Friday, April 23, 2010

Sejarah






Sedikit catatan sejarah.

Gambar ini saya perolehi dari sumber-sumber alam maya. Gambar bekas Bapa Kemerdekaan negara kita yang merasmikan Kilang Arak pertama di Malaysia.

Kilang Guinness Malaysia Bhd ini dirasmikan pada tahun 1966. 3 tahun selepas pembentukan Malaysia yang sebelum itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya.

Tahniah Malaysia. Dari sejak kita merdeka lagi pembangunan dan pelaburan terus pesat membangun. Walaupun ia datang dari sumber yang haram tetapi tidak mengapa.

Ini sejarah. Fakta dan benar.

Nanti-nanti kalau dapat dokumen atau fakta tentang bagaimana Genting Bhd boleh buka Kasino di Genting Higland saya akan paparkan di sini.

Barulah otak kita berkembang. Belajar dan mengetahu sejarah tentang negara kita.

Thursday, April 22, 2010

Arak dan Pemimpin UMNO




Mereka juga terlibat.

Saya tidak menyokong mereka yang minum arak. Jauh sekali untuk mengangkat mereka sebagai 'Juara Rakyat'. Saya cuma memetik beberapa gambar tentang kelaku pemimpin Pemuda yang kaki arak.

Apa yang dibuat oleh Umno/Bn di Hulu Selangor. Seluruh kempen-kempen mereka. Blogger pro-Umno/Bn juga ghairah mendedahkan gambar superimpose kononya Dato' Zaid Ibrahim sedang menunggang arak.

Zaid Ibrahim sudah pun mengaku. Ya. Dia memang peminum arak semasa menjadi Ketua Umno Bahagian Kota Bharu. Semasa menjadi Menteri dan ahli Umno. Dia memang peminum arak.

Pemimpin-pemimpin Umno dan seluruh ahli Umno juga mengetahuinya. Kenapa tidak dibongkarkan sebelum ini?. Jawapanya mudah. Kerana dulu Zaid adalah ahli dan pemimpin Umno. Masakan mereka mahu membuka pekung di dada. Setelah Zaid Ibrahim bersama PR, maka timbulah segala keburukan yang bertalu-talu.

Sama sifatnya seperti Ahli Parlimen PR yang melompat. Zahrain dan Zul Kulim. Semasa di dalam PR. Anwar Ibrahim adalah pujaan mereka. Sahabat peribadi 30 tahun lamanya. Selepas lompat?. Lain pula bunyinya.

Lumrah alam.

Macam orang kahwin. Semasa bersama. Isterilah penawar duka. Cinta dan lara. Bercerai?. Macam-macam pula dikatanya. Tak pandai jaga suamilah, tak pandai hias diri lah, tak pandai layan suamilah, tak pandai itu, tak pandai ini. Macam-macam.

Sekurang-kurangnya Zaid Ibrahim mengaku yang dia pernah meminum arak.

Bagaimana dengan pemimpin yang lain?

Mungkin bukan waktunya untuk mengaku.

Barangkali waktu KJ lompat ke PR nanti. Baru ada bunyi.

Kalau KJ masuk PAS. Saya akan jadi timbalannya.

Hari lahir kami sama tarikh.

Mungkin ada persefahaman.

Penggubalan Soalan

Minggu ini saya bersama teman-teman Unit Sejarah diminta untuk menyiapkan Soalan Percubaan PMR bagi seluruh MRSM.

Saya diminta untuk mengambil bahagian menggubal soalan bagi Bab 5 Ke Arah Kemerdekaan Negara. Tajuk yang sangat-sangat saya gemari. Saya begitu terpengaruh dengan Sejarah Malaysia. Baik dari Sejarah Melaka hinggalah ke sejarah pembentukan Malaysia 1963. Ini bidang saya. Di kolej dahulu juga, saya mengajar subjek yang sama. Di sini pun, saya berada di dalam bidang berikut.

Ini kali pertama saya menggubal soalan yang bagi pelajar-pelajar yang saya tidak kenali.

Sebelum ini pun saya terbiasa membuat soalan. Namun, kali ini agak berbeza.

Soalan Percubaan PMR bukan calang-calang soalan. Teknik dan kaedah ternyata sekali berbeza dengan pengalaman membuat soalan sebelum ini. Sebelum ini saya lebih diminta untuk mengukuhkan Teori Bloom dalam pembinaan soalan. Tetapi kali ini agak berbeza. Solan Sejarah yang dibuat lebih menumpukan tentang Aras dan Silibus mengikut Buku Teks. Ke semua solan mesti dikeluarkan dari buku teks. Tidak yang lain. Gambar, rajah, jadual, carta, petikan ucapan, maklumat dan lain-lain sentiasa digalakkan dimasukkan ke dalam soalan. Kaedah salam, stimulus dan stamp begitu baru kepada saya untuk dipelajari. Begitu juga lakaran aneka jawapan juga tidak boleh terlalu diskriminasi dengan jawapan yang betul. Tidak boleh ada bayangan jawapan. Tatabahasa dan lenggok bahasa juga diharamkan salah. Begitu teliti. Susunan jawapan juga ada kaedahnya. Bermula Ahad hingga Rabu. Berturut-turut kami menyiapkan 60 soalan. Begitu sukar. Satu hari 10 soalan sahaja yang diterima. Berjam-jam lamanya.

Pengalaman yang sangat berharga.

Saya juga berkongsi pengalaman membuat soalan dengan teman-teman yang lain di sini. Pengalaman menggubal soalan di peringkat Diploma dahulu saya pemerkan. Saya cuba membuat yang terbaik. Mempamerkan pengalaman yang sedikit ini.
Di sini. Saya mendapat pengalaman yang berharga. Saya juga tidak segan silu untuk berkongsi. Manalah tahu kalau-kalau ada yang sudi untuk mendengar. Saya sentiasa bersedia untuk memberitahunya.

Itulah ilmu. Sampai dan menyampaikan. Ilmu yang berkat jika diamalkan oleh seluruh anak-anak didik. Insyallah pahalanya hingga ke mati. Harap-harap begitu.
Saya masih ingat. Apabila diminta untuk menjadi ahli panel Forum Kemerdekaan di kolej dahulu. Saya cuba memberitahu audiens tentang apa yang tidak terdapat dalam mana-mana buku teks Kementerian. Tidak boleh terlalu bergantung kepada satu sumber. Ilmu apa sekalipun. Kita harus mempelbagaikan sumber pengetahuan. Caranya dengan membaca. Bacalah banyak mana sekalipun. Ia tidak merugikan kita.

Dalam forum tersebut. Saya cuba mengeluarkan fakta jumud dari sanubari pendengar. Cuba menerangkan hal yang dikira benar dari hati saya. Cuba menegakkan ilmu sejarah. Cuba mempamerkan kualiti ilmu tersebut. Walaupun tidak selengkap mana. Saya mencubanya. Mencuba dihadapan pendengar yang ada.

Saya mengharapkan mereka mengetahuinya. Mengamalkan dengan baik. Berkongsi dengan sahabat handai dan kaum keluarga. Jika ilmu itu diamalkan mereka. Selagi itulah ia menjadi ilmu yang berkat. Selagi ia berkat selagi itulah diharapkan pahala kepada saya. Semoga ia menjadi baik untuk kita semua.

Itulah berkatnya menjadi pendidik. Guru atau pensyarah.
Kita berhadapan dengan karier yang mulia. Karier yang menjamin pendapatan dan pahala. Saham dunia dan akhirat. Begitulah mulianya pekerjaan kita.

