sebelum pilihanraya lagi. Keadaan kempen perkauman dan adu domba dimainkan parti politik yang bertanding. Cabar mencabar. Fitnah dan hasutan.

Keputusan pilihanraya menunjukkan kemuncak tragedi. UMNO sebagai parti pemerintah mengalami kesusutan kerusi di Semenanjung. Selangor dan Perak terpaksa berdiri sebagai kerajaan hasil ehsan parti lawan. Kedua-dua negeri ini tidak ada mojoriti kerusi DUN pada tahun 1969. UMNO-Perikatan haruslah mengenang jasa YB.Dr. Tan Chin Kun yang berdiri bagi pihak UMNO pada hari pertama Sidang Dun Selangor bagi menyokong Perikatan untuk membentuk kerajaan. Selepas selesai pengundian. YB Dr. Tan kembali ke tempat duduk Pembangkang.

Pergaduhan politik ini hanyalah tertumpu kepada penyokong ketiga-tiga parti yang saya sebutkan diperingkat awal. Agenda perkauman yang dimainkan merekalah yang membuatkan Malaya kacau bilau. Hasil serangan perkauman dalam pendekatan politik. Menyaksikan masyarakat awam yang lain menjadi mangsa yang tidak berdosa. Inilah akibatnya jika kita menggunakan pendekatan kaum dalam perjuangan politik.

Mungkin. Bagi sesetangah pihak tidak menyedari akan hal ini. Rakan-rakan dari UMNO juga sudah pasti menyalahkan kaum Cina dalam hal ini. Manakala masyarakat Cina pula sudah pasti menuding jari kepada orang Melayu dalam tragedi ini.

Pentafsiran sejarah berdasarkan emosi dan perkauman sama sekali berbeza dengan pentafsiran sejarah berbentuk kajian dan pembacaan. Jika kita meneliti secara jelas. Pentafsiran sejarah berkenaan 13 Mei sudah pasti menunjukkan kepada kita ‘permusuhan kaum’.

Sebaliknya. Jika kita menilai secara berhemah. Tafsiran sejarah mungkin voleh berubah sama sekail. Saya sejak dari mula lagi tidak menerima sama sekali Tragedi 13 Mei sebagai ‘Permusuhan Kaum’. Saya memilih melihat Tragedi 13 Mei ini sebagai ‘Permusuhan Politik’. Permusuhan hasil politik adu domba dan perkauman.

Kalau dilihat dari sturuktur kejadian. Pembunuhan antara masyarakat Melayu dan Cina tidak berlaku di kedah, Kelantan, Terangganu, Pahang dan Perlis. Kalaulah ia ‘permusuhan politik’ sudah pasti sudah banyak mayat orang Cina di negeri-negeri tersebut. Hal ini kerana. Orang Melayu adalah majoriti di situ. Tetapi sebaliknya. Orang Cina dan Melayu langsung tidak ada persengketaan di sana. Di Pulau Pinang pun. Hanya satu pembunuhan berlaku. Itu pun melibatkan seorang penyokong UMNO dan Gerakan. Bukan masyarakat awam. Ini bermaksud. Penyokong UMNO menyerang orang Cina dari kalangan penyokong Gerakan dan DAP. Manakala orang Cina dari penyokong Gerakan dan DAP menyerang penyokong UMNO. Setelah kekalutan berlaku. Barulah ditiupkan ‘api perkauman’ mengajak seluruh orang Melayu bangkit menentang orang Cina. Orang Cina menyeru masyarakatnya menyerang orang Melayu. Ini bermakna ia bermula dengan ‘permushan politik’.

Di Kelantan sebagai contoh. Menteri Besarnya, Tan Sri Asri Muda telah memanggil semua Ketua Kampung bagi menjaga keselamatan semua kaum. Orang Cina langsung tidak diapa-apakan. Aktiviti ekonomi dan sosial berjalan secara harmoni sepangjang tragedi.

Bahkan. Jika dilihat dari sudut pengisytiharaan darurat. Ia hanya berlangsung di Kuala Lumpur. Kalaulah ‘permusuhan kaum’ sudah pasti seluruh negara mengalami akibat yang sama.

Sumber sejarah datang dari dua sudut. Sumber pertama dan kedua. Barangkali masyarakat kita terlalu tertumpu kepada sumber kedua. Yang sudah diolah. Selepas diolah. Pentafsiran sejarah kadang-kadang ditulis untuk memihak kepada satu-satu pihak. Berlaku bias dan berat sebelah.

