Friday, May 14, 2010

13 Mei: Permusuhan Kaum atau Politik?


Pada 13 Mei yang lalu genaplah 41 catatan sejarah berkenaan dengan peristiwa pergaduhan politik antara masyarakat Melayu dan Cina yang melanda negara kita.

Permusuhan yang dimulakan dengan kempen-kempen berbaur perkauman antara UMNO, Gerakan dan DAP berakhir dengan tragedi yang sangat menyayat hati. Akibat nafsu politik ketiga-tiga parti tersebut telah menyebabkan hampir 200 lebih nyawa terkorban. 1000 lebih tercedera. Dan berpuluh-puluh lagi hilang entah ke mana. Kerosakan juga turut berlaku di sekitar ibu negara terutama di kawasan-kawasan bandar Kuala Lumpur, Kg.Baru, Kg. Pandan, Kepong, Klang dan lain-lain tempat. Darurat diisytiharkan hampir 2 minggu ke atas ibu negara. Lain-lain tempat dikawal rapi oleh tentera. Semua sekolah ditutup. Aktiviti harian juga terhad dari jam 6 pagi ke 6 petang.

Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berada dalam kawalan rapi.

Lain-lain negeri tidak berlaku sebarang kekacauan terutama di Kelantan, Terangganu, Pahang, Kedah dan Perlis. Walaupun masyarakat Melayu majoriti di negeri-negeri tersebut. Seorang pun orang Cina tidak terbunuh di situ.

Inilah buktinya bahawa Tragedi 13 Mei bukanlah ‘permusuhan perkauman’. Ia lebih kepada ‘permusuhan politik’ antara UMNO, Gerakan dan DAP.

Apa yang tersirat?

Keadaan kita memahami dengan pembacaan bukan ucapan adu domba. Saya suka mencadangkan sebuah buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman, ‘13 Sebelum dan Selepas’. Tunku menghuraikan dengan penuh panjang lebar. Berdasarkan orang nombor satu negara ketika kejadian itu berlaku. Memimpin negara dalam keadaan darurat dan ketidakselesaan. Hasil politik perkauman parti yang dipimpinnya dan parti lawan dari masyarakat Cina.

Tragedi ini berkait rapat sekali dengan Pilihanraya Umum 1969. Sebelum pilihanraya lagi. Keadaan kempen perkauman dan adu domba dimainkan parti politik yang bertanding. Cabar mencabar. Fitnah dan hasutan.

Keputusan pilihanraya menunjukkan kemuncak tragedi. UMNO sebagai parti pemerintah mengalami kesusutan kerusi di Semenanjung. Selangor dan Perak terpaksa berdiri sebagai kerajaan hasil ehsan parti lawan. Kedua-dua negeri ini tidak ada mojoriti kerusi DUN pada tahun 1969. UMNO-Perikatan haruslah mengenang jasa YB.Dr. Tan Chin Kun yang berdiri bagi pihak UMNO pada hari pertama Sidang Dun Selangor bagi menyokong Perikatan untuk membentuk kerajaan. Selepas selesai pengundian. YB Dr. Tan kembali ke tempat duduk Pembangkang.

Pergaduhan politik ini hanyalah tertumpu kepada penyokong ketiga-tiga parti yang saya sebutkan diperingkat awal. Agenda perkauman yang dimainkan merekalah yang membuatkan Malaya kacau bilau. Hasil serangan perkauman dalam pendekatan politik. Menyaksikan masyarakat awam yang lain menjadi mangsa yang tidak berdosa. Inilah akibatnya jika kita menggunakan pendekatan kaum dalam perjuangan politik.

Mungkin. Bagi sesetangah pihak tidak menyedari akan hal ini. Rakan-rakan dari UMNO juga sudah pasti menyalahkan kaum Cina dalam hal ini. Manakala masyarakat Cina pula sudah pasti menuding jari kepada orang Melayu dalam tragedi ini.

Pentafsiran sejarah berdasarkan emosi dan perkauman sama sekali berbeza dengan pentafsiran sejarah berbentuk kajian dan pembacaan. Jika kita meneliti secara jelas. Pentafsiran sejarah berkenaan 13 Mei sudah pasti menunjukkan kepada kita ‘permusuhan kaum’.

Sebaliknya. Jika kita menilai secara berhemah. Tafsiran sejarah mungkin voleh berubah sama sekail. Saya sejak dari mula lagi tidak menerima sama sekali Tragedi 13 Mei sebagai ‘Permusuhan Kaum’. Saya memilih melihat Tragedi 13 Mei ini sebagai ‘Permusuhan Politik’. Permusuhan hasil politik adu domba dan perkauman.

Kalau dilihat dari sturuktur kejadian. Pembunuhan antara masyarakat Melayu dan Cina tidak berlaku di kedah, Kelantan, Terangganu, Pahang dan Perlis. Kalaulah ia ‘permusuhan politik’ sudah pasti sudah banyak mayat orang Cina di negeri-negeri tersebut. Hal ini kerana. Orang Melayu adalah majoriti di situ. Tetapi sebaliknya. Orang Cina dan Melayu langsung tidak ada persengketaan di sana. Di Pulau Pinang pun. Hanya satu pembunuhan berlaku. Itu pun melibatkan seorang penyokong UMNO dan Gerakan. Bukan masyarakat awam. Ini bermaksud. Penyokong UMNO menyerang orang Cina dari kalangan penyokong Gerakan dan DAP. Manakala orang Cina dari penyokong Gerakan dan DAP menyerang penyokong UMNO. Setelah kekalutan berlaku. Barulah ditiupkan ‘api perkauman’ mengajak seluruh orang Melayu bangkit menentang orang Cina. Orang Cina menyeru masyarakatnya menyerang orang Melayu. Ini bermakna ia bermula dengan ‘permushan politik’.

Di Kelantan sebagai contoh. Menteri Besarnya, Tan Sri Asri Muda telah memanggil semua Ketua Kampung bagi menjaga keselamatan semua kaum. Orang Cina langsung tidak diapa-apakan. Aktiviti ekonomi dan sosial berjalan secara harmoni sepangjang tragedi.

Bahkan. Jika dilihat dari sudut pengisytiharaan darurat. Ia hanya berlangsung di Kuala Lumpur. Kalaulah ‘permusuhan kaum’ sudah pasti seluruh negara mengalami akibat yang sama.

Sumber sejarah datang dari dua sudut. Sumber pertama dan kedua. Barangkali masyarakat kita terlalu tertumpu kepada sumber kedua. Yang sudah diolah. Selepas diolah. Pentafsiran sejarah kadang-kadang ditulis untuk memihak kepada satu-satu pihak. Berlaku bias dan berat sebelah.

Barangkali begitu. Mungkin tafsiran orang lain-lain. Sama seperti saya. Melihat Tragedi 13 Mei 1969 sebagai ‘Permusuhan Politik’.

Berkaitan:
Jika tak tau apa itu 13 Mei 1969
Melayu Bangkit

No comments:

Post a Comment