Jangan rosakkan ia.

Syukur

Saya mendapat panggilan telefon dari sahabat semalam. Pagi-pagi lagi. Berita gembira telah disampaikan kepada saya. Berita yang sangat-sangat dinantikan. Akhirnya, perjuangan mendapatkan hak saya telah tercapai. Panggilan telefon tersebut adalah berkaitan pembayaran gaji ke atas saya. Pembayaran yang tertangguh itu telah selesai.

Alhamdullillah.

Saya cuma ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak yang sama-sama berusaha menetapkan hak saya.

Jutaan terima kasih kepada sahabat saya di sana. Teman-teman sekerja di sana yang berusaha ke arah tetapan tersebut. Terima kasih juga kepada bos saya. Yang juga bersama-sama menunaikan janji yang telah kita tetapkan dahulu. Terima kasih juga kepada yang lain. Yang membaca isi hati saya. Yang mengerti apa yang saya sampaikan.

Kepada ‘mereka’. Terima kasih kerana akhirnya menunaikan janji.

Pembayaran ke atas saya dibuat melalui cek. Cek itu bertarikh 05 Mac 2010. Jika ‘mereka’ ikhlas, sudah tentu saya tidak perlu menunggu begini lama. Sedangkan, dalam bulan Mac yang lalu saya ada pergi ke sana menguruskan beberapa hal. Kalau ‘mereka’ tulus. Pasti ketika itu saya sudah mendapatkan hak saya. Tidaklah terkejar-kejar sehingga hari ini. Mencatu makan. Mencatu rokok. Tertangguh bayaran kepada bank. Berbagai-bagai. ‘Mereka’ tentu tidak faham. Sudah tentu ada tangan-tangan yang menghalang pembayaran tersebut. Apa sebabnya?. Hanya Tuhan yang mengetahui.

Saya tidak menyimpan sebarang dendam. Cukuplah sekadar itu.

Terima kasih Eyma. Terima kasih Mok. Terima kasih Ustaz. Terima kasih bos!

Semoga Tuhan membalas jasa dan budi baik anda.

Terima kasih kerana bersama saya sehingga hari ini.

Sunday, April 18, 2010

Perjanjian 2 Perkara

Pada saat saya meninggalkan kolej. Peperiksaan semester satu baru sahaja tamat. Saat itu juga semua kertas peperiksaan di bawah selian saya siap semuanya. Begitu juga markah bagi semua tugasan yang diberikan kepada para pelajar lengkap semuanya. Tanpa meninggalkan sebarang satu pun.

Begitu juga amanah sebagai ahli sebuah jawatankuasa yang dilantik kolej juga selesai. Dua buah fail dan perisian fail ke dalam komputer juga saya bereskan. Saat saya ke tempat kerja baru, pada waktu cuti saya pernah berangkat ke sana sekali. Saya bertanya, adakah ada yang saya boleh bantu bagi kerja yang saya tinggalkan. Ketua itu menjawab. ‘Tidak mengapa. Semua akak dah settle kan!’. Katanya dia pada saya. Jauh disudut hati, saya tidak mengenal sombong dengan ‘manusia’ yang saya pernah bekerja dengannya. Bantuan yang diberikan serta pertolongan sepanjang saya di sana. Jazakalllah kasiron saya ucapkan kepadanya.

Perjanjian saya setakat dua perkara tersebut. Pembayaran gaji melalui cek akan menyusul sepas tarikh akhir saya di situ. Tamat.

Peperiksaan akhir semester baru sahaja selesai bagi semua peringkat pengajian. Dua bulan berlalu. Selepas saya tamat bekerja pada semester pertengahan.

Mengikut perjanjian. Yang saya meterai bersama Ketua Jabatan. Yang juga rakan. Tanpa melibatkan mana-mana pihak. Baik ‘akak’ yang disebut pada perenggan kedua tadi atau pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal sumber manusia. Baik dari Kedah atau Kelantan. Tidak melibatkan ‘mereka’ sama sekali. Yang jauh atau yang dekat.

Perjanjian hanya dibuat kami berdua.

Kandungan perjanjian. Ialah saya diminta untuk memeriksa kesemua kertas peperiksaan bagi semester akhir. Saya bersetuju. Tetapi selepas dibayar. Selepas saya meninggalkan kolej. Saya diminta untuk menghantar markah atau datang terus ke kolej memasukkan markah ke dalam sistem. Saya juga bersetuju. Tetapi selepas dibayar. Perjanjian tidak melibatkan sebarang dokumen, hitam putih. Hanya melalui lidah yang tidak bertulang. Suka sama suka. Berjanji setia kami berdua. Tidak akan melibatkan pengkhianatan. Saya juga diminta untuk menangguh perjalanan selama sebulan. Tamatkan silibus. Saya juga bersetuju.

Saya tidak menipu dengan selepas dibayar tidak datang ke kolej untuk memeriksa kertas peperiksaan. ‘Dia’ tidak menipu dengan selepas saya berpindah berjauhan menghalang pembayaran. Itu sahaja.

Perjanjian tamat.

Dua bulan berlalu. Saya masih lagi setia menunggu. Pengkhianatan dalam perjanjian sudah mula berlaku, Saat demi saat. Pembayaran gaji ke atas saya tidak lagi berbangkit.

Perjanjian yang melibatkan dua pihak mula dicampur urus. Dicampuri pihak yang semua orang mengenalinya. ‘Mereka’ berpakat. Menahan pembayaran gaji ke atas saya. Berpakat dari Kedah ke Kelantan. Jauh sungguh.

Perjanjian yang dimeterai pada permulaannya. Mula dirosakkan ‘mereka’. Timbul isu-isu baru. Takut dikata orang atau orang yang mengata yang takut?. Takut saya tidak kembali, menipu dan lari. ‘Dia’ takut kerja yang ditinggalkan perlu dibuatnya. Barangkali. Saya meninggalkan banyak kerja. Kata ‘mereka’. Kerja-kerja yang ditangguh. Terlalu banyak. Saya diminta untuk memeriksa kertas peperiksaan akhir terlebih dahulu!.

Perjanjian telah dikhianati. Mula bayar atau selepas itu. Baru dibayar, Kata pertama, bayar dahulu datang kemudian. Perjanjian baru, buat dahulu baru dibayar!. Perjanjian yang dimeterai ‘mereka’ sendiri. Tanpa melibatkan saya. Saya diminta bersetuju.

Saya telefon tanya Jumaat lepas. Sumber ‘manusia’ itu tergagap-gagap hendak menjawab. Disuruh tanya Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hendak bertanyanya. Saya bertanya sana. Sana suruh bertanya sini. Mana yang betul?. Buat perjanjian semula.

Mereka telah mengkhianati perjanjian saya.

Saya juga akan menurut mereka. 300 orang pelajar di bawah selian saya. Yang mana kelas mereka bercampur-campur. Pelajar-pelajarnya terdiri dari mereka yang baru hingga ke peringkat ahkhir. Markah mereka beterabur di dalam sistem. Hanya saya yang tahu bagaimana hendak menguruskannya. Fail markah berbentuk manual. Yang diisi dengan pen merah, pensil, bulatan, digelapkan dan cerah. Semuanya penuh maksud. Yang hendak ditambah 5,6,7,8,9,10 markah mereka. Saya juga yang mengetahui. Sudah hantar tugasan, tidak hadir, kehilangan kuiz, pembetangan. Saya juga mengetahuinya. Ada fail tersebut di sana. Saya tidak hilangkan. ‘Mereka’ boleh tengok dan isikan.