Barangkali begitu. Mungkin tafsiran orang lain-lain. Sama seperti saya. Melihat Tragedi 13 Mei 1969 sebagai ‘Permusuhan Politik’.

Berkaitan:
Jika tak tau apa itu 13 Mei 1969
Melayu Bangkit

Wednesday, May 5, 2010

RM4 juta



Tidak perlu RM4 juta untuk burukkan individu yang sedia buruk.

Kalau inilah nilai bekas pemimpin No. 1 negara, bekas Imam Hadhari, bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

Ini juga adalah bukti kejayaan UMNO mentadbir negara. Melahirkan pemimpin negara.

Petroleum & Gas: Saman Awam Warganegara Ke Atas Kerajaan Malaysia

Kedaulatan wilayah adalah penting untuk setiap negara. Sepanjang sejarah, banyak perselisihan wilayah berlaku antara negara-negara yang telah mengakibatkan perang. Pengasas negara Malaysia memberikan penghormatan yang tinggi untuk melindungi wilayah kita dengan menyediakan peruntukan dalam Artikel 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara ini. Berasaskan latar belakang ini, pendedahan tentang urus keluar wilayah Malaysia kepada Brunei adalah memeranjatkan.

Tidak kira betapa berkuasanya seseorang Perdana Menteri itu, namun Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang Perdana Menteri Malaysia menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain samada di daratan atau lautan.
Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah.

Bertolak dari peristiwa penyerahan sempadan laut Malaysia kepada Brunei, kami menuntut tindakan berikut ini dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib:

* Mendedahkan kepada awam semua perhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya penyerahan ini.
* Mendedahkan semua keputusan Kabinet mengenai perkara ini atau.
* Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu ini.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara kita kejadian yang sama berlaku selepas negara merdeka. Maka, demi kepentingan negara dan kepentingan awam, kejujuran, keterbukaan dan ketelusan oleh kabinet dan Perdana Menteri adalah sangat diperlukan.

Tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari Kerajaan Pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara kita. Satu darinya ialah integriti dan kedudukan Petronas sendiri sebagai badan multinasional yang terpaksa membatalkan kontraknya dengan pihak lain yang akan menunjukkan kontrak-kontrak dengan Petronas adalah tidak terjamin sekaligus akan melemahkan Petronas.

Selepas satu tempoh yang memuaskan berlalu tanpa sebarang tindakan seperti yang saya cadangkan di atas, saya mencadangkan sebilangan rakyat Malaysia memfailkan saman awam warga negara Malaysia (citizen civil suit) ke atas Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengisytiharan penyerahan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan kehendak Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan.

Saya berharap ahli-ahli Parlimen, para peguam, NGO, dan orang perseorangan termasuk dari Sabah dan Sarawak, boleh bersama saya nanti memfailkan kes ini di mahkamah.

Saya juga akan menulis surat kepada semua ADUN Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka agar menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan memanggil satu sidang DUN khas untuk membahaskan isu ini.

Sesiapa yang berasakan bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan sewenang-wenangnya menggadai wilayah negara ini, boleh menghubungi saya atau pembantu saya menerusi alamat email gadailautmalaysia@gmail.com.

YB Dato’ Haji Husam Haji Musa
20 Jamadilawal 1431
5 Mei 2010

Terima Kasih


Akhirnya wakil rakyat UMNO/Bn mengaku jua bahawa mereka telah membelanjakan RM77 juta wang negara untuk membiayai APCO Worldwide, salah sebuah syarikat milik Yahudi-Isarel.

Terima kasih tidak terhingga atas pengakuan ikhlas dari wakil BN tersebut.

Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini berkata perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.

"Saya mahu katakan bahawa RM77 juta adalah risikonya, jumlah yang diperlukan untuk membaiki masalah yang dicetuskan Pakatan," kata Rahman.-TVSelangor.com

Kerana untuk terus mengekalkan kuasa di atas bumi Malaysia dari diambil alih Pakatan Rakyat. UMNO/BN sanggup membuat apa sahaja. Walaupun tindakan mereka telah mencemarkan nama Malaysia sebagai negara umat Islam dan negara Pengerusi OIC.

Terima Kasih Rahman Dahlan.