Saat perjanjian saya dirosakkan. Saya tidak akan ke sana. Saya tidak akan memeriksa kertas peperiksaan atau memasukkan markah ke dalam sistem. ‘Mereka’ buatlah. ‘Mereka’ boleh kongsi berdua atau bertiga. Buat sikit-sikit.

Saya akan mengkhianati perjanjian.

Kepada 'mereka'. Saya sayangkan anda semua. Saat perut tidak diisi, saat kekenyangan. Saat suka dan duka. Saat gembira dan bersedihan kita mungkin bersama.

Tetapi sekali amanah dikhianati. Saat itulah kita putus hubungan.

Dunia akhirat.

Thursday, April 15, 2010

Kucing

Suka kucing?. Rama manusia sangat sukakan kucing. Comel.

Ada juga yang mendapat ketenangan melihat kucing. Murah rezeki pelihara kucing. Penyayang dan belas kasihan pada binatang adalah pahala yang menguntungkan.












Saya kurang sikit dengan kucing. Suka tetapi tidak berminat untuk pelihara.

Saya lagi sukakan ikan. Tidak kiralah 'ikan' apa-apa pun.

Asalkan ada 'insang' dikira 'ikan'!.

Minat


Sebelum ini. Saya agak kurang menulis tentang politik Malaysia. Saya lebih cenderung ke arah pemantapan organisasi dan agenda perubahan sejagat. Fokus tulisan lebih ke arah agenda perubahan.

Saya lebih gemar berbual tentang isu politik. Senang bertanya dan mudah mendapat jawapan.

Malangnya. Saya keseorang di sini. Tempat kerja baru dan dikelilingi suasana baru serta ruang yang diciptakan menghimpit saya untuk berbual tentang politik. Peraturan dan tatatertib juga sentiasa mengekori serta rakan-rakan sejawat yang lebih gemar bercerita tentang perkara lain. Politik jauh sekali. Takut mereka dengan 'Aku Janji'.

Saya tidaklah berani. Tetapi tidak takut memberi pendapat. Saya tidak mahu dilihat terlalu memihak. Jalan yang baik ialah pendekatan 'National Interest' dan Semangat Perlembagaan. Jadi, medan blog menjadi taruhan. Di sinilah tempat saya meluahkan.

Kalau di Kuala Lumpur dahulu. Saya selesa membicarakn isu politik. Tanyalah kawan-kawan. Tidak pernah betul kalau sudah salah. al-Haq' mesti sentiasa ditegakkan. Makruf mesti selalu dimakmurkan. Itu politik. Jalan hidup kita.

Namun, tidak di sini. Saya tidak boleh nampak terlalu ketara. Berbual politik pada tempatnya. Ke cafe setiap pagi hanya minum bersama tidak bersuara. Ke pejabat dengan kerja. Pulang ke rumah jam 2. Petang ke padang bermain bola. Maghrib ke surau. Tidur selepas Isya'. Esok ke tempat kerja semula.

Bosan kan?

Itu lah hidup namanya.

Sebab itulah saya mula menulis tentang politik di sini. Saya sempat meluahkan isi hati di sini. Apatah lagi ada pula pilihanraya kecil di Hulu Selangor. Bertambah-tambah minat saya.

Semoga minat ini terus berpanjangan.

Memupuk semua orang. Minatkan politik.

Tempatan atau Amanah?

BN kian tersepit di Hulu Selangor. Belum pun sempat ke medan perang, mereka tersungkur lebih awal. Pemilihan calon masih lagi berbeku. UMNoApco mempunyai calon pilihannya sendiri. Proksi mereka diletakkan sebagai calon. V. Mugilan, Ketua Pemuda MIC adalah calon pilihan Umno dan Tan Sri Muhyiddin. Manakala di pihak Samy Vellu. Mereka lebih cenderung meletakkan G.Palanivel sebagai calon.

Umno masih bermuka-muka. Dipihak Umno sendiri mereka berhasrat untuk bertanding. Tidak dapat tidak atas alasan 'Perpaduan One Israel'. Opps!. Salah. 1Malaysia. Mereka 'dipaksakan' untuk meletak calon MIC.

Khairy juga bersuara. Mahu meletakkan calon muda di Hulu Selangor. Itu tanda mereka mahukan V.Mugilan. Bukan calon Samy Vellu.

Bagi Pakatan Rakyat. Calon mereka sudah dinamakan. Dato' Zaid Ibrahim akan berdepan dengan sesiapa sahaja sebagai lawan. Baik Umno, MIC mahupun Bebas.

Kemenangan mudah tidak ada bagi mana-mana kawasan di Selongor.

Apa yang lebih penting ialah beberapa isu akan dibongkarkan sebagai kempen di Hulu Selangor.

Sebagai rakyat peminat politik. Kita akan menyaksikan. Apakah Zaid Ibrahim akan ditelanjangkan di Hulu Selangor atau Muhyiddin dan UmnoApco yang akan dibinasakan di sana.

Sebagai yang kita sedia maklum. Kempen Zaid Ibrahim bukan anak tempatan Hulu Selangor bukanlah isu yang yang kuat untuk dipertaruhkan.

Tun Mahathir Mohammad bukan berasal dari Kubang Pasu tetapi dia sentiasa menang di sana. Saifuddin Nasution juga bukan anak Kelantan tetapi dia juga menang di Machang. Mukriz Mahathir adalah orang Alor Setar menang juga dia di Jerlun. Khairy Jamaluddin sentiasa dibesarkan di luar negara tetapi menang di Rembau. Zul Noordin juga bukan anak Kulim tetapi menang kerana PKR kuat di situ.

Apa lagi isu?

Anak tempatan atau wakil rakyat yang telus dan beramanah?. Tidak kira dari mana dia dilahirkan. Amanah adalah kuncinya. Hatta lahir dari Cairo sekalipun!

Isu Umno-Apco akan menjadi topik di sana.

Mungkin ulama dan Pemuda UMno akan menjawab isu hubungan Malaysia-Apco di Hulu Selangor.

Saya juga mengharapkan jawapan dari Ibrahim Ali dan PERKASA.

Umno tetap sahabat Apco. Apco tidak dapat dipisahkan dengan Umno.

Kasihan mereka.

Wednesday, April 14, 2010

UMNO-APCO: Dedahkan di Hulu Selangor

Dato' Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor. Dalam sebutan ramai pihak, nama Zaid Ibrahim muncul juga akhirnya.

Dato' Zaid bukanlah individu asing dalam kancah politik Malaysia. Pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu sebagai ahli BN. Beliau juga adalah bekas ahli MT Umno. Seorang peguam dan mempunyai firma guaman Zaid & Co, sebelum menjualnya. Berpengalaman luas dalam politik Malaysia. Dato' Zaid juga adalam anak Melayu yang mempunyai kepakaran dalam undang-undang serta Perlembagaan Malaysia.

Zaid Ibrahim telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri di JPM selepas tidak bersetuju dengan langkah kerajaan BN terus menerus menggunakan ISA untuk menangkap ahli politik dan NGo'S. Sikap dan prinsip beliau telah dipamerkan dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri. Atas prinsip tersebut jugalah beliau menyertai PKR sebagi kesinambungan hidup politik beliau. ISA yang ditentang atas dasar keadilan dan menentang kezaliman.

Dato' Zaid dipecat dari UMNO selepas menghadiri Perhimpunan Agung PKR. UMNO yang menjadi partinya tidak dapat menerima apabila ahlinya hadir ke majlis pembangkang. Lalu, dipecatnya Zaid.

Dato' Zaid tidak mempunyai jalan sukar di Hulu Selangor. Sebagai ahli politik berpengalaman dan ilmu undang-undang yang sedia ada pastinya dapat memudahkan lagi lalauan beliau ke Parlimen.

Isu-isu yang menarik dipersada politik tanah air juga menyebelahinya. Kehilangan enjin jet, kerosakkan kapal selam, APCO-UMNO, One Israel-1Malaysia, YBK dan Altantuya adalah isu menarik yang boleh dijadikan senjata politik menyerang UMNO.

Penduduk Hulu Selangor majoritinya Melayu dan Islam.

Sentimen One Israel/1Malaysia dan kejahilan pemimpin UMNO yang memberikan kontrak RM28 juta kepada Zionis adalah perkara mustahak yang perlu didedahkan di sana. Tangan Zionis yang membunuh masyarakat Muslim di Palestine adalah tangan musuh umat Islam sedunia. Penentangan terhadap Zionis bukan sahaja melalui hak kita tidak mengoktiraf Israel sebagai negara malah satu sen wang kita juga tidak harus diterima mereka. Baik secara terus atau kontrak!.

Itu ketetapan yang ada.

Hulu Selangor patut mengetahuinya.

Parti bangsa, agama dan negara adalah penipuan sebenarnya. Dalam diam-diam mereka menghulurkan RM28 juta kepada Israel. Menenpatkan ejen Yahudi di dalam agensi polis negara. Menempatkan pegawai Yahudi di pejabat PM.

Dedahkah!

Biar tunduk terdiam.

Tuesday, April 13, 2010

Janji

Anak-anak pelajar kolej tempat saya bekerja dahulu mula menghubungi saya berkaitan dengan peperiksaan akhir semester mereka yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Sebelum perkhidmatan saya tamat di sana dahulu, saya sudah berjanji untuk memberikan tips kepada mereka. Termasuklah soalan-soalan kuiz yang saya tinggalkan pada mereka. Harap mereka membaca dan menyemak semula soalan-soalan kuiz tersebut. Ada yang penting di situ. Ada juga yang sms, telefon dan menghantar email. Saya jawab setakat yang mampu. Saya tidak boleh memberi 'tips' yang lebih-lebih. Saya bukan lagi pengajar mereka.

Soalan dan skema jawapan juga ada pada saya. Saya yang membuat soalan tersebut. Saya juga yang tahu jawapan kepada setiap persoalan yang disoal.

Bagaimana selepas peperiksaan nanti?

'Perjanjian' saya dengan pihak kolej ialah, saya tangguhkan perjalanan saya ke tempat kerja baru dan siapkan segala urusan akademik dan bukan akademik. Setelah semuanya selesai, saya akan diberi bayaran bulan terakhir perkhidmatan saya.

Saya tangguh dan akur dengan perjanjian tersebut. Saya juga diarahkan untuk menyemak dan mengemaskini markah pelajar selepas mendapat bayaran.

Saya akur dan setuju. Itu perjanjian.

Selepas 2 bulan saya ke tempat baru. Status 'perjanjian' tersebut tergantung. Saya begitu komited mengikut perjanjian yang dimeterai bersama dan tangguhkan perjalanan saya ke tempat baru atas arahan dan perjanjian.

Namun, pihak di sebelah sana diam membisu selepas segalanya selesai. Di mana status perjanjian yang kita meterai bersama?.

Adakah masih wujud pembayaran kepada saya?

Atau pembayaran wang tersebut sudah menjadi 'wang ehsan'?

Saya boleh menerima dugaan dan bebanan kewangan hari ini. Saya redha dengan keadaan dan situasi. Wang tersebut mungkin sedikit bagi mereka yang kaya raya, ada ASB atau rumah mewah di mana-mana. Tetapi, bukan orang seperti saya, wang tersebut sangatlah bermakna. Saya bukan orang kaya dan berada. Makan pakai sederhana.

Tetapi, saya berpegang pada janji. Itu prinsip. Apatah lagi kita umat Islam. Mengkhianati perjanjian adalah ciri-ciri golongan munafik. Jangan main dengan janji, ia membawa hingga ke mati.

Tetapkan perjanjian tersebut.

Saya tidak akan memberi sebarang lagi tips peperiksaan kepada para pelajar kerana saya bukan lagi pensyarah mereka. Saya anggap mereka sahabat yang inginkan bantuan.

Saya juga tidak akan menyiapkan sebarang markah dan semakan kertas peperiksaan mereka. Saya tidak ditunaikan janji. Saya dikhianati.

Itu prinsip saya.

Mohon derhaka!

Badan Antara Agama: Perlu atau Tidak?

Mufti Perak dan PERKASA antara individu dan pertubuhan Melayu/Islam yang tidak menyokong Badan Anrata Agama yang ingin ditubuhkan kerajaan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Antara Agama yang ingin ditubuhkan juga dihalang sama sekali.

Bagi masyarakat Islam, Islam tidak boleh duduk semeja atau satu kelambu dengan agama-agama lain. Islam adalah agama yang benar dan agama lain belum tentu lagi kebenarannya. Maka, Islam tidak boleh duduk bersama agama-agama lain yang tidak setaraf dengan Islam. Dialog antara agama juga dihalang. Tidak boleh masyarakat bukan Islam mempertikaikan tentang agama Islam. Duduk semeja nanti bimbang pula tuntutan dari penganut agama lain yang semakin melampau. Itu kata Mufti Perak.

Mufti Perak ini kuat jati dirinya sebagai Melayu. Mungkin, ketakutan beliau kepada Cina melebihi takutnya kepada agama Budhha dan Kristian. Saya masih ingat, beliau mendedahkan yang mana orang-orang Melayu telah dimurtadkan menjadi Kristian. Tetapi sehingga ke hari ini, pendedahan itu hanya tinggal pendedahan. Penganut agama Islam masih belum diselamatkan. Mufti Perak barangkali lupa tentang itu. Dia suka berpolitik. Macam saya.

Beberapa pendapat beliau tentang Badan Antara Agama menunjukkan beliau belum bersedia untuk berhujah dengan penganut agama lain.

Saya bersetuju dengan pendapat beliau, bahawa Islam adalah agama yang benar. Islam agama yang suci. Islam tidak sama dengan agama-agama yang lain di dunia ini. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 19, yang bermaksud "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam" .

Namun demikian, ulama Islam harus keluar dari kepompong yang sedemikian. Ulama dan para Mufti, yang mempunyai kredibiliti dan ilmu agama perlu berdepan dengan situasi yang mana bukan sahaja penganut agama lain perlukan jawapan malah masyarakat Islam juga memerlukan huraian lengkap berkenaan dengan agama mereka. Agama Islam perlu dihuraikan dengan cara yang berhemah bagi pemahaman semua manusia.

Apa yang perlu?

Hujah dan nas. Akhlak dan adab Islam perlu dipamerkan kepada semua pihak. Berhujah dengan penganut agama lain adalah keperluan yang wajib hari ini. Masyarakat bukan Islam perlu difahamkan dengan beberapa isu yang berbangkit. Duduk semeja dengan hujah. Berhujah dan berhujah.

Panduan kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Apa perlu kita gentar untuk berhujah dengan masyarakat bukan Islam dengan panduan yang kita ada.