Walaubagaimanapun. Saya masih kasihankan penyokong-penyokong UMNO diperingkat bawahan. Terutama yang tinggal di kampung, felda dan taman. Yang masih cenderung menyokong parti yang telah bersengkongkol dengan Yahudi-Israel. RM77 juta dibelanjakan.

Ada diantara mereka yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda. Dari pelbagai lapangan. Tetapi hati mereka terus digelapkan dengan kiblat assabiyyah dan perkauman.

Ada teman-teman. Kononya bergerak untuk bangsa. Tetapi berselindung disebalik kuasa. Memeterai hubungan dengan Yahudi-Israel.

Saya sebut sekali lagi. Kawan-kawan. Ini bukan lagi soal UMNO-PAS.

Ini soal maruah negara. Masalah keselamatan negara. Masalah bangsa dam agama kita.

Bukan semua urusan kerajaan milik UMNO atau politik. Ada kalanya kita harus mengatakan tidak dengan berpendirian unuk negara, bangsa dan agama.

Bukan menyokong membabi buta!

Jangan pula ada yang komen, "kalau kerajaan Kelantan pentadbiran nampaknya takdak yang berjaya".

Itu bukan jawapan, kawan.

Tuesday, May 4, 2010

Utusan Malaysia: RM4 juta atau RM320 billion?


Utusan Malaysia yang menjadi media pro-UMNO/BN lebih bimbangkan wang negeri Kelantan yang digunakan untuk Operasi Gerak Saraf melemahkan UMNO di Kelantan. Tanpa memikirkan kita baru sahaja terlepas RM320 billion banyaknya.

Jika RM320 billion ini kita perolehi. Pasti ada peruntukan kepada Kementerian Pelajaran tidak perlu dipotong. Dan hal-hal lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata.

Lidah rasmi UMNO itu lebih gemarkan propaganda dan adu domba. Begitu juga Menteri Dalam Negeri yang lebih gemar memanggil wartawan mendesak Kerajaan Kelantan menjawab isu yang dibangkitkan oleh sebuah blog dari menghuraikan Kes Pembunuhan adik Nurin Jazlin yang masih tertangguh, adik Syarlini yang masih hilang dan kematian mengejut Aminul Rasyid di tangan polis. Mendesak. Puteri UMNO apatah lagi. Menggeli gelaman dibuatnnya apabila Mustapha Mohammad juga mula mempersoalkan mana datangnya RM4 juta ini.

Masih ingat kes PPRT dan MARA?. Yang dirosakkan oleh Dato' Annuar Musa dan Dato' Seri Mustapha Mohammed. Barangkali ada yang lupa. Tidak mengapa. Ada masa nanti kita bongkarkan penyelewengan tersebut.

Kehilangan 2 blok pengeluaran minyak kepada Brunei telah didedahkan dengan baik sekali oleh Yang Berbahgia Tun Mahathir Mohammad. Kita bukan sahaja kehilangan 2 blok yang menjanjikan pulangan RM320 billion malah wilayah Limbang juga sedang meniti ke arah yang sama. Wilayah yang kita diami semakin mengecil akibat ketidakcekapan pemerintah peka akan isu yang berbangkit.

Kes Pulau Batu Putih adalah bukti kerajaan terlalu lembab dan kelemahan Peguam Negara Malaysia mengusulkan hujah-hujah berkualiti.

Barangkali akibat terlalu sibuk menaja kempen murahan APCO-UMNO yang semakin sinonim tersebut maka menteri kita terkebelakang tentang isu. Di tambah lagi dengan kenyataan-kenyataan bodoh oleh Sang Menteri. Bertambah bodohlah pengikut dan penyokong.

Utusan Malaysia dijadikan rujukan para rakyat jelata. Maka muka hadapannya mestilah yang sensasi terutama kalau melibatkan parti pembangkang.

Anda perlu tahu. Utusan Malaysia adalah akhbar negara bukan akhbar parti. Harakah adalah akhbar parti. Dibiayai wang parti dan tidak melibatkan wang Kerajaan Negeri. Kalau UMNO keluarkan akhbar sendiri yang dibiayai duit parti hendak mencarut pada pembangkang pun tidak mengapa. Itu hak demokerasi mereka. Tetapi jangan guna wang negara untuk kepentingan parti dan diri. Salah dan berdosa!

Kerana terlalu begitu. Ada yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda pun jadi 'cerdik' dengan maklumat Utusan Malaysia.