Sejarah membuktikan Islam dikembangkan dengan hujah dan nas. Nabi Muhammad SAW yang mengembangkan empayar Islam bermula dengan berhujah menentang masyarakat Musyrikin Makkah. Para sahabat juga berbuat demikian. Imam as-Syafie antara tokoh Islam yang sangat gemarkan dialog dan berhujah. Ulama tersohor, as-Syeikh Dr.Yusof Qaradawi juga sebegitu. Ada sahaja peluang, mereka akan berhujah menegakkan kebenaran. Kerana, itu lah peluang yang paling bermakna bagi mereka 'mempamerkan' hujah Islam kepada khalayak.

Isu 'Kalimah Allah' misalnya. Adalah contoh kecetekan ilmu para alim ulama Islam dan tokoh agama bukan Islam. Oleh kerana kita sentiasa mengelak untuk berhujah dan berdialog, maka cetusan logik akal muncul untuk menjawab. Nas dan hujah diketepikan. Hujah agama yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tidak digunakan. Sebaliknya, emosi dan assabiyyah menjadi rujukan untuk menjawab hal sebegitu. Apa yang berlaku?. Surau dan gereja yang dibakar. Itu Malaysia.

Saya tidak menyokong usaha untuk membentuk Gabungan Agama di Malaysia.

Tetapi jika ada usaha membentuk Badan Antara Agama. Yang menghimpunkan agama-agama di Malaysia. Yang diketuai tokoh-tokoh agama yang berkaliber dan berkualiti. Mencari titik pertemuan dan bersikap terbuka untuk melontarkan hujah dan menerima pendapat. Saya amat-amat menyokongnya.

Asalkan, bukan agen Yahudi yang menjadi ketuanya. Atau ejen APCO Worldwide.

Monday, April 12, 2010

1Indonesia


Pertalian erat antara Malaysia-Israel semakin menambahkan bukti yang ada. Bukan sahaja kemampuan Kerajaan dipersoal dalam usaha menafikan hubungan intim tersebut. Malah, jawapan yang dijawab bagi setiap persoalan juga membuktikan sememangnya Israel ada 'peranan' nya di sini.

Bermula dengan isu APCO Worldwide, PDRM dipengaruhi ejen Zionis serta Pejabat JPM yang mempunyai Pegawai Israel di dalamnya. Kerajaan gagal menafikan satu persatu perkara tersebut. Jauh sekali menyangkalnya.

Pemuda UMNO dan PERKASA juga menutup mulut mereka. Riuh rendah tentang Lim Guan Eng anti-Malayu dan anti-Islam juga sudah tidak kedengaran.

Yang lebih parah. Ikatan Malaysia-Yahudi menjadi intipati berita di ruang maya. RTM dan TV3 seolah tidak mengetahui langsung tentang berita UMNO-APCO,APCO-UMNO.

Hari ini. Dibongkarkan lagi sebuah episod dalam drama yang sama.

Indonesia sebuah negara umat Islam yang mempunyai bilangan rakyat Muslim teramai juga menerima 'nasihat' APCO dalam pentadbirannya. Indonesia telah melantik APCO sebagai 'perunding' imej mereka bagi mencipta slogan-slogan baru untuk menarik perhatian masyarakat awam menyokong kerajaan.

APCO-1Indonesia juga tercipta. Lebih menarik, slogan Indonesia juga begitu mirip dengan Malaysia. Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Utamakan.

Adakah ini satu lagi kebetulan yang logik akalnya datang dari sumber yang sama.

Ehud Barak memperkenalkan 1Israel selepas melantik APCO sebagai perunding imejnya.
Malaysia melalui Najib Tun Razak mempromosikan 1Malaysia kepada negara.
Indonesia juga menggunakan platform yang sama.

Kebetulan?

Barangkali begitu.



Berkaitan :
www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf

Thursday, April 8, 2010

Bagi yang belum mengenali APCO, saya dedahkan sedikit maklumat untuk kita berkongsi bersama. Artikel ini dipetik dari sini.

LAMAN web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

Berkaitan :

www.apcoworldwide.com

www.asero.com/index.cfm

Umno-Apco, Apco-Umno

Laungan UMNO-Apco, Apco-UMNO bergema di Parlimen semalam. Hasil dari laungan tersebut yang dibuat oleh MP Pokok Sena, Mahfuz Omar dikenakan tindakan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, aturan mesyuarat 36 (12).

Malang, MP UMNO/Bn terus menerus mempertahankan APCO. Tahinah dan syabas.

Ini modal sebenarnya. Modal mengutuk kerajaan Umno/Bn. Kerajaan dan pimpinan yang sama kononya mempertahankan kesucian kalimah Allah dan Artikel 153 dalam masa yang sama mempertahankan agenda Yahudi di Malaysia.

Berduyun-duyun persoalan yang dikemukakan hanya itu sahaja jalan yang boleh dilakukan Umno/Bn untuk menyekat suara-suara MP Pakatan Rakyat. Peraturan dan aturan. Pendedahan yang dibuat masih belum terjawab.

Siapakah Apco dan dalang syarikat ini?

Kita mengharapkan kerajaan mengkaji semula 'persahabatan' mereka dengan Apco. Hentikan agenda jahat ini. Hentikan khidmat Yahudi di Malaysia.

Harapan kita. Bersihkan segera agenda dan perancangan jahat Isarel di Malaysia. Bumi yang tercinta.

Wednesday, April 7, 2010

Malaysia dan Zionis: Berpisah tiada?

Rejim Zionis sudah mula berkembang di Malaysia. Bermula dengan idea dan teori, penapakan kali ini lebih bersifat 'penjajahan' bentuk kekal.

Amalan sekularisme di Malaysia bukanlah perkara baru. Ia sudah diamalkan oleh negara kita semenjak 1955 lagi dan beratali hingga ke hari ini. Sekularisme adalah sebahagian agenda Yahudi melalui gerakan-gerakan Freemason.

Dalam sidang Parlimen semalam, negara dikejutkan dengan pendedahan Yb Ketua Pembangkang bahawa pasukan polis Malaysia juga menerima 'nasihat' dari Israel. Pendedahan ini dibuat selepas pendedahan tentang APCO Worldwide yang merencana kempen 1Malaysia.

Kewujudan perisik Israel dalam PDRM adalah sesuatu yang sangat-sangat merbahaya. Jentera kerajaan yang menjaga keselamatan negara sudah hilang arah tujunya. Apakah ini suatu lagi episod duka yang melanda negara?

Selepas PM sendiri bersutuju melantik Yahudi sebagai penasihat dan perunding imej, PDRM menerima risikan Israel sebagai 'rakan' dalam talian komunikasi. Masakan ejen Israel tidak bertapak di dalam jentera kerajaan. Syarikat Asiasoft Global PLC adalah syarikat yang berapak di Israel.

Ketua Pembangkang yang mendedahkan hal ini di heret ke Jawatankuasa Hak Parlimen. Dia dihukum kerana mendedahkan hubungan Malaysia-Yahudi. Ini balasan kepada beliau. Yang dituduh masih diam membisu. Bahkan, lebih buruk dari itu, MP-MP Umno/Bn tanpa segan silu mempertahankan APCO di Parlimen. Jawapan dari setiap pertanyaan dijawab menggunakan jawapan dari syarikat Yahudi terbabit. Ini mentaliti wakil rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim juga dipanggil pengecut oleh Ketua Polis Negara hari ini. Patutkan begitu atau beliau seharusnya menyiasat tentang dakwaan terbabit. Apa perlu berselindung disebalik jubah KPN?