Masakan tidak. Ada yang berhujah. Kelantan pun tidaklah berjaya mana sepanjang diperintah PAS.

Minda Utusan Malaysia.

Barangkali sakit hati melihat PAS memerintah Kelantan tanpa rasuah dan penyelewengan, tender secara terbuka, perbelanjaan yang berhemah, Skim Takaful Kifalah untuk warga emas sebanyak RM2500.00, Skim Ladang Rakyat, berjaya membayar hutang negeri sebanyak RM400 juta yang ditinggalkan UMNO, menurunkan indeks kemiskinan negeri, pembangunan yang sederhana, masyarakat Melayu yang mendominasi perniagaan, Islam sebagai panduan pemerintahan, MB yang boleh mengimamkan solat dan memberi kuliah setiap pagi Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu dan ahli-ahli Exco yang tidak pernah didakwa di mana-mana Mahkamah atas kes rasuah dan penyelewengan!

Ini dianggap tidak berjaya.

Mungkin fakta ini boleh dianggap sebagai kejayaan terulung.
1. Sekatan bantuan Sekolah Agama Rakyat.
2. Menyekat hak Kelantan mendapat royalti minyak sebanyak RM4 biliion.
3. Menghilangkan enjin jet di bawah kawalan TUDM.
4. Menghilangkan cip komputer di kargo MAS di Pulau Pinang.
5. Meniupkan api perkauman pada tahun 1969 dan 1987
6. Menyebabkan kematian A.Kugan, Teoh Beng Hock dan Aminul Rasyid
7. Membiarkan seorang peguam India mengatur perlantikan hakim di Malaysia
8. Memberi sebuah gunung kepada seorang Cina bergelar Tan Sri untuk membina pusat judi dan kasino.
9. Memberi kebenaran kepada Tan Sri Vincent Tan membina pusat judi di Bukit Tinggi
10. Mengkayakan Patrick Lim dengan projek Monsun Cup di Terengganu
11. Membina sebuah stadium bernilai RM300 juta dengan hanya boleh bertahan selama setahun dan runtuh. Memalukan!

Ada lagi kejayaan UMNO. Ada masa kita tambah lagi. 50 tahun memerintah.

Saya tanya seorang kawan. Apa nak jadi dengan negara kita setelah beberapa perkara di atas berlaku dalam masa 2 tahun ini.

Dijawab. Persoalannya bukan apa nak jadi dengan negara kita tetapi isu-isu berbangkit persediaan untuk kita menjadi pemimpin.

Saya faham. Jawapan saya melalui SMS. Kerajaan yang sedia ada sudah gagal mentadbir negara.

SMS berbalas. Kelantan pun tidaklah berjaya mana.

Nampak tidak?

Terima Kasih Utusan Malaysia.

Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang


PM sifatkan penyerahan sempadan bersama dua medan minyak Blok L (Lah?) dan M (Mahathir?) kepada Brunei sebagai win-win.

Rais Yatim selaku Menteri Luar, ketika mengulas gagalnya Malaysia di Mahkamah Antarabangsa dalam mempertahankan kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dulu juga sebagai 'win-win'.

Najib pula selaku TPM waktu itu, ketika diminta mengulas kekalahan Malaysia itu menyebut: "Keputusan hari ini menunjukkan kita berjaya di dalam separuh daripada tuntutan kita, manakala separuh kita adalah gagal. Ada juga yang melihat keputusan hari ini sebagai 'win-win situation," katanya.

Kita menang separuh - gagal separuh! Ikut logik Najib kita kalah dan sedia menerima kekalahan itu sebagai win-win.

17 November 2008, Singapura pula telah menganugerahkan darjah negara tertinggi Singapura kepada pasukan mereka di ICJ - merayakan kejayaan yang dikira sangat penting dan strategik itu.

Chief Justice Chan Sek Keong; Tommy Koh, Ambassador-at-Large; and Justice Chao Hick Tin, Peguam Negara Singapura telah mendapat anugerah Darjah Utama Temasek, Darjah Utama Nila Utama, Darjah Utama Bakti Cemerlang . Semua anggota yang lain juga turut dikurniakan anugerah.

Pada 4 November 2008, ekoran kemenangan ke atas Batu Putih, Lee Kuan Yew ketika berucap di Singapore Energy Conference menyebut Singapura akan menambak perairan sekitar pulau itu dan akan mendirikan loji janakuasa nuklear. Begitulah kesan kalahnya tuntutan kita walaupun yang dipertikaikan hanya sebuah batu timbul yang kecil! Apa lagi sebuah kawasan laut yang luas.

Turut menganggotai pasukan Singapura ialah Timbalan Perdana Menteri mereka. Mereka serius dan bersungguh-sungguh dan tidak hairanlah mereka berjaya.

Kita cuai sejak ratusan tahun lalu lagi.

Satu dari sebab mengapa ICJ memberikan kemenangan kepada Singapura ialah surat dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1953 bahawa Johor tidak menuntut kedaulatan ke atas pulau itu. Sementara itu, peta Malaysia yang kita keluarkan sendiri antara tahun 1960an hingga 1970 an meletakkan pulau ini di luar wilayah Malaysia. Hanya pada tahun 1979, kita mengeluarkan peta baru untuk memasukan semula pulau batu putih.

Pada waktu British dan Singapura meneruskan pelbagai aktiviti mereka di pulau ini, Kerajaan Johor tidak mengambil sebarang langkah untuk menunjukkan pulau ini adalah milik kita atau membantah aktiviti-aktiviti itu.

Namun, dalam kes Pulau Batu Putih, kita berjuang sampai akhir walaupun keluasannya tak sampai sebesar padang bola dan tidak timbul akan berlaku sebarang bergolakan antara dua negara berjiran. Bahkan, selepas keputusan ICJ itu kedua negara bersetuju menghormati keputusan itu.

Dalam kes sempadan laut kita dengan Brunei, saya yakin ia tidak akan menganggu hubungan Malaysia - Brunei kiranya kita berjuang sampai muktamad menurut saluran sedia ada.

Jika kita katakan kita terpaksa mengikut kehendak UNCLOS 1982, mengapa sehingga 2003 kita masih menandatangani perjanjian pengeluaran minyak di kawasan ini dengan Murphy Oil? 19 tahun selepas UNCLOS?

Mengapa secara tiba-tiba kita merasakan kita tidak mempunyai hak yang sah ke atas kawasan ini? Apa dokumen dan temuan yang menunjukkan kita tidak lagi berhak ke atasnya?

Sanggupkah kerajaan mendedahkan dokumen itu untuk disemak oleh rakyat awam pada bila-bila masa?

Jika kerajaan mempunyai hujah yang kuat untuk menyokong keputusan yang merugikan itu, apa perlu bimbang untuk rakyat menelitinya? Sekurang-kurangnya ia dibentangkan di Parlimen dan sekarang, Dewan Negara masih bersidang dan kerajaan boleh berbuat demikian sekarang juga.

Tak bolehkah PM ke Dewan Negara dan jelaskan di situ?

Ketika kita menerima berita mengenai kekalahan kita ke atas Batu Putih dulu, anggota kerajaan sendiri menunjukkan reaksi kecewa yang berbagai-bagai. Ada yang cadangkan kita segera bangunkan Pulau Pisang sebelum Singapura menuntutnya pula di kemudian hari. Di Pulau milik Johor ini juga terdapat rumah api Singapura. MB Johor berjanji akan segera bangunkan Pulau Pisang sebagai destinasi eko pelancungan!

Hangat-hangat tahi ayam?

Utusan Malaysia pula pada 27 Mei 2008, beberapa hari selepas keputusan ICJ, telah menulis rencana khas bertajuk 'Pertahankan Wilayah'!

Apakah wilayah yang dimaksudkan itu hanyalah pulau-pulau kecil dan bukan sempadan laut yang luas?

Kita 'bergaduh' untuk mempertahankan pulau sebesar padang bola dan tidur lena ketika wilayah yang lebih luas terlepas bersekali dengan khazanahnya.

Lebih dahsyat lagi, sikap Menteri Luar kita ketika Pulau Batu Putih telah diputuskan menjadi milik Singapura, dalam satu interbiu beliau dengan seronoknya berkata;

Q: You described the ICJ judgment as a “win-win” situation for Malaysia and Singapore. But many criticised the way you deemed it as we lost the crux in contention – Batu Puteh.



"I still maintain my stand that we have half the victory, and half the failure. All are rocks anyway, there is no mempelam (mango) there, nothing, not even a blade of grass. But people like to rub it in. But let's face it. Malaysia did not lose all. Whoever says that, either he or she does not understand the international law result, or they are playing belukar politics."