Sebagai rakyat Malaysia, anda perlu bertanya sendiri. Kalau pun APCO hanya memberi khidmat dari sudut komunikasi kepada kerajaan Malaysia, apa perlu kita melantik syarikat Israel di Malaysia?. Kalaupun mereka bukan Zionis, apa perlu bangsa Yahudi bekerja di sini?. Apa perlu mereka bekerja dengan Umno/Bn, parti yang kononya mempertahankan bangsa, agama dan negara?. Apa perlu hubungan Malaysia-Israel?

Saya tidak tahu anda. Tetapi perkara ini amat-amat membimbangkan.

Menteri Pertahanan Malaysia, pernah membuat kunjungan hormat bersama Menteri Pertahanan Israel pada tahun lepas.

Enjin Jet negara 'hilang' dicuri.

Kapal selam yang kita beli tidak dapat diselam dengan baik.
Jet Sukhoi yang kita beli sebanyak 18 buah, hanya 2 buah sahaja yang boleh terbang.

Indeks rasuah negara terus menerus meningkat, kadar markah yang diberi pihak antarabangsa kepada Malaysia hanya 4.5/10. Jauh ketinggalan dari Hong Kong, Singapura, Australia, China dan Korea.

Harga barang terus meningkat. GST hendak diperkenalkan.

Peruntukan kepada institusi pendidikan dan sektor kerajaan dikurangkan akibat 'kemelesetan' kewangan negara.

Jenayah semakin meningkat tinggi terutama di bandar dan luar bandar.

Penagih dadah semakin berkembang biak. Masalah sosial seperti zina, arak, buang bayi dan lain-lain juga semakin rancak.

Apa lagi?

Anda tambah.

Ia semakin menakutkan. Menggerunkan dan membimbangkan.

Berkaitan:
Yahudi dapat masuk Bukit Aman pula...
Perisik Israel wujud dalam PDRM
Perisik Israel dalam PDRM calar maruah Raja-raja Melayu
Zionisasi di Malaysia semakin rancak

Tuesday, April 6, 2010


Pengakuan YAB PM bahawa 'kantung' kerajaan semakin berkurangan membimbangkan masyarakat. Bahkan pengakuan itu dibuat atas dasar mengelak dari pertanyaan peningkatan gaji kakitangan awam.

Najib Razak mengakui bahawa asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan Kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji penjawat awam. Sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5% dan tahun ini dijangka melebihi 5.5% pula. Jadi, bagaimana pula tiba-tiba tidak ada duit?

Ada ke tidak ada?.

Kita menanti jawapan yang konsisten dari Najib Razak.

Sebenarnya, Najib Razak terdesak membuat pengumuman bahawa ekonomi berkembang untuk menarik perhatian masyarakat dalam usaha beliau memperkenalkan GST. Cukai yang diperkenalkan untuk dikenakan secara 'direct' kepada pengguna apabila membeli barangan. Kenyataan beliau juga adalah untuk menarik sokongan penjawat awam menyokong GST.

Ramai orang tidak tahu apa itu GST. Ada masa boleh baca. Sebagai pengguna, kita wajar mengetahui implikasi cukai ini. Baik atau buruk. Buat pertimbangan sewajarnya.

GST sudah ditolak rakyat. Sepatutnya akta tersebut sudah masuk ke Parlimen. Tetapi kerajaan sudah tarik semula. Alhamdullilah. Berkat sokongan semua, kerajaan terpaksa tunduk dengan rungutan rakyat.

Apa guna gaji kakitangan awam dinaikkan sekiranya cukai pula diperkenalkan?. Tidak ada perbezaan. Ada duit RM2000. Barang mahal. Tidak dapat beli apa-apa. Cukai naik, secara tidak langsung harga barang akan naik. Mudah sekali hendak faham.

Di daratan. Harga sekotak Dunhill 20 ialah RM9.30. Di Langkawi cuma RM6.40. Kenapa murah?. Langkawi 'duty free'. Dengan adanya cukai, harga barang agak berbeza.

Kenapa perlu GST?.

Jawapannya kerana 'kantung' kerajaan semakin terdesak. Kerajaan gagal mempelbagaikan sumber pendapatan. Gagal sama sekali. Terlalu bergantung kepada sumber petroleum dan gas menjadikan kewangan kerajaan gagal ditambah dengan baik. Rasuah juga adalah punca 'kemelesetan' kewangan. Sikap memboros kerajaan terutama dalam perlaksanaan program dan majlis juga adalah sebahagian puncanya. Jadi, rakyat dikenakan cukai untuk memperoleh pendapatan. Bijak sekali!

Jadi, mungkin bunyi mengugut bukan?. Hendak kenaikan gaji kena terima GST. Itu kata Najib Razak kepada penjawat awam.

Saya tidak tahu hendak berkata apa-apa. Saya tidak ada sebarang gaji buat masa ini. Mungkin Jun, Julai atau Ogos baru mula ada gaji semula.

Sepatutnya saya dapat duit dari 'pihak' tertentu bulan ini. Tidaklah banyak tetapi cukup untuk saya survive. Tetapi belum ada khabar tentang 'wang' tersebut.

Mungkin dah jadi wang ehsan. Barangkali.

Macam di Kelantan. Sepatutnya royalti. Sebab itu hak kerajaan negeri.

Sama macam saya. Patutnya gaji. Bukankah 'kita' sudah berjanji. Tamat sahaja saya dapat yang hak. Saya sudah menurut perintah. Bagaimana anda?

Bukankah orang tua-tua sudah berpesan, "Lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjiya"

YBK: Orang Melayu Tipu Melayu



Dalam surah al-Ma'un, Allah berfirman yang mafhumnya:
"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.."

Kemelut YBK telah terjawab semalam di Ulu Bernam. Kerajaan Negeri telah memenuhi tuntutan masyarakat memberi penerangan dan 'kempen' Pilihanraya Kecil' secara tidak langsung.

Tanah YBK di Serendah. Katanya hendak dibina kampus Uitm. Pengerusi YBK terlalu 'sedih' dengan tindakan Kerajaan Negeri yang mengambil tanah ini. Tanah ini untuk pendidikan orang Melayu katanya. PKR mengkhianati orang-orang Melayu. MB Khalid mengkhianati amanah orang Melayu.

Di hadapan media massa negara. Terutamanya Utusan Melayu, Berita Harian dan TV3. Diulang-ulang lagi perkara yang sama. Khinat, khianat, khianat.

Itu kata Pengerusi YBK.

Tan Sri Khalid mendedahkan bagaimana, tanah yang dijual RM15 seekar tidak dijaga atau diusahakan. Tanah diberi oleh Kerajaan Negeri. Selepas tidak dijaga, tahu-tahu diurus niagakan. Dicagarkan pula kepada bank dengan nilai RM100 juta.

Siapa punya kerja?

YBK adalah agensi kerajaan negeri untuk membantu dan meringankan beban orang-orang Melayu miskin di Selangor. Membantu anak-anak yatim atau yang tidak berkeluarga. Untuk bangsa Melayu. Bukan untuk Cina.

Jika dakwaan Tan Sri Khalid tidakbenar. Pihak YBK wajar mendakwa beliau dengan tuduhan jahat dan fitnah.