Lihat! Sekadar batu - tak ada mempelam, tak ada rumput! Kita boleh lepaskan. Sekarang? 'All are sea waters anyway?'

Bagaimana pula dengan dua blok minyak yang kaya? Adakah mempelam lebih penting pada selera Rais berbanding minyak?

Kalau Menteri kita hanya Menteri Mempelam, jangan hairan satu hari Limbang dan Sabah juga akan kita serahkan.

Kedua-duanya adalah tuntutan Brunei dan Filipina sekian lama dan demi 'win-win' serantau seperti logik pemimpin kita, mudah bagi kita menyerahkan Sabah dan Limbang.

Kena 'bayarannya', semua kerja jadi.

Husam Musa
cetusan-hati

Monday, May 3, 2010

Dengki

Peluang untuk menulis sekarang agak terhad kepada saya. Selain sibuk dengan tugasan harian. Ada juga kerja-kerja tambahan yang perlu dibereskan dengan kadar segera. Bagaimana dikata orang. Selagi hidup selagi itu perlu bekerja. Hingga ke liang lahad. Terhenti di situ.


Kemudahan internet di meja saya sudah ditraik. Barangkali ada yang iri hati. Melihat saya terlalu update dengan maklumat. Cerita sahaja di mana. Saya akan menyampuk memberi pendapat. Ertinya saya tahu. Bukan lembu kenyang. Itu yang menyebabkan penulisan saya terbatas dengan ketiadaan notebook atau computer. Ditambah dengan kemudahan internet. Langsung tiada.


Begitupun. Dikelilingi suasana yang agak muram. Maka rajin juga saya menaip di rumah. Lalu, waktu pagi-pagi sebelum sarapan. Saya copy paste apa yang dikarang pada sebelah malamnya ke blog. Itu yang mampu diwaktu terdekat.


Terdengar juga keruh kesah sahabat-sahabat yang bertanya. Kenapa tidak dikemaskini blog sebagaimana sebelum ini. Itulah jawapannya. Diperenggan kedua dan ketiga.


Beberapa hari ini berlaku beberapa perkara yang mengejutkan saya sepanjang berada di sini.

Telatah rakan-rakan sekerja kedang-kadang membuatkan kita boleh mempelajari sesuatu yang tidak ada dalam buku atau website. Dengan pergaulan. Sifat sosial seseorang akan terpancul dengan sendirinya.


Pengajaran yang baik ialah mengamati dan mendekati. Supaya sifat itu lebih terserlah akan baunya. Busuk atau wangi. Jahat atau baik. Hitam ataupun putih.


Maha Kaya Allah menciptakan makhluk. Penuh dengan musim yang pelbagai. Itulah Tuhan sekalian makhluk, alam dan seluruh bintang-bintang di langit.


Dengki.


Antara sifat yang paling saya benci yang ada di dalam sebuah organisasi. Dengki samalah sifatnya dengan iri hati, cemburu dan bodoh. Itulah sifat yang kadang-kadang dekat diri kita.


Walaupun bermandi wuduk dan bercakap doa dan zikir. Kadang-kadang dari anggota itu juga keluar cakap-cakap berbunyi dengki. Timbul cakap-cakap. Maka bermulah mengumpat.


Sinonim. Jahat.


Perlukah wujud sifat busuk dalam diri dalam sesuah organisasi. Baik di mana-mana jabatan atau sektor pekerjaan?. Perlukah adan sifat itu untuk meningkat gaji atau bonus?. Jawatan atau habuan?

Ia begitu sinonim dengan orang kita.


Saya cuba menyelami orang-orang yang suka berdengki. Sifir saya mudah. Segali bertegur, tegurlah. Diam di sana. Di sini jua diam bersama.


Apakah yang mereka perlu untuk meningkatkan potensi diri dengan tidak perlu memburukkan sesiapa atau menjadi musuh kepada orang tertentu?


Kerana orang-orang ini bertaraf juga jawatannya. Orang lama. Senior. Tetapi mencerminkan mereka yang belum berkhatan. Bertindak kebudakan-bidakan. Berbicara penuh plastik!


Bermuka-muka. Pembodek dan pengipas. Pembohong dan penipu. Busuk hati. Hipokrit.


Bermula dengan dengki.