Jika dakwaan terbabit benar. Kerajaan Negeri wajar mencari dan menghambat 'penyangak Melayu' yang telah mengkhianati amanah terbabit. Terutama Pengerusi YBK dan bekas MB yang meluluskan cagaran terbabit.

Ini adalah wajar bagi memperlihatkan kepada umum siapa pengkhianat amanah Melayu sebenarnya.

Dalam suasana 'pilihanraya kecil' yang akan datang. Senjata ini molek sekali menjadi bahan kempen menentang pihak yang mendakwa mempertahankan Melayu. Membela Melayu.

PERKASA juga wajar melihat perkara ini. Mungkin ia juga boleh menjadi modal berdemonstrasi di hadapan rumah Khir Toyo.

Dihadapan media massa merekalah wira. Kononya pembela, sedangkan diri penuh duri. Ada saham dalam syarikat tauke judi!. Saya benci orang hipokrit.

Jangan mengkhianati amanah rakyat!

Berkaitan :
Kemelut YBK, MB marah orang Melayu tipu Melayu
Penindas Anak Yatim

Monday, April 5, 2010

Politik dan Seni






Saya ambil gambar-gambar ini dari sini. Ada masa boleh tengok.

Yang lelaki tua itu adalah YB Bung Mokhtar, Ahli Parlimen Kinabatangan. BBC di Parlimen. Siapa yang selalu tonton sidang Parlimen akan biasa melihat wajahnya. Beliau tidak pernah membisu di Parlimen. Ligat dan aktif. Di luar Parlimen pun begitu. Ligat juga dia.

Yang perempuan muda gebu itu adalah Zizie Ezeti. Cantik. Artis, pelakon. Sudah lama dia mencari suami tapi tak berjumpa. Dapat yang 'tua' pun tidak mengapa. Kaya dan bergaya.

Mereka baru berkahwin. Pengantin baru. Memang tengah berbahagia.

Pada pengetahuan saya, Bung Moktar sudah berkahwin. Zizie adalah isterinya yang kedua atau ketiga. Saya difahamkan ibu Zizie juga merestui perkahwinan mereka. Baik budi bahasa kata ibunya pada Bung Moktar. Banyak jasanya pada keluarga Zizie. Ibunya pun tidak terkata akan budi baik si Bung itu. Hairannya, mengapa ibunya yang tak kahwin dengan Bung?. Barulah betul. Tua sama tua. Bagai pinang tua dibelah-belah.

Tapu Bung cerdik. Dia 'sapu' anak. Itu tanda Ahli Parlimen yang ada wawasan. Pandang ke depan. Ibunya tak sepadan dengan Bung.

Apa nak dihairankan?. Lelaki boleh kahwin empat. Ikut sunnah Nabi.

Apa perasaan isteri pertama Bung melihat suaminya ke hulu, ke hilir dengan isteri baru begitu?. Anak-anaknya juga pasti terasa, bukan?. Mengapa tidak ada 'perasaan' begitu pada hati mereka berdua. Bung juga sudah pandai bergaya. Nak ikut dunia glamour isterinya. Janganlah begitu. Bung kan ahli politik. Bukan pelakon seni.

Bung juga kan orang Islam. Zizie juga muslimah. Bukan Tamil.

Bung juga ahli politik, pemimpin dan wakil rakyat.

Apa yang dia sibuk menghadiri majlis artis yang sebegitu?

Sebagai Ahli Parlimen. Bung Moktar adalah 'role model' masyarakat. Sebagai pemimpin, beliau wajar menunjukkan contoh teladan pada masyarakat. Dengan visi dan wawasan negara. Beliau perlu ke hadapan dengan cita-cita politik.

Bukan dengan artis pilihannya.

Siapa artis?. Adalah ada 'kasta' kepada mereka dalam masyarakat?

Di zaman kesultanan Melayu, artis hanyalah 'penghibur' kepada golongan bangsawan. Tidak diajak berkahwin. Mereka hanyalah 'penghibur' kepada Sultan dan golongan bangsawan. Tidak lebih dari itu.

Berbeza dengan masyarakat hari ini. Artis digilakan pemimpin. Berebut-rebut nak berkahwin dengan mereka.

Mungkin jodoh. Mungkin nafsu.

Tetapi kta sedia tahu.

Bung seharusnya mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin masyarakat. Pemimpin yang boleh dicontohi. Bukan bertukar imej untuk nampak lebih 'muda'.

Yang tua tetap tua. Bangka.

Saya tidak cemburu. Saya cuma benci budaya artis. Yang hari ini berjangkit kepada ahli politik.

Hulu Selangor


Pilihanraya kecil akan ada di sini. Beruntung orang-orang Selangor. Rahmat rezeki kembali lagi di sana. Kembali lebih awal dari negeri-negeri yang lain.

Pilihanraya kecil terlalu berbeza dengan Pilihanraya Umum yang diadakan setiap 5 tahun sekali. Pilihanraya kecil akan membuatkan semua parti-parti politik berhimpun di dalam sebuah kem yang sama. Pakatan dan Barisan.

Apa yang menarik. Negeri Selangor merupakan negeri di bawah Pakatan Rakyat. BN menguasai Pusat. Semua orang tahu, BN amat terkilan sekali hilang Selangor. Mereka lebih redha dengan Kelantan, Terengganu, Kedah atau Perlis. Tetapi Selangor 'luar biasa'.

Di sana tempat para profesional Melayu, Cina dan India bermastautin. Ada IPTA dan IPTS. Ada Profesor, Doktor, Peguam, Pegawai Kerajaan dan lain-lain. Ada juga pusat-pusat ekonomi berprestasi tinggi. Lubuk ekonomi Malaysia. Malah, Selangor adalah 'penyumbang' kewangan kepada Pusat. Puluhan projek menanti. Itu yang buat Khir Toyo ternganga sampai hari ini. Ada orang cakap, dia meratap sedih bukan kerana UMNO kalah di Selangor, tetapi kesedihannya ialah 'hilang' tempat nak sapu duit. Bayangkan, seorang MB boleh memiliki rumah bernilai RM24 juta di Seksyen 7. Kaya betul.

Orang cakap, Seksyen 7 tanah mahal-mahal. Orang kaya sahaja yang mampu beli dan bina rumah di situ. Depan Uitm Shah Alam. Saya biasa jalan di situ. Itu nilai Selangor.

Ada juga orang Melayu biasa yang kaya dan tinggal di Selangor. Ada seorang, kaya sangat-sangat sampai bapa dia pakai kereta 3 biji. Semuanya Honda. Tetapi dia kerja makan gaji. Tak tumpang kekayaan mak ayah. Bagus betul. Ayahnya pakai Honda dan Murano. Yang pelik, dia hanya pakai Proton. Mungkin dia patriotik. Gunalah buatan Malaysia!.

Berbalik kepada Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor. Yang pasti BN menentang Pakatan di sana.

Saya mengharapkan masyarakat di Kuala Kubu, Ulu Bernam dan Batang Kali bermesyuarat bermula dari hari ini. Senaraikan permintaan anda. Padang bola, jalan baru, longkang, parit, dewan atau apa sahaja. Nescaya akan diluluskan!.

Itu rezeki dan rahmat. Pohonlah apa sahaja. Itu nikmat Pilihanraya Kecil.

Pakatan akan menggunakan segala kuasa yang ada di peringkat Negeri untuk memenangkan calon mereka. Janji pilihanraya umum dahulu yang belum selesai akan ditambah janji baru. Senaraikan!