Ada mereka yang bertaraf ibu dan ayah. Tetapi masih bergaul dengan remaja. Berbual cara kotor. Makan sambil mengumpat. Bekerja dengan dengki. Solat dengan hati yang busuk.


Wajah mereka juga menggambarkan sifat penuh busuk, jahat dan menakutkan.


Cebek merata-rata tempat. Tidak setuju di mana-mana. Pantang ada yang ke depan. Dia dibelakang mengeji tidak henti-henti.


Ada sahaja sifat ini di mana-mana.


Bagaimana hendak menghapuskannya?

Saturday, May 1, 2010

Justice for Aminul Rasyid


Kugan dan Teoh Beng Hock sudah pun meninggal dunia. Mati dalam tahanan dan semasa siasatan. Kedua-duanya bukan Bumiputera. Ada ahli-ahli parti yang berasaskan perkauman dan pertubuhan yang assabiyyah memandang enteng isu ini. Seolah-olah bukan bangsa mereka. Apa perlu untuk membela. Padahal kedua-duanya manusia. Diciptakan Tuhan Yang Maha Esa. Walaupun bukan sejenis dengan kita tetapi bukankah Allah SWT menciptakan manusia dari pelbagai bangsa, untuk bersual kenal dan bersahabat.

Sebelum ini juga kita dikejutkan dengan kematian seorang pemuda yang ditembak oleh polis di Perlis. Katanya dia mangamuk. Ditembak polis. Mati. Tiada juga pembelaan.

Kali ini lebih mengerikan. Adik Amirul Rasyid yang berusia 15 tahun, tinggal di Shah Alam mati ditembak oleh polis. Sekian begitu.

Polis dan media massa di Malaysia menuduhnya penjenayah kerana cuba melarikan diri ketika dikejar polis peronda. Belum pun disiasat. Media massa dengan bangganya melaporkan remaja itu penjenayah.

Ibunya membuat penafian keras. Seluruh warga masyarakat berdekatan kawasan perumahan, jiran tetangga, sahabat handai, sekolah, guru dan Imam masjid taman menafikan bahawa adik Amirul Rasyid adalah penjenayah!.

Tamat.

Ketua Polis Selangor meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi. Diam dan tunggu siasatan polis. Parti dan pemimpin politik juga dilarang sama sekali menyampuri urusan siasatan.

Itu kata polis.

Pada saya. Ini hal masyarakat. Semua masyarakat perlu mencampurinya dan membela insan yang bergelar remaja ini. Apa perlu dia ditembak di kepala hanya untuk memberhentikan kereta yang dipandunya.

Ini bukan soal UMNO-PAS. Bukan soal PERKASA atau APCO.

Ini soal keselamatan masyarakat Malaysia.

Kalau pihak yang kita bergantung 'selamat' sudah melakukan peranan pembunuh apa lagi yang boleh kita harapkan dari agensi keselamatan ini.

Sudahlah kes kehilangan dadah di balai polis belum kita ketahui. Rompakan cip komputer di Pulau Pinang masih lagi belum selesai. Kematian Adik Nurin Jazlen masih belum terbela. Kehilangan adik Syarlini dan Mawi belum dijumpai. Enjin jet hilang di gudang TUDM. Skandal V.K Lingam belum ada siasatan. Hari ini kita dengar Blok L dan M pengeluaran minyak negara hilang kedaulatannya pada Brunei.

Muka hadapan Utusan Malaysia tidak melaporkan kehilangan wang negara sebanyak RM320 billion hasil dari perjanjian bodoh Malaysia-Brunei tentang kehilangan hak pengeluaran miyak di Limbang. Yang mereka sibuk tentang 'Kickdefella' mendapat RM4 juta dari pimpinan PAS untuk mengalahkan UMNO/BN di Kelantan.

Berita pembayaran RM77 juta untuk APCO Worldwide juga tidak pernah disiarkan.

Berita negara kita lebih sibuk tentang hal UMNO dan Melayunya.

Saya menulis bukan kerana membenci. Tetapi cukup-cukuplah.

Apa lagi yang tidak berlaku di negara kita.

Kawan-kawan. Ini bukan lagi hal politik. Ini soal negara kita. Pimpinan yang sedia ada sudah gagal untuk mentadbir negara.

Menentang kerajaan bukan bermakna kita mengkhianati negara atau menjadi musuh kepada Malaysia. Ia adalah hak hakiki kita.