BN seperti biasa. Akan membawa wang berjuta-juta untuk dilonggokkan kepada masyarakat Hulu Selangor. Kempen mewah adalah amalan UMNo/BN dulu, kini dan selamanya. Janji manis di mana-mana. Jambatan di Manek Urai belum di bina. Janji di Bagan Pinang jangan cerita. Sampai sekarang tidak nampak apa-apa.

Kain pelikat, beras, gula, baja, tar baru, jamuan akan diadakan sepanjang tempoh kempen. Rezeki masyarakat Hulu Selangor.

Jangan perbodohkan diri anda.

Pastikan anda membuat pilihan yang tepat 25 April ini.

Selamat berpilihanraya!

Sunday, April 4, 2010

Catatan Peribadi



Pagi Jumaat. Negara dikejutkan dengan kematian artis tanah air, iaitu Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi. Ia sangat-sangat mengejutkan saya. Menginsafi saya. Mati adalah perkara yang paling hampir. Tidak kira masa atau sesiapa. Yang muda dan tua. Allahyarham diserang 'Dengue Shock Syndrome'. Al-Fatihah.

Sabtu. Saya bersama teman-teman guru mengiring 2 buah van pelajar ke MARDI. Taman Agroteknologi, MARDI Langkawi. Makan buah-buahan segar dan menikmati suasana hijau. Tenang hati saya di sana.

Malam. Selepas solat maghrib saya menonton perlawanan bolasepak Inggeris antara Manchester United dan Chelsea. Saya tidak mahu ulas tentang perlawanan tersebut. Kerana ia sangat-sangat mengecewakan. Dalam keadaan getir berbaki 5 perlawanan. Manchester tercicir mata berharga di hadapan penonton sendiri. Sepatutnya Man United wajib menang untuk menyingkirkan The Blues dalam perebutan juara liga. Sayang seribu kali sayang.

Itu sahaja untuk hari ini.

Dari pagi hingga ke petang saya terlalu sibuk. Sibuk dengan kerja-kerja yang sudah mula disukai saya.

Perkhabaran dari Kuala Lumpur berkenaan majikan saya sebelum ini masih diam menyepi. Saya tidak mahu komen apa-apa. Yang membaca dan mengenali saya tahu apa masalahnya. Saya masih menaruh kepercayaan pada 'individu' yang berjanji. Saya masih sabar menanti.

Jangan ada yang berdalih pula nanti.

Saya tak marah.

Cuma menyesal kalau ada yang buat begitu.

Bukankah kita kawan dulu?

Thursday, April 1, 2010

Mengapa haram menyambut April Fool?


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’(Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)

Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan! demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam.

Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai 'The Aprils Fool Day'.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan
Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah†dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebutâ€

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.
Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”
Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa 'The April Fool Day' itu dipopulerkan dengan 'ritual' yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: http://www.eramuslim.com

Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang


MEB yang dirasmikan pada Selasa lalu memuatkan satu suruhanjaya. Beberapa pihak agak melenting dengan penubuhan suruhanjaya tersebut. Terutama PERKASA.

PERKASA, menurut Presidennya, Ibrahim Ali membuat ulasannya di sini.

Saya berpendapat ia adalah satu hujah retorik dari seorang pemimpin politik seperti Ibrahim Ali. Sifirnya mudah. Ibrahim akan terus dikongkong hawa nafsu assabiyyahnya. Pemahaman tehadap Artikel 153 menjadi taruhan beliau.

Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang adalah sebuah projek baru negara. Pendekatan kerajaan dalam meluaskan peluang rakyat Malaysia mendapat 'peluang' dalam apa jua bidang wajar disokong. Kita harus mengeluarkan diri kita dari cengkaman api perkauman. Sebagaimana biasa di mana-mana negara berbilang kaum. Penafian terhadap kaum-kaum tertentu wajar dihalang. Dalam hal ini, saya menyokong penuh hasrat kerajaan mengembalikan semangat Bangsa Malaysia.

Peluang orang-orang Melayu mengembangkan bakat dan kebolehan tidak pernah dihalang sama sekali. Bahkan, kita mendapat lebih banyak peluang dari kaum-kaum lain. Artikel 153 membuktikannya. Namun, sejauhmanakah kita menggunakan peluang tersebut. Sejauhmana kita membantu orang-orang Melayu meningkatkan pendapatan mereka dan keluar dari garis kemiskinan?

DEB sebagai contoh. Dasar yang dibuat bagi meningkatkan ekonomi Bumiputera dalam negara. Setelah 30 tahun dasar itu bergerak, berapakah ekuiti Bumiputera yang terhasil darinya. Sasaran kita 30%. Adakah kita mencapainya?. Sekiranya belum, perlu ada usaha semua pihak ke arah pencapaian tersebut. Melalui dasar atau tindakan.

Apa yang berlaku?. Kekayaan Bumiputera tidak seimbang sebagaimana yang dirancang. Projek dan peluang yang diagihkan melalui DEB tidak ke sasaran yang tepat. Ia peluang berbentuk 'selektif'. 'Selektif' yang bergantung kepada politik. Ini yang membuatkan dasar ini gagal.

Apa perlu PERKASA membuat bising terhadap Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang sekiranya DEB dikihinati melalui 'peluang' orang-orang Melayu. Peneroka dikhinati FELDA. Penswastaan GLC kepada 'individu-individu' tertentu yang berkepentingan dalam politik. Kontraktor kelas F yang mengalibabakan projek kepada bangsa lain. Pengkhiantan dalam agihan baja dan subsidi. Tidak aktif dalam pembinaan rumah kos rendah. Dan lain-lain program yang sepatutnya menjadi agenda DEB membantu orang-orang Melayu dilupakan begitu sahaja.

Jangan berselindung disebalik Artikel 153. Memomokan orang-orang Melayu tentang 'hak dan keistimewaannya' yang dirampas secara senyap dan berselindung.

Jika benar PERKASA ikhlas. Tolong kembalikan hak biasiswa pendidikan kepada anak-anak orang Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran. Bukan dengan menggunakan helah sebagai pejuang Melayu jika 'hak biasiswa' anak-anak Melayu yang dikategorikan sebagai hak keistimewaan orang Melayu pun tidak mampu dikembalikan.

Ibrahim Ali adalah 'oppurtunist'. Bijak mengapi-apikan masyarakat melalui ucapanya.

Sekiranya anda ada Ijazah Sarjana Muda. Pasti tidak termakan kata-kata Ibrahim dan PERKASA.

Kalau bangsa lain tidak berhak ke atas apa-apa peluang di Malaysia. Masyarakat Cina dan India pembayar cukai juga berhak menghentikan pembayaran cukai mereka pada kerajaan. Mungkin Ibrahim boleh mencari sumber sendiri untuk dirinya. Ibrahim adalah wakil rakyat. Gajinya dibayar oleh kerajaan. Kerajaan mendapat sumber kewangan dari rakyat jelata pembayar cukai. Rakyat jelata pembayar cukai datang dari semua kaum. Bukan Melayu sahaja yang mebayarnya. Mengapa kita yang mendapat 'makan' dari sekalian rakyat hendak menafikan peluang mereka.

Oh, saya lupa. Ibrahim tidak perlu mencari sumber 'makan' yang lain. Bukankah Ibrahim ada saham dalam syarikat Vincent Tan. Saudagar judi itu. Malah, Ibrahim juga bekerja di bawah seorang Melayu bernama, Danny Tan!

Kaitan lain:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/58264-nazri-perkasa-ngo-oportunis-politik